I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, December 4, 2009

I miss her very much


Wahhhh agak lama gak tk sempat nak update blog ni...bukan apa, keja2 cretive nie kena ada mood nk buat..kalau tk sudahnya terbengkalai lah mcm nie....(hampir2 terbengkalai even pd awalnya mcm bersemangat gitu)


Nothing special 2 share...tetiba rasa rindu yg amat pada arwah (Al-fathiha)....ari ni genap lah 25 ari permergian mak mengadap ilahi...rasa mcm baru jer smlm dok jaga arwah kt wad...really sampai bila2 pun aku tk kan lupa tempoh 34 ari (8 ari di ICU orkid HM, 26 ari di katil 28, wad 3 aras 4 HM) aku, ayah & adik2 berkampung kt HM....alhamdullilah even penat dgn keja, o/station, final exam (nie yg paling tak tahan), tk sikit pun terasa penat terdetik dlm hati kena jaga arwah....terasa puas yg amat dpt jaga arwah selama 34 ari tu...kalau boleh nak jaga selamanya, tp Dia lebih sayangkan arwah...semua redha dengan pemergian arwah, dh terlalu lama (almost 8 yrs) suffered dgn penyakit (CANCER) dia, selama nie arwah byk survive sbb SEMANGAT yg kuat mengatasi kesakitan....adakah aku boleh sekuat itu???? (jawab, jawab jgn tak jawab)


Kalau ditanya, apa yg paling aku rindu ialah nak dgr suara arwah....selama 34 ari terlantar kt HM, tak sehari pun arwah boleh bersuara (koma)...last suara yg sempat aku dgr subuh pagi (8/10/2009) sebelum pi HM, arwah mintak tudung utk dipakai....slps tu & sehingga skang aku tk kan dpt dgr suaranya lagi....

Nota Hati:moralnya kalau mak kita membebel tu, dgr lah selagi boleh mendengar..bukan apa dia sygkan kita tu





Tuesday, October 13, 2009

Amalan Membaca Surah Al-Waqi'ah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:

  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

Nota Hati: Berdasarkan kepada pengalaman diri sendiri, memang telah terbukti, i'allah dengan mengamalkan setiap hari, akan nampak hasil nya.Wallahualam....

Thursday, October 1, 2009

Wanita and Rama-rama

Pagi nie, tetiba teringat sebuah kisah yang dibaca dr email yang diterima semalam. al-kisahnya berbunyi begini:

Seorang wanita berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.Wanita itu bersedih kerana tidak mendapat seperti yang diminta, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh, wanita ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. wanita ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik bersamanya.Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Kenapa perkara sebegini terjadi ??? Dan ini adalah jawapannya untuk kita hayatinya..
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.Cara Allah sentiasanya cara terbaik,Walaupun kelihatan semuanya salah.Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.


Apa yang anda pinta…tidak semestinya apa yang diperlukan.Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.


Segala pemberian daripadaNya pasti ada rahmat disebalik itu. Teruskan berdoa kepada Nya tanpa rasa jemu, i'allah akan dimakbulkan sepertimana KAKTUS BERDURI menjadi BUNGA BERSERI dan ULAT menjadi RAMA-RAMA.Amin...

Nota Hati: DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK...renung2kan

Tuesday, September 29, 2009

Back to Office





Ehem, ehem...


Hari nie 2nd day start keja setelah seminggu bercuti...isyisy tue lah lama sgt bercuti, tambah lak dengan mood hari raya, mood nak bekerja semula pun kureng jer...coyok2....kena cari mood keja semula nie, dah lah keja berlambak2 atas meja...mcm mana ni...tue lah b4 cuti raya dok set kan kepala otak lepas cuti nak buat, tapi bila dh naik cuti nak kena cari mood keja blk lah plak..baru smlm kena briefing dgn bos pasal KPI...huhuhu 3 bulan lagi masa nak kejar KPI, mana nak siap kan pra thesis aku...(hopefully semua nya ok, thesis tu yg penting) sajer jer aku attached gmbr doc atas meja aku yang bersusun tunggu turn nak settle. Tu tak termasuk lagi kena prepare office budget 2009 (Maxiplan). Sabor jer lah, balik2 muka nie gak yang kena buat (think +ve)

Nota Hati: Ikhlas lah dalam bekerja, nescaya yg ssh akan jd mudah, yg benci akan jadi syg..






Thursday, September 24, 2009

Salam Aidilfitri 2009






Assalamualikum...

Syukur ke hadrat illahi bertemu sekali lagi di Aidilfitri 1430H kali ini. Masih belum terlambat utk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua ummat islam yang mengenali saya terutamanya rakan sekerja di SPU, CA Johor, CA Melaka, CA N.Sembilan, ex-classmate UPM 1999-2003, classmate Persisir UTM 2008-2010 & semua sekali. (maaf kalau tak disebut disini)

Raya tahun ni beza sikit dgn raya2 yg lepas sbb tahap kesihatan mak yang agak tidak menggalakan. Maka saper lagi yang nak take over semua kerja2 tu kalau bukan aku (begini lah nasib kalau ank pompuan sorang) Sesungguhnya ada byk rahmat disebalik apa yang Allah SWT berikan....byk merubah kehidupan seharian aku especially bab2 memasak. (almaklumlah aku nie agak slow sikit bab2 ni) Cadang nya nak gak lah pose sekeping dua menu yang dh dicuba sepanjang hari 4 hari raya ni, tp tak sempat lak nak snap, kelam kabut sbb semua nya buat sorang2...lain kali lah yer...antara menu yang berjaya aku masak (ceeewahh : rendang ayam, rendang kerang, ketupat nasi, soto, nasi tomato & nasi ayam)...bak kata ayah aku 'oklah boleh tahan, tapi ayah cuma bagi 70% jer, baki 30% lambat lagi kot'....thanks ayah....(tak pasti samada markah kasihan @ mmg sepatutnya mcm tu)

Last but not least utk 1st post aku nie (baru berjinak2 dgn blog sebenarnya, mcm seronok jer kan ada blog ni), jemputlah datang beraya ke rumah saya.

Nota Hati: Saya bdk baru belajar, andai salah tegur2 kan yer..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...