I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

~Sakit Lutut Ayah~

Hai bloggers sekalian,

Nie lah gayanyer perangai aku, bila time bizi semedang or malas tahap gaban, belog ni akan terbiar tanpa penjagaan tuan tanah kedaung nya, tapi time mood RAJIN tue dtg, maka berderet2 lah entry yang muncul mcm cendawan katanya.

Kali nie nak share pasal sakit lutut ayah i. Actually eversince last year ayah selalu mengadu lututnya sakit. Dari apa yg ayah describe kat i sakit mcm sengal2, ssh nak berjalan, mencangkum and so on. I rasa mostly those whose are 45ys and above sure dah rasa sindrom sakit lutut nie. Before W-day ari tu mmg agak teruk gak lah sakit lutut ayah, siap pi klinik requested doktor bg painkiller sbb tak mau sakit waktu W-day nnt, yelah kan ayah pengantin kena sambut tetamu, kalau dh kaki sakit kompem lah tak syok kan.

So after everything is settle, ayah went to hospital for details checkup and unfortunately everthing is fine, no more serius injuries or others else. it just the joints pain only but can lead to the breakdown of joint cartilage. So doktor pn recommeded sejenis supplement based with Glucosamine from Cosway product. Actually byk lagi supplement Glucosamine in market yg i jumpa such as from Kordel, but it quite pricy compare wit Cosway. I baru jer belikan 3 botol utk trial (buy 2 free 1), nnt i akan review pasal keberkesanan supplement ini, mana tahu boleh membantu kalian or family kalian di luar sana. Untuk butiran lanjut sila singgah DISINI

BIO Glucosamine *credit to COSWAY website*


Nota hati: Mencegah lebih baik dari mengubati.


Thursday, November 10, 2011

~Tribute to Arwah Bondah Tersayang~

Aidilfirti 2009



Morning all readers & silient readers!!


Entry ari ni agak emosi sikit. Hari ni 10.11.2011 genap 2 thn pemergian bonda tersayang ke rahmahtullah buat selama-lamanya. Rasa mcm baru jer smlm arwah pergi meninggalkan kitaorg. Perasaan adalah sangat2 perit, tak dapat nak digambarkan mcm mana. Ujian yang sangat besar buat kami sekeluarga waktu itu. Walau mcm mana pn kami tetap redha dengan janji Dia kepada setiap manusia. Redha dengan pemergian arwah, tak sanggup rasanya melihatkan dia menanggung segala kesakitan dan keperitan di atas katil hospital.

Seawal hening subuh pada 8.10.09, "ayah, hantar mak gi hsptl, mak ssh nak bernafas"..yer itu lah ayat / suara terakhir yg i dgr dari arwah. Selepas itu kami sunyi tanpa suara arwah, tak akan ada sampai bila2 suara itu kedengaran lagi, yang ada cuma terngiang2 sendiri. Bermula dari tarikh itu sehingga lah selama 33 hari (10 ari di ICU), Hospital Melaka menjadi rumah kedua buat kami semua. Yg ada dlm ingatan di kala itu cuma arwah, arwah & arwah. Makan minum tidak menjadi keutamaan. Arwah koma selama tempoh tersebut. Cuba kalian bayangkan ketika dihantar ke hospital boleh berjalan w/pn lemah, boleh bersuara w/pn perlahan, boleh ketawa w/pn hambar tp selepas itu umpama patung yang bernyawa tanpa sedar di atas katil hospital.


Sangat pedih utk kami melalui saat itu. Ujian yg maha hebat buat i sbb dalam masa yg sama i dlm saat2 critical utk final exam & final project. Dalam hati dh nekad, arwah adalah priority i, tak kisah lah kalau i kena repeat utk semester itu. Apa yg dibaca tak ada langsung yg tersimpan dalam kotak memori. Presentation untuk final project proposal kena hentam kaw2 dengan panel. Mmg rasa sangat2 down waktu itu, dlm hati sempat lagi bercakap "korang tak tahu ker mak aku tgh kritikal kt hsptl tu, kalau korang kt tpt aku blh ker korang buat???" Sekali lagi, redha jer lah jalan terakhir i.


