I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label Kenangan Terindah. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Terindah. Show all posts

Thursday, February 27, 2020

Suka Duka Pahit Manis 2016

Assalamualaikum...


Eh eh jangan terkejut bila ada dua entry tetiba muncul dalam blog yang tersangat lah suam-suam kuku ni.

Enrty before nie memang tak silap, Draft July 2015, Feb2020 baru nk publish...Ko rasa????

Ok disebabkan entry beberapa setahun sekali wrap up citer djelah lah, so kali ni kita kasi wrap up untuk tahun 2016 plak.

Life 
Life biasa-biasa sahaja...masih lagi mother of 1 belum ada rezeki two three or four...inshallah sekiranya diberikan rezeki itu kami menerima dengan rasa bersyukur. Masih lagi stay on & off at our little crib in Krubung Jaya (KJ). Bila wkend jer berangkut lah dgn bakul bagai balk KJ. It ok as long as we are happy & comfortable with it demi sekeping hati yang bergelar AYAH.

Carrier 
Alhamdullilah finally i got my Professional Engineer (P.E) in April 2016. Perghhh lega cuma kena plan bila nak lengkapkan sehingga dapat PCE. Dengar kata boleh tahan "senang" gak soalan exam untuk PCE. It ok dalam dunia nie mana ada benda yang senang, nak makan pun ssh sebenarnya tapi sbb dah hari-hari kita buat tu yang kita rasa senang yer idok??

Jantung Hati Paru
Muhammad Imran Danish B. Herwan Shah (MID) budak yang banyak akal...i decide untuk start hantar MID sekolah seawal 4 tahun. Pada awalnya ramai yang membantah termasuklah my other half, tapi diatas kedegilan, kekerasan kepala &  kuasa veto (not really veto) yang i ada, i hantar gak MID sekolah start 1st Jan 2014. I pilih Tadika JAIM jer. YES YES YES, i memang tak plan nak hantar MID ker private kindergarten pun sebab i kedekut. Hahaha bukan lah, sebab pd i JAIM also not so bad. why not kita tried kan.

Mothers instinct is always right, MID was really really good in school. Banyak improvement yang i nampak since MID went to school. Actually for 4 years old student modul pembelajaran lebih kepada pre-school compare student 5 & 6 years old. Not even single homework pun cikgu bagi, mama yang bg homework suruh buat adalah hehehe.

Alhamdulillah we are really impress bila MID dah mampu untuk menghafaz semua bacaan di dalam solat 5 waktu di usia 4 thn...syukur tak terhingga. In fact many of surah-surah lazim pn MID dah boleh hafaz. Doa mama moga awak terus istiqomah sayang.

Vacation
ok this year vacation kitaorg ke Ho Chi Min, Vietnam. Actually dah lama i plan nk gi HCM nie. Masa awal tahun survey punyer survey harga tiket masa AA promo dapat plak tiket murah (reasonable prize). Flight ticket for 3 included luggage RM880. We all pergi masa bulan October (8-11/10/2016). As usual parking keta kat umah mak su i kat Taman Emas Dengkil. Lucky ada sedara mara yang dok dekat dengan airport, save skit duit parking keta untuk 4 hari. alhamdulillah.

In HCM i hired tourist guide recommended from Mak su i. Abg Zack nie cousin kepada schoolmate Mak su i. Overally recommended lah brother nie sebab senang nk communicate and friendly. MID sampai skang pun masih ingt lagi Uncle Ho chi Min tu. Hahaha..Ok pasal vacation HCM nie nanti i buat entry lain na (kot lah i rajin, tp macam tak rajin jer)

Then somewhere in Nov we all ada Hot Diva Gathering at Tanjung Tuan Resort Port Dickson. Actually mini gathering nie among my bff & family jer. We all ambik 2 apartment (3 bedrooms)..Overall it was really happening cuma yang tak best nya singkat sangat plak 2D1N jer. Tak sempat nk bergosip lelebih. Guys next time kita plan panjang skit tau...at least 3D2N ker kan...

   
So that the wrap up for 2016...penuh warna-warni, suka-duka, ketawa, jerit, stress dan segala bagai lah.Alhamdullilah Allah bagi kesempatan untuk i melalui tahun 2016 dengan kesihatan yang baik & orang-orang yang baik (yang tak baik tu biaq pi kat dia).


