I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label Borak-borak kosong. Show all posts
Showing posts with label Borak-borak kosong. Show all posts

Thursday, February 27, 2020

Eh dah 2020????

Assalamualaikum W.B.T

Terlalu lama tidak bertandang ke blog sendiri....

Terlalu banyak kenangan yang cukup sekadar tersimpan di dalam kotak memori....

Alhamdulillah dipanjangkan usia olehNya untuk sampai ke tahun 2020...

Apa?? dah 2020?...yer dah 2020..macam tak percaya dah 2020...hakikatnya dah penghujung bulan ke-2 dalam tahun 2020

Dulu masa di bangku sekolah bila diceritakan tahun 2020 itu seolah2 serba serbinya tak terjangkau dek akal fikiran...

Hakikatnya tahun 2020 masih sama sepertimana 10 tahun yang lepas...20 tahun yang lepas...

Yang membezakan cuma 10 atau 20 thn yang lepas tiada smart phone (ini paling ketara), kuih karipap boleh dapat 3 biji singgit, tiada online banking, masih menggunakan buku account, tiada IG ( salah satu sebab mengapa makin menyepi di dunia blog sebab bayk menggunaka IG sekarang)

Ada apa dengan 2020?...

Masih sama, tiada apa yang membezakan di tahun 2020 ini...

Melainkan usia yang bertambah, memasuki fasa dimana bila-bila masa sahaja jika Dia menginginkan untuk kembali kepadaNya...maka kembalilah kita kepadaNya.

Adakah diri ini sudah bersedia???..

Melihatkan banyak kematian lately ni berlaku di usia yang muda membuatkan akal berfikir, hati terdetik bilakah giliran aku, cukup kah amalan bekalan aku...Al-fatihah

Cukup ini sekadar intro di tahun 2020...

Hati terigin untuk aktif berbloging, cuma masa & mood kekadang ke lautan pasific..

Sudahnya kesepian lah tanpa bertandang...

Inshallah semoga ketemu lagi..

Belanja sekeping gambar tuan tanah blog buat hilang rindu aahh gitew..

Trip Bandung 2019 - Bed-mate forever










Suka Duka Pahit Manis 2016

Assalamualaikum...


Eh eh jangan terkejut bila ada dua entry tetiba muncul dalam blog yang tersangat lah suam-suam kuku ni.

Enrty before nie memang tak silap, Draft July 2015, Feb2020 baru nk publish...Ko rasa????

Ok disebabkan entry beberapa setahun sekali wrap up citer djelah lah, so kali ni kita kasi wrap up untuk tahun 2016 plak.

Life 
Life biasa-biasa sahaja...masih lagi mother of 1 belum ada rezeki two three or four...inshallah sekiranya diberikan rezeki itu kami menerima dengan rasa bersyukur. Masih lagi stay on & off at our little crib in Krubung Jaya (KJ). Bila wkend jer berangkut lah dgn bakul bagai balk KJ. It ok as long as we are happy & comfortable with it demi sekeping hati yang bergelar AYAH.

Carrier 
Alhamdullilah finally i got my Professional Engineer (P.E) in April 2016. Perghhh lega cuma kena plan bila nak lengkapkan sehingga dapat PCE. Dengar kata boleh tahan "senang" gak soalan exam untuk PCE. It ok dalam dunia nie mana ada benda yang senang, nak makan pun ssh sebenarnya tapi sbb dah hari-hari kita buat tu yang kita rasa senang yer idok??

Jantung Hati Paru
Muhammad Imran Danish B. Herwan Shah (MID) budak yang banyak akal...i decide untuk start hantar MID sekolah seawal 4 tahun. Pada awalnya ramai yang membantah termasuklah my other half, tapi diatas kedegilan, kekerasan kepala &  kuasa veto (not really veto) yang i ada, i hantar gak MID sekolah start 1st Jan 2014. I pilih Tadika JAIM jer. YES YES YES, i memang tak plan nak hantar MID ker private kindergarten pun sebab i kedekut. Hahaha bukan lah, sebab pd i JAIM also not so bad. why not kita tried kan.