Arwah adalah kekuatan i utk menjawab exam, dia juga pendorong utama i utk further ke tahap itu.Habis sudah final exam, i dh buat yg terbaik utk masa depan i, redha (byk tul perkataan redha ari nie yer) dengan apa pn keputusan yg i dpt nnt. Alhamdulillah sepanjang tempoh final exam, arwah menunjukkan sedikit perkembangan positif even masih lagi koma. Agaknya dia tak nak anak dia risau sepanjang tempoh exam.


Hbs jer exam, tumpuan 100% buat arwah. Tapi di kala itu, perkembangan arwah sedikit menurun, peratusan oksigen semakin hari semakin menurun. Tanggal 9.11.09, keadaan arwah semakin nazak, ada air mata yang mengalir, mungkin ada sesuatu yg nak disampaikan tapi apakan daya keadaan dia yg tak mengizinkan. Subuh 10.11.09, peratusan oksigen semakin sgt rendah sehingga memaksa Doktor pakar utk dtg check. Pagi tu mcm satu halilintar menyambar kt telinga i bila doktor explain yg tahap arwah semakin nazak, i diminta inform kepada semua ahli keluarga sbb menurut doktor anything boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dr skang.


Ya doktor itu bukan Tuhan untuk mentafsir nyawa manusia, tapi ketentuan Allah adalah segala2nya. Tepat pukul 8.40am 10.11.09, arwah telah menghembuskan nafas yg terakhirnya. Alhamdulillah i, adik2 & ayah ada disisi arwah ketika saat2 akhir itu. Alhamdullillah juga kami sempat mengajar arwah mengucap 2 kalimah & i sempat minta arwah halalkan susu yang diberikan kpd kami adik beradik.


Ya bermula lah dari saat itu hingga ari nie, i kehilangan arwah bonda yang tiada galang gantinya di dunia. Kepada semua readers, hargai lah bonda kalian selagi ada, tadah lah telinga kalian mendengar apa2 pn bebelan diaorg kerana pastinya kalian akan merindui bebelan itu bila mereka telah tiada nnt. Maaf yer entry ini agak panjang & beremosi.





Nota hati : Kasih ibu hingga ke syurga....segala-galanya tiada pengganti smp bila2.

Sunday, August 7, 2011

~Cerita Cuti Cik Wahyu (Part 2)~

Sambungan dari part 1

Salam bersiaran bloggers and silient readers sekalian alam. 1st time pepagi buta ni i dah mengadap lappy on9 gara2 tak nak terkantoi subuh sbb tidor blk lps sahur.

ok2 tak nak bebel panjang, bulan posa byk ckp pn tk elok, kurang pahala posa i nnt. Kisah percutian i disambung lagi.Hari last we all kt Kuching, pagi2 buta ayam pn tak bgn lagi kitaorg dh bgn bersiap2 nak attend passing out day my lilttle bro kt Pulapor Kuching. Punyer bersemangat nak2 ayah i, kul 6.30 pg kitaorg dh smp kt lokasi dituju. Mula2 rasa mcm poyo gak sbb awl sgt smp. tp adik i ckp ada family yg kul 6 dah smp...pergh diaorg lg poyo lah dr kitaorg gamak nya!!

The event is going very well, manusia tak yah ckp lah ramai bebenor .Puas lah nak mengecam yang mana satu mamat tu sebab semua nyer jadi serupa jer i tgk, kulit tok sah ckp lah, kalau yg masuk tu melayu dah mcm india, yg cina dah mcm melayu, yg india i tak tahu nak ckp dah mcm apa...bak kata makcik i "ireng (gelap) bangettt!!" Kagum btl kt diaorg sbb kuat dr segi fizikal & mental yg pastinyer sbb berjaya graduate slps berhempas pulas selama 6 bln. Giler seeehh i tgk pdg kawat dia pun dh tk larat. Tak yah lah citer yg lain2. No wonder i'm borned to be an engineer not to be inspector...huhuhuhu

After event, lepas peluk cium hilang kan rindu dendam bagai, kitaorg blk semula ke hotel. flight blk kl kul 10pm (gara2 nk tiket murah sanggup tu naik flight 2nd last) Perghhhhh selesai sudah 1 episod kehidupan. Dah pun posting mamat tu, sian dia dok jauh nun diperantauan. Sedih jer dgr suara dia bila bgtau kena posting kt mana. huhuhuhu anak bongsu nie manja bykkkkk.