3 of us

Post Office HCM

Mekong River Cruise

                                             Street food, but I is cannot go.

Abg Zack, almost 8 years stay in HCM





Friday, February 7, 2014

Kuching 2014-Part III

Hi u olls...

Tengok tu dari part II nak masuk part III bukan main lama ambik masa...Sementara tengah tak banyak keja & bos pn coti, baik i sambung part III.

Wind Cave Bau
Welcome back to Kuching after Pasar Serikin, we dropped by at Win Cave Bau. Actually win Cave nie tak der apa2 pun, just tempat kaum buddha (If i'm not mistaken) menjalankan upacara sembahyang diaorg jer. Kedudukan gua betul2 di tepi jalan menghala ke Serikin selepas satu simpang 3. Para Pengunjung dibenarkan masuk ke dalam gua. Keadaa gua adalah sangat bersih. Untuk masuk ke dalam gua tersebut kita dikehendaki membuka kasut. Actually masih boleh nak explore dalam gua tu tapi disebabkan i bawa bersama MID, so rasa mcm tak sesuai lak nak dok lelama dalam gua tu. ditambah lak cuasa pada masa tu dh gelap nak hujan, so sekadar posing jap kat atas then we all turun.

Ok then after that we had our lunch at mamak stall tak jauh dari Kuching Central kat Bt 7. Actually i nie kureng skit bab2 nak lunch kat kedai mamak, but it requested by my dad so we all pun ok jer lah. Ayah teringin nak lunch dangan kari kambing, Ooo yer sepanjang 4 ari we all kat Kuching, ayah i memang berselera betul dia makan. mungkin sbb dah cukup korum & dapat makan dengan anak bongsu kesayangan dia.

Semenggoh Wildlife Centre
So after lunch, we were heading to Semenggoh Wildlife Centre. It been requested by my hubby sebab teringin nak tengok orang utan Sarawak katanya. The location is about 30min drive from airport. Kalau ikut i malas gak nak gi sini coz i'had been there before during my 1st time  visit in year 2005. Kenderaan dibenarkan masuk ke dalam pusat hidupan liar. Jarak dari pintu masuk ke tempat berkumpul adalah +-500meter. Oo yer entrance fee is RM5.00/person, quite reasonable lah compare with Jong crocodile farm yang bagi i mahal nak mammmm....

A lot of improvement compared in 2005.Bagi yang membawa warga emas, adalah dibenarkan untuk menurunkan mereka sehingga ke tempat berkumpul, tapi lepas tu kena park semula kereta di parking area. Kalau dulu tak ada propper bangsar untuk pelawat stay tapi skang dah ada. siap dengan tempat duduk lagi. Just nice lak time tu hujan so sedang elok lah kitaorg semua berteduh kat situ. Time for orang utan feeding is 3pm same as crocodile. So before orang utan keluar the officer have instructed ours not to make noise otherwise orang utan will not came out. 

Rezeki we all ari tu ada sekor orang utan keluar and dapat lah mr. hubby tengok. MID langsung tak der feel langsung nak tengok, dia dok sibuk jalan ke hulur ke hilir. Al maklum lah orang baru dapat kaki nak berjalan.Then after that the officer mintak semua masuk ke dalam sikit untuk tengok orang utan yang kebih besar kt dalam tu. I & ayah decide tak nak masuk sbb jalan tak berapa elok & someore i pn dh pernah tengok. So dua2 adik i masuk, then mr hubby pun follow sama gak bawa MID. Lucky diaorg bawa payung sbb tak lama lepas tu hujan semula.

 Bersambung ke Part v nanti yer..kita layan gambar dulu


Inside the wind cave

Orang Utan Feeding
Semenggoh wildlife Centre
Closed up skit

i suka trip kali nie sbb ada photographer ikut sekali, leh berposing2. Tak yah arr nak hangkut camera bagai.


 

Thursday, January 23, 2014

Kuching 2014 - Part 2

Hokay sementara ada kelapangan masa nie, mari kita sambung part 2 lak.

