I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label Working. Show all posts
Showing posts with label Working. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Genap 9 Tahun Disini!!!

Salam dearest!!!

Yer i kembali meng"update" blog yang semakin suam2 kuku nie. Layankan jer mood tuan tanah kedaung yang kadang kala rajin kadang kala "terlebih rajin" nak meng"update". 

December datang lagi!!!! Kejap ker kan dh masuk penghujung bulan. Pejam celik pejam celik dh nak beralih tahun. Bilamana beralih tahun maka beralihlah angka usia setahun lagi. Usia blog pn semakin bertambah, tp entry ttp sama, setahun nak capai 10 entry pn ssh. Yer saya bukan blogger tegar yg rajin nak meng"update" blog. Tapi i mmg suka blogwalking...peberet u olls nak2 time hujung thn KPI semua dh settle, lagi lah keja i kt opis mostly blogwalking jer...(pecah rahsia) Stalker blog org nak2 blog yang citer pasal home deco @ susnatur @ organizing...memang kompem kena stalked dgn i.

Eh baru perasan ari ni 4hb Dec lah...Ada apa dengan 4hb Dec??? best sangat ker dgn tarikh 4hb dec tu?..jeng jeng jeng....ari ni genap lah 9 thn i keja dengan company skang...fuyooooo lama tu. lebih dari 5 tahun stay dengan 1 company kira lama lah kan. Alhamdulillah rezeki Allah kurnia masih disini sehingga kini. Agak2 nya kan kalau i stay kt KL / Selangor kompem i tak stay lelama kat 1 company mcm skang. Sana peluang lebih terbuka luas compare dgn Melaka, byk jer company2 yang competatitve lagi stabil yang boleh kita try market. Agak-agak nk up skit gaji, try lah usha company lain. Tambah lak dgn kenaikan bermacam2 barang bemula thn 2014, lagi lah ramai yang cuba untuk mencari income yang lbh besar kan. Compare kt Melaka nie, rasanya tak der lagi company yang sestabil company i skang yg boleh i bertukar2 kerja, unless kalau sama2 status GLC ok lah kot. Otherwise stay jer lah sini sampai pencen. 

Setakat 9 tahun nie alhamdulillah syukur dengan apa yang ada skang. I happy sangat keja kat sini. Tipu lah kan kalau tak der langsung rasa sakit hati, geram, marah, menyampah semua tu kan. Tapi disebabkan nisbah rasa happy tu lebih dari rasa2 yang tak best td, maka bila di masukan dalam equation E=MC square (mmg xder kena mengena dgn equation ni yer) jawapannya I AM HAPPY!!!! Apa2 yang i rasa tak best tu xyah lah dok gebeng kat sini, simpan elok2 dalam hati.Biar tuan tanah kedang dgn Dia sajer yang tahu.

Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang. Dengan keadaan ayah i yang sorang2 skang nie, selepas pemergian arwah bonda kpdNya, i lah pengganti tempat bonda untuk menguruskan keperluan ayah dan keluarga. Cuba lah u olls bayangkan kalau i bekerja di luar Melaka, mcm mana lah keadaan ayah tanpa i. Sekurang-kurangnya skang nie kalau every wkeend i balik umah i or umah MIL, kalau ada apa2 yang emergency (mintak dijauhkan) or urgent berdesup 20 min dh boleh sampai umah. Kot kalau keja KL / JB ker, tak ker berjam2 baru nak sampai kan. Sekali lagi syukur sangat2!!

Hokay2 asalnya nk buat short update tp dah berjela panjang lak, i nak out dulu olls...nanti kita update lagi yer. Ala i tau bukan ramai pn yang tertunggu2 i update..perasan tau i olls ni...Before tu tuan tanah kedaung nak selfie, dh lama tk selfie dlm blog.

 Nie selfie pagi tadi otw dtg opis
 Buah hati pengarang jantung semua kat umah tu
 Ni selfie hari isnin otw dtg opis
Masa wedding cousin last wkend

Abaikan muka tuan tanah 3 series yang dh start kehabisan collegen itu!!!



 

Wednesday, June 19, 2013

Suam-suam Kuku Katanya

Salam u olls....