Ok mari kita layan gmbr...

Tuan tanah kedaung & si bdk itam
segak bergaya mereka!!
K.A.M.I
Big Bos with bonzer i..heheheh
Bye bye Kuching, kita jumpa lg!!!



Nota hati: berlinang air mata i bila bc status FB dia.."bila owg dok sorang2 selalu teringt kt arwah mak"

Wednesday, August 3, 2011

~Cerita Cuti Cik Wahyu (Part 1)~

Salam selasa all bloggers and silient readers (ader???)

Mcm mana posa kalian?..syukur alhamdulillah i masih lagi bertahan (br 3 hari mmg lah bertahan der, apa nyer statement daaa) even simptom2 gastrik dh menunjukkan taring nyer smlm. Giler sakit seehh nasib baik sejam lagi nk berbuka time tu.

Ok actually bkn citer pasal bulan posa sebenarnya yg i nk share kt sini, i nak story pasal kenangan percutian kami di Kuching tempoh hari. Overally it a sweet moment memories to all of us, paling seronok sbb dapat jumpa my little brother yg almost 6mnth tk jumpa. rindu giler sama bdk kecik tu.

Flight to Kuching was on 21/7/2011(thursday). Feel excited bukan sbb tak pernah smp kuching (my 2nd time to kuching), tp excited sbb nk jumpa bdk kecik tu. Yg paling excited of coz lah my dad, mana tak nyer dh lama tk jumpa anak bongsu dia. Alhamdulillah, it was a save journey for us. We are stayed in Abell Residence Hotel at Jln Pandungan, 10 minutes walked to WaterFront which is the budget hotel (save budget daaa) Room rate is only RM75/nite. Although it a budget hotel, but the service, environment, rooms & cleanliness really2 recommended to those yg prefer stay at cheap2 hotel like us..hehehe

Day 1 and day 2 we all just hanging around WaterFront area, posing2, makan2 and shopping2. Dah smp Sarawak tak sah kalau tk beli kek lapis, terubuk masin & borneo souvenir. Believe me or not, adik & ayah i yang paling byk shopping (smp kena charged x-tra lugged fees). I lak shopping lala kadar jer, save budget lah kata kan. Nak cr kedai menjual kek lapis sarawak nie senang jer. Berkat hasil bertanyer kt Azie, thanks to Azie, maka we all pn smp lah kt kedai kek lapis Dayang Salha. I rasa kt situ dia jer kot yang glamor kek lapis nyer, nama2 lain idok lerr teman mendengor nya.

Nk smp ke kedai kek nie haruslah menaiki penambang (bot),50sen jer ko, murah bukan??5 thn lps pn i naik tambang 50sen gak...bagus tul harga tambang tak naik, tk mcm harga tiket bas yg kejap2 naik. Detik yg paling lawak sekali bila ayah & adik i takut nak naik penambang (bos & hero i nie berbadan besar ok!!). Diorg tk confident, siap survey dulu 2,3 bot yg ulang alik baru diorg confident nk naik, tp pilih bot yang agak besar...huhuhu layan kan jer lah!!!

Mari kita layan picas2 untuk part 1, bersambung di part 2 nnt yer...

Awaiting for departure
Dalam Flight, naik AA jer Everyone Can Fly
Dinner at t RJ ayam Bakar Kopitiam, Kuching
Harus bergambar kt sini even dh 2x smp

Ayam bakar penyet (ayam penyet kt kota fesyen sini lagi sodap!!)Adik i @ waterfrontJeti Kpg Boyan-nk borong Kek LapisKedai2 souvenir along Waterfront (satu2 nya pic yg ayah i tersenyum)Pelbagai jenis pilihan kek Lapis
ikan terubuk masin kpg Boyan
Depan Kedai Kek Dayang Salhah Kpg Gerisik
Chicken wing kpg boyan..sodap sehhhjalan2 cr makan



nota hati : pic adalah hasil dr gadget baru i..PUAS hati sgt2..