Sebelum tu lupa nak inform di Kuching kami menginap di budget hotel sahaja. Memang dah jadi kebiasaan i kalau pi holiday tak perlu stay kt hotel yang berbintang bagai, cukup sekadar selesa & bersih yang penting dah memadai sbb tujuan balik ke hotel cuma untuk tido, mandi & berehat sahaja.Alhamdulillah rezeki i masa dok men"survey" hotel sebulan sebelum keberangkatan (dh mcm anak raja lak),ada satu hotel nie tgh buat promotion dari RM104/nite harga asal dapat RM50/nite (wkdays) and RM60/nite (wkend). so after review bagai kat tenet about hotel, tawakal sahaja i booking untuk bilik family which consist 2 queenbed. The hotel is Place2stay Hotel Kuching. Nanti i buat enrty khas pasal hotel ni.

Okay after visit Jong Crocodile Farm & Zoo we all zasssss terus ke quaters adik i kat IPD Samarahan. Dari farm ke Samarahan take about 30min drive. But before that adik i bawa kitaorg sampai ke pengkalan feri Muara Tuang,Kota Samarahan to give us the right view of his daily / routine journey  to go to work.Bagi i yang bekerja di semnanjung nie mmg mencabar sungguh bila dia brief kat kitaorg yang mana setiap hari terpaksa menaiki feri untuk menyeberang sungai semata-mata mahukan perjalanan yang singkat untuk sampai ke destinasi.Feri ini menghubungkan penduduk di Kota Samarahan dengan penduduk di Asajaya. Nanti i akan buat entry khas gak pasal catatan perjalanan ni.

Then after that went back to Kuching for check in hotel and rest. 

Day 2 Pasar Serikin
On the day - 2 subuh2 pagi seawal 6.00am dah bangun & bersiap2 nak ke Pasar Serikin. Pasar Serikin is one of MUST visit place whenever in Sarawak. It is open during weekend only located at the border of Serikin, Sarawak and Kalimantan Indonesia. To arrived there it is take about 45min-1hr via driving from Kuching. Before that we all singgah di Batu 7 for taking a breakfast, almaklumlah nak simpan tenaga untuk bershopping jap lagi. Perjalanan ke Serikin tak lah seteruk mana, jalan tak lah bengkang bengkom pun, to me it is ok sangat, jalan yang tak sibuk, tak der kenderaan2 berat i.e lori tanah @ lori balak.

Sampai-sampai jer Pasar Serikin i lah orang yang paling excited sbb dapat shopping. Yang lain2 tu macam tak dr perasaan. Sampai jer Pasar Serikin the 1st words yang terkeluar dari fikiran i Pasar Serikin lebih kurang macam Rantau Panjang di Kelantan or Danok di Bukit Kayu Hitam. Penjaja di situ adalah warganegara Indonesia yang dibenarkan masuk (tanpa pasport) hanya pada wkend sahaja untuk menjalankan urusan penjualan. Memang kalau tgk suasana dh mcm kat Indon dah sbb dok betul2 kat border. semua urusniaga adalah di dalam Ringgit Malaysia.

Antara barangan yang banyak di jual di Pasar Serikin adalah baju2, blouse, skirt, senang citer pakaian lah, handbag branded celop, kasut branded celop, kraftangan, periuk belanga, tikar & so on...Harga yang diletakkan adalah hampir sama dengan harga diluar, tp kena pandai buat tawar-menawar untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah. i sampai rambang mata nak beli apa kat sini. Deretan kedai adalah sepanjang 1km. Sian kat ayah i, sampai tk larat nak berjalan, dok berhenti & lepak kat warung makan sementara menunggu anak pompuan dia tawaf sampai hujung.  Mula2 ayah i yg surrender, after half an hour dua2 adik and MID pn surrender sama gak...pi join ayah lepak kat warung, just me & Mr Hubby jer yang gagah. Tp i rasa Mr Hubby tu pn sebenarnya dh tak larat cuma terpaksa sbb takut bini dia shopping smp tak ingat jalan balik, that y dia gagah gak temankan i hihihi...