Macam dah lama tak update blog, tapi tak der effect nyer pun kalau i tak update sebab confirm tak der yang dok tertunggu2 nyer kan (hahaha gelak jahat)

Actually banyak jer entry nak buat tapi tu lah penyakit yang sememang nya dah bersarang sejak azali nie susah benor nak mengikisnya. Iallah i'll try my best (ntah2 sampai Imran dah masuk sekolah pn i still berhutang entry)

Banyak betul perkara yang berlaku sepanjang tempoh herbanisasi (betul ker spelling mcm ni??) i. Happy, geram, sedih, menyampah senang citer mixed feeling arr semua ada. Happy sebab antaranya alhamdulliah dikurniakan anak yang sihat, pertambahan rezeki bagi tahun 2013, dapat kunci for our little crib & etc. Geram disebabkan spoil dari orang lain peluang untuk move masih belum terbuka, (take a breath wahyu belum rezeki kamu lagi!!!) nak gak citer kat sini, dia boleh lak sesenang dapat..hadoooiiiii APTB!!! Tang sedih tu malas lah nak story, let gone with the winddddd..

My little prince MID is 8th months now. Dah semakin banyak akal budak tenit tu.Even dah masuk 8th months MID still refuse to eat...bukan lah refuse 100% but he is very the selective. Ntah saper yang dia ikut i pn tak tahu. 1 jer yang MID xkan tolak kalau disuap, it is FRUITS..especially papaya and honeydew. Pergghhh dh mcm anak mat salleh ko nak. Berat terkini yang ingat 8.6kg tu pn masa jumpa PAED kat Pantai Hospital disebabkan ada blood stain kat drypers. Syukur alhamdulillah tak der apa...it just because of cristal yang kuar dari urine dia. no medication needs, only drink alot of plain water. Before that case i memang xpernah langsung hokay bagi dia minum air suam sbb kan BF. Sekali bila dh jadi macam tu terus mama dia pi cari botol air untuk air suam.Gigih tu dua beranak terus pi Yong Fong cari lps check up kat Pantai.

Ok sambung nanti, esk HOS kt HQ tu nak melawat we all kat region ni, ada something yang perlu dibentangkan. alhamdulillah last year i got the higher scored among others engineers here. Iallah i will try to at least maintained it for this year. Nant kita story-story lagi yer cantiks cantiks sekalian. 

See u than...


 Latest pic MID on 8th months old
 Heros Mama at CH
Us at Golden of Palace Horses

Nota Hati : Idup jangan poyo (xder kena mengena dgn entry ini!!

Thursday, March 3, 2011

~Alhamdulillah Rezeki Saya~

Salam Khamis,

Kata org, perkara baik yang nak kita lunaskan i'allah dipermudahkan oleh Dia. Alhamdulillah rezeki kami, email yg diterima dari pihak pengurusan dua hari lps memberi sedikit rezeki tambahan kpd i even amount nya tk lah begitu byk & hanya utk tempoh 2 thn shj. Pembayaran bermula pada gaji March sekali dengan tunggakan dari bulan January. Dapatlah ditambah tokok sedikit untuk re-new roadtax Mr Blakcy i yg bakal expired hujung March ini.

surprise TRA annoucement dr HR


Nota Hati:Syukur sedikit rezeki tambahan biarpun nilainya tak lah sebegitu byk...Amin...


Tuesday, September 29, 2009

Back to Office





Ehem, ehem...


Hari nie 2nd day start keja setelah seminggu bercuti...isyisy tue lah lama sgt bercuti, tambah lak dengan mood hari raya, mood nak bekerja semula pun kureng jer...coyok2....kena cari mood keja semula nie, dah lah keja berlambak2 atas meja...mcm mana ni...tue lah b4 cuti raya dok set kan kepala otak lepas cuti nak buat, tapi bila dh naik cuti nak kena cari mood keja blk lah plak..baru smlm kena briefing dgn bos pasal KPI...huhuhu 3 bulan lagi masa nak kejar KPI, mana nak siap kan pra thesis aku...(hopefully semua nya ok, thesis tu yg penting) sajer jer aku attached gmbr doc atas meja aku yang bersusun tunggu turn nak settle. Tu tak termasuk lagi kena prepare office budget 2009 (Maxiplan). Sabor jer lah, balik2 muka nie gak yang kena buat (think +ve)

Nota Hati: Ikhlas lah dalam bekerja, nescaya yg ssh akan jd mudah, yg benci akan jadi syg..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...