Monday, August 1, 2011

~Ramadhan Datang Lagi!!~

Gambar ehsan Mr google

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dipanjangkan usia ini untuk merasai bulan yang penuh mulia lagi barakah Ramadhan Al-Mubarak. Tahun nie merupakan tahun ke-2 kami berpuasa tanpa insan yang bernama ibu di sisi. Tipu lah kalau i ckp tak rasa apa2 nak2 time nak wat persiapan berbuka, dan yg paling feeling sekali time berbuka puasa. Perghhhhh ssh lah nak story macam mana skala feeling time tu.Org yg dh rasa jer blh bgtau mcm mana.(Al-fathiha untuk arwah bonda Jumaah bt Lisot)

Tahun nie mungkin akan jadi lagi sadis sbb our youngest liltle brother tak dapat berpuasa sama. Sian bdk kecik tu (i always call him bdk kecik even dia dah 24th yrs old, dia ttp kecik dimata kami) berpuasa nun jauh di perantauan. My 1st younger brother lak petang jer dh pi berniaga (he's got the part time bisness at nite time, jual burger jerrr heheh), so tinggal lah i & my ayah. (rugi kan kalau adik beradik skit jer).

Rutin seperti tahun lepas, i SEBOLEH-BOLEHNYA akan mengelak untuk berbuka puasa diluar (unless formal invitation, tp kalau my dear yg ajak kira formal invitation ker????) sbb sian kt ayah berbuka sorang2. Kalau terpaksa, i used to force my brother temankan ayah berbuka kat rumah. (kejam kan akak dia nie, biasanya dia akan ikut, aku kan kakak!!). Menu berbuka on w'days biasa nyer bazar2 ramadhan lah sasaran i, but on w'end i akan masak sendiri. Untuk sahur lak i dah siap2 masak sambal goreng tempe (resipi arwah mak,anak jawa tempe tak leh missed) yang boleh tahan selama seminggu, stok ikan & telur masin, stok NESVITA OAT 3 in 1, telur, oatmeal bread GARDENIA (2 hari sebuku roti) . Alhamdullilah ayah tak cerewet, tak kisah makan apa pun untuk bersahur. Tu yang i senang sikit tu (tp my dear awl2 dh bgtau dia kena bersahur dgn nasi, huhuhu kena siap2 sedia lah ramadhan thn dpn kalau pjg umur)

uiks story punyer lah panjang baru perasan tak wish pn Salam Ramadhan. hokay hokay, kepada semua ummat islam yang membaca blog sy, Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik bg menyermpurnakan ibadah yang dinanti2kan setiap ummatnya ini. Amin..


Nota Hati: teringatkan kat arwah bonda & adik bongsu ku...huhuhuhu sayu!!!

Saturday, June 18, 2011

~Kisah Ayah~

Ayah & Arwah emak

Kepada semua ayah, bapak, walid, papa, a'pa, daddy, abuyah & bla bla bla (xkisah apa pun gelaran) kat dunia nie, SELAMAT HARI BAPA!!! Especially my dear great super power ayah NGADIMIN MARJI @ WARJI.

Sesungguhnya tiada lelaki sehebat ayah yang boleh i dapat di dunia ni, kalau dulu hatta nak cari calon suami pn i letakkan criteria mesti mcm ayah, tp kompem lah tk jumpa, unless i klon kan sifat ayah i tu kt my dear (idea merapu meraban). Jap2 tapi i rasa ada satu ciri yg ada pada ayah i ada kt my dear..cer teka cer teka!!!....jeng jeng jeng tanda2 bakal berkembang bagai johan!!!...hahahah sorry yer syg (my dear is my silient reader). Okay, apa yang best pasal ayah i??Penyayang, baik hati & bla bla bla tu tk yah lah i bgtau, almost 99% ayah mcm tu kan, balance yg 1% tu jer bukan mcm tu. Yang i nk citer yg extra ordinary pasal ayah i.

Extraordinary ttng ayah i
1. SUPER rajin, since arwah mak dijemput illahi, sifat kerajinan ayah amat menyerlah especially buat kerja rumah
2. HOMETYPE, even tinggal sorang2 ayah still tak suka nk lepak2 kt luar
3. TAK pandai nak me"mengeteh" kat warong. Kalau lapar tahap gaban sanggup beli roti gardenia RM0.80 mkn wat alas perut.