Cuaca di Pasar Serikin adalah sangat panas, so please please please sesiapa yang bercadang hendak ke sana, silalah bawa bersama2 anda sekaki or berkaki2 payung bersama. Bagi yang suka bersunglasses tu, bawa lah pakej sunglasses sekali. Yang ada anak kecil sila lah bawa bersama stroller anda sbb i confirm u olls tak kan larat nak mendukung dalam cuaca panas even jam baru menunjukkan pukul 9am.Sebenarnya ada jer jual payung kat situ tapi kan lagi jimat kalau u olla bawa siap2, duit tu boleh wat pi shopping kt situ yer dak?..I suggest u olls kalau nak gi Pasar Serikin ni silalah gerak seawal pagi dari Kuching sbb kalau u olls sampai lambat maka kena lah beratur utk dapat parking yang agak dekat sikit jarak dengan pasar. Kemudahan parking mmg ada disediakan cuma jauh atau dekat sahaja. Satu lagi penjaja di pasar nie dh start packing2 utk balik ke Indon (Kalimantan) sekitar pukul 11am. So nnt kalau u olls lambat smp maka agak terhad lah sedikit masa untuk bersoping2.

We olls spend almost 3 hrs there, tapi i end up just beli tak sampai pun 10 jenis barang.hahaha tu pun termasuk survinier yang nak bagi kt MIL & cucu2 BS anak i. Actually harga tak lah jauh sangat beza dengan kat sini, cuma certain barang tu mmg lah berbeza. Pesan i kalau u olls nak tawar menawar make sure letak harga yang serendah mungkin, then guna margain harga yang sama untuk sessi tawar menawar kat kedai2 lain. 

So lets see the picas and to be continue in Part III



 Entrace to Pasar Serikin
 The blog owner
 with Mr hubby
Mama paksa pakai cap sbb panas
 Imran Danish with Paman busu
 Candid
 Perghhhh lega dapat minum air laici





 

      

Wednesday, January 22, 2014

Kuching 2014 - Part I

Hai u olls...

Rasanya belum terlewat (w/pun mmg dah terlewat) i nak wish Happy New Year 2014 pada u olls sekalian. Nie enrty 1st dikala tahun baru.

Kuching...This is the 3rd time i ever went to Kuching...apa kes sampai 3x pi bercuti tempat yang sama nie. cer cite cer cite...

Ok actually masa AA (AA jer yg mampu pun) buat promotion tiket murah bulan Sept 2013 i sajer google...YES jari jemari i mmg dok gatai jer nk me"google" bila dapat email promtion dari AA. Sekali try klik utk Kch-KL murah lah plak untuk 4 adult & 1 infant cuma RM650+ sahaja. So decide ok lh jugak pi Kuching since Mr Hubby pn lom pernah sampai sana lagi & somemore adik bongsu i pun ada kt sana, boleh bawak ayah melawat anak kesayangan dia kt sana.

Terasa amat lah lama kan bilamana bulan Sept dh siap book tiket, nk fly nyer bulan January tahun hadapan. Even dah kali ke-3 pi nak pi sana, i still feeling excited sbb kali nie 1 family i angkut. Completed set of vacation.

A day before travelling mcm biasa we all bermalam dulu kat umah Pak su i kat Dengkil. Disebabkan flight kul 9.30am, so tak lah rushing kalau nak gerak pagi2 tu dari Melaka kan. Lucky we have relative yang settled down area2 airport nie, senang nak tumpang parking kereta. Yelah kalau parking kat airport untuk 3 hari dah dekat sama dengan harga tiket flight untuk sehala kot.

Flight to Kuching on that day very smooth, alhamdulillah my lilttle caliph MID tak buat perangai langsung during abroad. He's very happy and excited looking at outside during take off time. Siap cakap fuyoooooo lagi. Sepanjang 1 jam 45 min tu tak tido langsung. Aiiii lah anak excited benor lah kamu ni!!!

Sampai jer Airport Kuching salam2 peluk2 cium si bongsu tu terus zasssss pi cari kedai makan. Laporrr seh dh lah tak bfast memasing. Sepanjang kt sana we all guna 2 biji kereta untuk keselesaan. Oooh yer nak promote skit, adik i ada buat sewaan kereta kat sana, so sesiapa yang nak datang Kuching perlukan kereta sewa boleh lah inbox i nyer. Adik i bawa gi kedai nasi campur area Satok, time tu lauk dh tak banyak pilihan even baru kul 12.00pm. Menururt kata adik i org sana lunch awal, that why kul 12 lauk dh tak banyak. Actually i don't have prepared any spesific tentative schedule for this time holiday sbb dah tau ada tourist guide merangkap adik i yang akan entertained kami. Tp i dh list kan tempat yang MUST be visited kat dia. So the 1st attraction place we went is Jong Crocodile Farm and Zoo located at Serian.