4. SANGAT teratur, well plannig, well manage, well prepared & segala well bagai lah
5. SANGAT punctual, kalau janji kul 1, lewat 5min standard, tp kalau lebih nasib lah saper yg lmbt tu
6. PANDAI wat keja umah membasuh, mengemas, menyapu ttp tak pandai memasak kecuali masak air.
7. Sgt TIDAK cerewet pasal mkn ok, tk pernah pn condemn apa yg arwah mak masak, sedap jer bg ayah.
8. SANGAT penyabar, smp kan boleh diam jer bila pompuan mental sblh umah ni mengata dia.
9. SANGAT cerewet pasal kebersihan, kalau boleh hari2 nak mengemop lantai, i lak yg rimas kdg2.
10. SANGAT pemurah, kalau nak bagi org makanan tu kalau blh 1 taman blh makan.
11. FRIENDLY, smp kan masa dok jaga arwah mak kt hsptal, semua org kenal dia nak2 student2 pratical tu

Uiks u all kalau nk citer ttng ayah kita ni sepurnama pn blm tentu hbs kan. cukup lah 10 list kt atas tu pasal ayah i. sangat kagum masa ayah menjaga arwah mak setiap hari sepanjang arwah terlantar kt hsptl selama 38 ari 2 thn lps. Hari2 dok kt sebelah katil, tunggu di sisi isteri. tak kisah lah even arwah tak sedar, yang penting dia berada di sisi. Ayah pernah ckp, "mana tahu kalau2 emak boleh sedar, dia nampak lah ayah ada kt sebelah" Kasih mereka kekal sehingga hujung nyawa, maut yg memisah kan ayah & arwah emak.

Hari ini, dia lah ayah dia lah emak buat i & adik2.Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sehingga hujung nyawa. i tahu hadiah bukan segalanya untuk seorang ayah, tp untuk hari bapa tahun ni, mmg i tak mampu lah nk bagi hadiah kerusi urut OGAWA mcm dalam iklan tu, tapa yg termampu i hadiah kan ayah tiket flight ke Kuching nxt month untuk attend my little bro passing out day. Merangkap our family holiday lah b4 i'm getting married.

Sesungguhnya ikrar ini ditujukan kepada En Ngadimin Marji @ Warji a.k.a ayah i (even ayah i tak baca blog i tak kira nak gak ikrar)

SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN, I'ALLAH AYU AKAN MENJAGA AYAH SELAMANYA. AYAH LAH LELAKI PERTAMA DI HATI AYU. AYU SAYANG AYAH!!!!
Anak ayah

nota hati : Setiap mlm jumaat ayah tak pernah missed sedekah Yassin pada arwah mak sebanyak 3x bacaan....









Thursday, April 14, 2011

~Alhamdulillah lega, it -ve~

Salam semua,

Kan entry sebelum ni i ada cerita pasal 2 procedure ujian yang ayah i bakal buat. Alhamdulillah segala kerisauaan yg melanda i dh reda. Hasil daripada kedua2 procedure, usus ayah normal. Syukur sgt2 kepada Dia. Tu jer perkataan yg terkeluar sebaik Doktor bagitau yg usus ayah normal. So the next follow up is another 2 weeks, Doktor nak wat ultrasound lak untuk investigate apa sebenarnya punca sakit perut ayah itu selain drp gastrik.

So kepada bloggers yg ada terbaca entry i nie atau sesiapa sahaja, sekiranya ayah, suami, adik lelaki, abang, datuk (i mention semua berkiatan lelaki sbb hasil drp pembacaan i, lelaki adalah berisiko utk mendapat cancer usus) mempunyai risiko seperti di bawah dan berumur 60thn keatas, sila2 lah buat ujian saringan di mana2 hospital yer.

Simpton2 yg biasa terdapat pada pesakit:
1. keluar darah semasa membuang air besar
2. perubahan ketara terhadap tabiat membuang air besar
3. berasa tidak puas setiap kali selepas membuang air besar
4. berat badan turun tanpa sebab
5. kurang selera makan
6. cepat berasa penat.