Jong Crocodile Farm and Zoo located at Serian.
It take about 30-40 min from Kuching to arrived there. On the way tu i tertido sebab BF kan MID, dia tido dengan i sekali tido. Jalan masuk ke farm agak kurang elok skit,cuma crasher run sajer. Tak pasti samada under maintenance or mmg semulajadi macam tu. Fee for entrance quite expensive jika nak dibanding kan facilities and kebersihan di dalam farm tersebut. Rasa macam tak berbaloi jer bayar RM16 (adult) RM10 (child above 6 month) untuk masuk ke dalam. Tapi sbb bukan selalu kan so pejam mata jer lah. Really keadaan farm yang kurang penjagaan,bau yang sedikit busuk dari air kolam & laluan dua hala yang agak sempit. Tapi yang agak bagus cuma toilet nyer sahaja.May b sbb toilet tu baru siap so still in good & clean condition.

Apa yang menarik sangat kat farm nie yer??...i rasa bayaran RM16 tu sebenarnya hanya untuk menyaksikan acara crocodile feeding sajer. Feeding time is 11.00am and 3.00pm. So masa kami sampai mmg just nice lagi setengah jam nak sampai feeding time. other than that rasanya mmg sangat2 tak berbaloi. Tak banyak pun binatang lain yang ada kat dalam tu. Ada stage (not a proper stage actually) disediakan untuk tgk show. Ok lah rezeki kami dapat tengok buaya2 bangun tido kelaparan dok makan. Tak sangka lak i yang bunyi rahang buaya mengap makanan samapai mcm tu kuat sekali. Macam tu lah agaknya bunyi buaya makan org kat sungai2 kat Sarawak yang kita selalu dengar. it take about half and hour gak lah show tu.

to be continue in part II

 Mama & Imran Danish at Jong Crocodile Farm & Zoo
 Imran Danish excited nampak aeroplane, fuyoooo!!
 Candid infron of entrance counter to crocodile farm
 Both of us inside the farm
 It so call "Buaya Kontot"
 Both of my family except the photographer
 Posing above the crocodile head
 The tourist
 Imran Danish happy mama lagi lah happy
 Crocodile feeding time
Crocodile feeding time



Thursday, November 10, 2011

~Tribute to Arwah Bondah Tersayang~

Aidilfirti 2009



Morning all readers & silient readers!!


Entry ari ni agak emosi sikit. Hari ni 10.11.2011 genap 2 thn pemergian bonda tersayang ke rahmahtullah buat selama-lamanya. Rasa mcm baru jer smlm arwah pergi meninggalkan kitaorg. Perasaan adalah sangat2 perit, tak dapat nak digambarkan mcm mana. Ujian yang sangat besar buat kami sekeluarga waktu itu. Walau mcm mana pn kami tetap redha dengan janji Dia kepada setiap manusia. Redha dengan pemergian arwah, tak sanggup rasanya melihatkan dia menanggung segala kesakitan dan keperitan di atas katil hospital.

Seawal hening subuh pada 8.10.09, "ayah, hantar mak gi hsptl, mak ssh nak bernafas"..yer itu lah ayat / suara terakhir yg i dgr dari arwah. Selepas itu kami sunyi tanpa suara arwah, tak akan ada sampai bila2 suara itu kedengaran lagi, yang ada cuma terngiang2 sendiri. Bermula dari tarikh itu sehingga lah selama 33 hari (10 ari di ICU), Hospital Melaka menjadi rumah kedua buat kami semua. Yg ada dlm ingatan di kala itu cuma arwah, arwah & arwah. Makan minum tidak menjadi keutamaan. Arwah koma selama tempoh tersebut. Cuba kalian bayangkan ketika dihantar ke hospital boleh berjalan w/pn lemah, boleh bersuara w/pn perlahan, boleh ketawa w/pn hambar tp selepas itu umpama patung yang bernyawa tanpa sedar di atas katil hospital.


Sangat pedih utk kami melalui saat itu. Ujian yg maha hebat buat i sbb dalam masa yg sama i dlm saat2 critical utk final exam & final project. Dalam hati dh nekad, arwah adalah priority i, tak kisah lah kalau i kena repeat utk semester itu. Apa yg dibaca tak ada langsung yg tersimpan dalam kotak memori. Presentation untuk final project proposal kena hentam kaw2 dengan panel. Mmg rasa sangat2 down waktu itu, dlm hati sempat lagi bercakap "korang tak tahu ker mak aku tgh kritikal kt hsptl tu, kalau korang kt tpt aku blh ker korang buat???" Sekali lagi, redha jer lah jalan terakhir i.


Arwah adalah kekuatan i utk menjawab exam, dia juga pendorong utama i utk further ke tahap itu.Habis sudah final exam, i dh buat yg terbaik utk masa depan i, redha (byk tul perkataan redha ari nie yer) dengan apa pn keputusan yg i dpt nnt. Alhamdulillah sepanjang tempoh final exam, arwah menunjukkan sedikit perkembangan positif even masih lagi koma. Agaknya dia tak nak anak dia risau sepanjang tempoh exam.


Hbs jer exam, tumpuan 100% buat arwah. Tapi di kala itu, perkembangan arwah sedikit menurun, peratusan oksigen semakin hari semakin menurun. Tanggal 9.11.09, keadaan arwah semakin nazak, ada air mata yang mengalir, mungkin ada sesuatu yg nak disampaikan tapi apakan daya keadaan dia yg tak mengizinkan. Subuh 10.11.09, peratusan oksigen semakin sgt rendah sehingga memaksa Doktor pakar utk dtg check. Pagi tu mcm satu halilintar menyambar kt telinga i bila doktor explain yg tahap arwah semakin nazak, i diminta inform kepada semua ahli keluarga sbb menurut doktor anything boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dr skang.


Ya doktor itu bukan Tuhan untuk mentafsir nyawa manusia, tapi ketentuan Allah adalah segala2nya. Tepat pukul 8.40am 10.11.09, arwah telah menghembuskan nafas yg terakhirnya. Alhamdulillah i, adik2 & ayah ada disisi arwah ketika saat2 akhir itu. Alhamdullillah juga kami sempat mengajar arwah mengucap 2 kalimah & i sempat minta arwah halalkan susu yang diberikan kpd kami adik beradik.


Ya bermula lah dari saat itu hingga ari nie, i kehilangan arwah bonda yang tiada galang gantinya di dunia. Kepada semua readers, hargai lah bonda kalian selagi ada, tadah lah telinga kalian mendengar apa2 pn bebelan diaorg kerana pastinya kalian akan merindui bebelan itu bila mereka telah tiada nnt. Maaf yer entry ini agak panjang & beremosi.





Nota hati : Kasih ibu hingga ke syurga....segala-galanya tiada pengganti smp bila2.

Tuesday, November 1, 2011

~Family Day~

Morning sekalian,

Hari ni kita lari topik skit, tak mau citer pasal kawin2 lagi. I nak share pasal our company family day last w'end. Lokasi adalah di A Famosa Golf & Resort. Dekat jer idak ler jauh bebenor pun, org melaka ckp kentut pn leh bau arr (tu kentut gajah ker apa tu leh bau smp A Famosa)

Ok overall event adalah sangat happening ok. Bagi yg masih single mingle mcm i nie dpt 1 jer pass masuk, tp disebabkan kecerdikan i (aceh2 cerdik lah sgt!!), maka i dpt lagi 3 pass extra. Niat asal nk ajak my dear, tp apakan daya atas sebab2 tertentu my dear tk dpt join, so i decide give 2 pass to my brother & 1 pass for my little cousin Wawa . Lucky Wawa leh get tru wit anak2 my office-mate, so tk lah boring sgt dia.

Standard lah acara2 kt mana2 Family Day semua sama jer. Apa yg penting all staff happy, time tu dh tak kira ko manager ker, engineer ker, clerk ker, operator ker semua sama jer. Time2 nie lah nak menggunakan kesempatan yg ada. Malas mau citer panjang, jom layan picas.


Geng2 pompuan Loop Race


Sorry Lupa apa nama game ni

Couple match *saya masih disqualified utk game nie*

Tima kasih yer makcik sbb payung kan sy *makcik nie tahu2 jer sy B2B tk leh berpanas*

Loop Race *Ya ampun, tu hanya dlm game jer*

All ladies, single but not available ok



Nota Hati : Next time Family Day i dah leh masuk couple match...hehehehe

Friday, June 24, 2011

~Berita Terkini Lagi Sensasi~

Morning all sweety,

Kejap jer dah smp ari jumaat semula, cepat tul masa berjalan skang nie, pejam celik pejam celik setengah thn dh nk hbs...