Biasa nya ujian saringan untuk mengesahkan jenis penyakit akibat simptom diatas adalah Endoscopy & Colonoscopy. Kalau pesakit buat di mana2 GH harga nyer ada lah FOC, tp kalau pesakit memilih private hospital, harganya sekitar Rm800-1200 depends pd keadaan usus kalian. Even u all pilih private hospital sekali pn, report dari doktor boleh juga bawa ke GH untuk dirujuk.Disebabkan perlu menunggu masa yg agak lama untuk melakukan procedure ini di GH, maka ayah decide nak wat kat Pantai Medical Centre. So kalau di private hospital, u can refer to Gastroenterologist & Hepatologist specialist. For my ayah, we choose to refer Dr Yew Boon Siang. He is very kind Doctor, really satisfied with his services, advice & explainantion as well. Senang citer berbaloi2 dengan RM yang dah keluar. So just waiting for another next 2 weeks for the follow up. So for further reading about the colon cancer, u all can refer to a few website yg i dh baca spt

1. http://www.coloncancerfoundation.org/aboutcoloncancer.htm
2. http://www.cancer.org/Cancer/ColonandRectumCancer/DetailedGuide/colorectal-cancer-detection
3. http://www.lifecare.com.my/hp_GastroenterologyBM.html

Actually banyak lagi website2 pasal colon cancer ni kalau rajin surfing, just type COLONOSCOPY or COLON CANCER sure bersusun keluar. Selamat menggoogle yer.


Nota Hati : benar2 rasa lega sgt skang ni, so lps nie baru ada mood nk wat entry pasal "big day" prep.


Saturday, April 9, 2011

~Endoscopic & Colonoscopy~

Uiks apa yang ber kopi-kopi tu??..ok ok, actually this coming Thursday ayah i will undergo 2 type of testing which is Endoscopic (insertion of a probe into a hollow organ) & Colonoscopy (examination of the colon and the distal part) test at Pantai Medical Center. Sangat lah risau hokay. Kepada kawan-kawan or blogger2 yang ada membaca blog i nie, doakan result dari kedua-dua test tersebut bebas dari penyakit2 yang tak sepatutnya ke atas ayah i yer. I risau sesangat nie. Nanti i akan syer di sini berkenaan kedua2 test tersebut dan knp perlu dilakukan.


Credit to Mr Google for this pic

Credit to Mr Google for this pic

Nota Hati : Sebut jer pasal penyakit yang 1 itu, hati saya sangat tidak keruan. Tak habis2 Dia menguji i.

Saturday, March 19, 2011

~Ayahku yang bzzzzz~

hahaha tajuk tak ingat, dh dekat 2 minggu tk update, ambik ko sekali update 1 malam smp 2 post.Nampak sgt misi membalas dendam. Just a short entry, pasal ayahku yg membizi meng"update" list tetamu yang bakal dijemput nnt. Just nk tracking berapa byk tetamu yang bakal dijemput supaya senang si anak menempah bilangan kad jemputan, si ayah membudget jumlah hidangan and so on. Kalau korang nak tahu, waktu tido normal ayah adalah pukul 9am iaitu sesudah solat isyak, but lately ni (dah 2,3 hari) waktu tdo telah dianjak ke pukul 12am gara-gara meng"update" senarai tetamu. Mari layan aksi2 ayahku.


Aksi ayahku yang bizi (uiks abaikan keseksian nya, huhu)


Nota hati: Arwah mak dah tiada, ayah sedikit risau dalam membuat persiapan tanpa si isteri di sisi. Al-fathiha utk arwah mak.

Friday, January 28, 2011

Perihal Adik Bongsuku

Salam Jumaat semua...

Huuuu Jumaat sudahhh. Rasa kejap lak dis week, mcm br lps ari jumaat dh jumpa jumaat balik. Best mmg lah best sbb dh jumaat, esok w'end, leh dok berehat kt umah, tp bila pikir balik tiap2 kali w'end kena tadah telinga dgr neighbor sebelah umah yg masalah jiwa itu "menyalak" terus spoooiillll...cooiiiiii tul lah dia tu. dah dah dah, lupakan dia yg mmg giler, akan ku post special entry wat dia nnt..tunggu masa.

So as refer to above title (mcm surat rasmi lak), entry nie s
pesel utk adik bongsu kesayangan ku..saper lagi kalau bukan mamat yg picas dia kt bawah ni ler..

Nie dia mamat tu (Noor Wahedy Ngadimin)

Mamat tu lagi (Time konvo IKBN)

mamat tu posing raya 2009

With his Sarawakian friend Nasir

Again with Nasir

On my UTM Convo

Dah besar pjg mcm mana pn mamat nie, dia ttp kecik dimata aku. Mamat ni perangai dia amatlah berbeza compare dgn mamat sorang lg (abg dia ler). Pendek kata (panjang tk kata yer, pendek yg kata) dia ni

1. Pandai ambik hati
2. Byk ckp

3. Kelakar
4. Suka makan
5.
Degil
6. Suka kidnap keta aku (nak2 bila aku dh isi minyak full..perghhh)
7. Manis mulut (ala ala romeo
pn ada aku rasa)
8. Sentimental (leh nangis der kala
u tgk citer sedih)
9. Manja
10. blh tahan sehari suntuk tak tdo (tp kalau tdo tak hengat dunia wei)


Cukup lah 10 list tu utk dia, byk lagi takut pjgn sgt lak entry nie. last few days dia selamat melapor diri kt PULAPOR S, transit untuk ke PULAPOR K...sob sob sob 6 bln der tak jumpa mamat nie, sedih tu. Mana tak nyer since arwah mak mengadap illahi pd 10/11/2009, dia tk pernah berpisah dgn kitaorg.Tup tup dua ari lps dia gi Kuching 6 bln, tu yg sedih bagai. Smp kan ayahanda pn merah mata.Before nie pn tak lah berpisah smp seberang laut nun...It ok bak kata my dear "utk masa dpn dia gak syg"..yesssss..alhamdulillah dia dgr gak advice kitaorg terima offer tu. Mana tak nyer, bukan senang peluang yang sama Dia nk bagi 2x. Plak tu kt tpt yg sama. Nie yg dikatakan kalau jodoh tak kemana (apa kena mengena lak dgn jodoh nieee, layan kan jer lah)

Kalau kalian2 semua nk tahu (budget ada org nk baca blog ko nie wahyuu
uuu), dia nie byk kontroversi (ingt artis jer ker ada kontroversi, adik aku pn ada tau!!!!), ingt lagi waktu tu aku & abg dia nie lah yg tak senang duduk, tapi last2 dia tetap dgn keputusan dia. Mungkin ada hikmah apa yg berlaku. masa tu arwah mak masih ada, tapi tahap kesihatan arwah waktu tu semakin merosot.

Hari nie dah 3 ari dia tk ada kt umah, dan ari ke-2 dia di Kuching. Diharapkan mamat ni dpt hbskan training rekrut dia 6 bln kt sana dgn jayanya. ayahanda adalah org yg palin
g suka bila mamat nie cakap "ok org nak gi"..Syukur, moga2 semua nya berjalan lancar kat sana. Since hari menghantar sampai lah semalam, bila dia call tk jemu2 aku pesan "jgn lupa telefon umah tau, jaga diri".

Pesanan untuk adik bongsuku :
JAGA DIRI KAT TEMPAT ORANG, SELALU TELEFON UMAH.ADA MASA SEDEKAH YASSIN UNTUK ARWAH MAK TAU!!!

Jom layan koleksi picas mamat nie yg aku ada..

Went back from Senibung for dinner

My Convocation wit his

Dinner b4 mamat nie berangkt ke Kuching

With future BIL having dinner

Sempat berposing b4 berangkat

wit me

bekalan untuk 6 bln

tak tahu apa yg diaorg tgk


Dah naik bas dah

Tunggu masa bas nak bergerak

Babai, jaga diri bebaik kt tpt org

Nota hati: I'lllah tunggu kedatangan kami ke PULAPOR K bln 6 nnt...duduk2 kt umah teringat kat dia....Hajat nk melawat pusara arwah mak sebelum berangkat tk kesampaian sbb hujan di pagi ari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...