Ok2 tk nak melalut di pagi hari jumaat yang mulia ini. Apa yg i nak shared kt sini ada lah kena mengena sikit dgn perjalanan masa. (yer kot, tk pasti kalau tk der kena mengena abaikan jer) Pagi2 nie dpt call dr my Bff FHAK merangkap future bridesmaid i nnt...huhuhu sound so happy sbb ada gud news. Dia bakal mengikut jejak langkah i (bride to be i'allah) tk lama lagi. Lagi wat i terkejut jarak dgn W-day i nnt almost sebulan jer. ALHAMDULILLAH i happy sgt dgr citer dia....sampaikan sambil wat entry nie tersenyum2 sorang2. Over tul i nie kan..org lain yg nak kawin i lak yg terover happy. So to FHAK dgr sini aku nk ckp ,

1. Benda kalau nak jadi SEKEJAP jer kan, mcm aku pernah bgtau kt ko.
2. START lah wat apa yg patut, kalau nk mintak advice (ceeehhh mcm pakar sgt nk bg advice ko pn tk lepas) calling2 lah aku beb.

3. Kalau nk PINJAM brg2 aku, no worries, anytime jer.

4. Aku tk kira, aku nk gak DATANG masa E-day ko nnt even ko tk jemput aku (dasar muka tk malu, ada aku kisah)

5. Tak kisah lah ko sibuk mana pun nk wat preparation W-day ko
, aku ttp HIRED ko jd bridesmaid aku.
6. Aku HEPPY giler sehhhh dgr berita ko nie.

7. Yang PENTING.kalau ada tiket FREE Firefly jgn lupa bgtau kengkawan...ehhehe


Ingat tk masa kita dapat keja sesama dulu pun beza jarak antara satu sama lain tk jauh, see skang beza jodoh kita pn tk jauh kan...I'allah lps ni kita doakan untuk MQAK lak..tak lama lagi lah tu.

At Sentosa Island Dec 2008 Friends Forever (Gmbr Pn Norel cari tk jumpa lah plak sorry yer norel)

Nota Hati: I'allah sorang persorang akan menyusul bila jalan itu telah terbuka.

Friday, December 4, 2009

I miss her very much


Wahhhh agak lama gak tk sempat nak update blog ni...bukan apa, keja2 cretive nie kena ada mood nk buat..kalau tk sudahnya terbengkalai lah mcm nie....(hampir2 terbengkalai even pd awalnya mcm bersemangat gitu)


Nothing special 2 share...tetiba rasa rindu yg amat pada arwah (Al-fathiha)....ari ni genap lah 25 ari permergian mak mengadap ilahi...rasa mcm baru jer smlm dok jaga arwah kt wad...really sampai bila2 pun aku tk kan lupa tempoh 34 ari (8 ari di ICU orkid HM, 26 ari di katil 28, wad 3 aras 4 HM) aku, ayah & adik2 berkampung kt HM....alhamdullilah even penat dgn keja, o/station, final exam (nie yg paling tak tahan), tk sikit pun terasa penat terdetik dlm hati kena jaga arwah....terasa puas yg amat dpt jaga arwah selama 34 ari tu...kalau boleh nak jaga selamanya, tp Dia lebih sayangkan arwah...semua redha dengan pemergian arwah, dh terlalu lama (almost 8 yrs) suffered dgn penyakit (CANCER) dia, selama nie arwah byk survive sbb SEMANGAT yg kuat mengatasi kesakitan....adakah aku boleh sekuat itu???? (jawab, jawab jgn tak jawab)


Kalau ditanya, apa yg paling aku rindu ialah nak dgr suara arwah....selama 34 ari terlantar kt HM, tak sehari pun arwah boleh bersuara (koma)...last suara yg sempat aku dgr subuh pagi (8/10/2009) sebelum pi HM, arwah mintak tudung utk dipakai....slps tu & sehingga skang aku tk kan dpt dgr suaranya lagi....

Nota Hati:moralnya kalau mak kita membebel tu, dgr lah selagi boleh mendengar..bukan apa dia sygkan kita tu





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...