Mothers instinct is always right, MID was really really good in school. Banyak improvement yang i nampak since MID went to school. Actually for 4 years old student modul pembelajaran lebih kepada pre-school compare student 5 & 6 years old. Not even single homework pun cikgu bagi, mama yang bg homework suruh buat adalah hehehe.

Alhamdulillah we are really impress bila MID dah mampu untuk menghafaz semua bacaan di dalam solat 5 waktu di usia 4 thn...syukur tak terhingga. In fact many of surah-surah lazim pn MID dah boleh hafaz. Doa mama moga awak terus istiqomah sayang.

Vacation
ok this year vacation kitaorg ke Ho Chi Min, Vietnam. Actually dah lama i plan nk gi HCM nie. Masa awal tahun survey punyer survey harga tiket masa AA promo dapat plak tiket murah (reasonable prize). Flight ticket for 3 included luggage RM880. We all pergi masa bulan October (8-11/10/2016). As usual parking keta kat umah mak su i kat Taman Emas Dengkil. Lucky ada sedara mara yang dok dekat dengan airport, save skit duit parking keta untuk 4 hari. alhamdulillah.

In HCM i hired tourist guide recommended from Mak su i. Abg Zack nie cousin kepada schoolmate Mak su i. Overally recommended lah brother nie sebab senang nk communicate and friendly. MID sampai skang pun masih ingt lagi Uncle Ho chi Min tu. Hahaha..Ok pasal vacation HCM nie nanti i buat entry lain na (kot lah i rajin, tp macam tak rajin jer)

Then somewhere in Nov we all ada Hot Diva Gathering at Tanjung Tuan Resort Port Dickson. Actually mini gathering nie among my bff & family jer. We all ambik 2 apartment (3 bedrooms)..Overall it was really happening cuma yang tak best nya singkat sangat plak 2D1N jer. Tak sempat nk bergosip lelebih. Guys next time kita plan panjang skit tau...at least 3D2N ker kan...

   
So that the wrap up for 2016...penuh warna-warni, suka-duka, ketawa, jerit, stress dan segala bagai lah.Alhamdullilah Allah bagi kesempatan untuk i melalui tahun 2016 dengan kesihatan yang baik & orang-orang yang baik (yang tak baik tu biaq pi kat dia).


3 of us

Post Office HCM

Mekong River Cruise

                                             Street food, but I is cannot go.

Abg Zack, almost 8 years stay in HCM





Thursday, January 5, 2017

Lama Giler Tak Berkunjung

Assalamualaikum u olls...

#entry lama giler terperap baru nk publish#

Pejam celik pejam celik sib baik boleh celik lagi...alhamdulillah dipanjangkan usia oleh Nya selepas entry terakhir sekitar tahun 2014. Dekat setahun lebih gak lah.

Tiada apa menarik yang boleh dikongsi bersama melainkan rutin kehidupan sebagai khalifah Allah diatas muka bumiNya. 24/7 rasanya sama sahaja putaran jam ada suka, duka, perit, pahit & manis yang cukup sekadar dijadikan warna-warna dalam kehidupan. acehhhhh...

Actually tiap2 hari if tiada kekangan masa, sempat jer i blogwalking, jadi stalker mana2 blog yang best. I mmg suka mem"blogwalking" nie tambah lagi kalau time nak mencari info mendeco rumah kecil tiang seribu kami atau info travel log if ada plan nak bercoti2 atau pn info resepi masak-memasak (sejak jadi mak2 nie suka jer main masak2). Sesungguhnya Encik Google & blog memang banyak membantu. Tapi harus juga diingat kita tak seharusnya meletakkan kepercayaan 100% kepada apa yang kita Google. A simple research haruslah dilakukan unutk verified info yang diperolehi. Nie kalau yang berkaitan dengan fakta lah i maksud kan. Tapi kalau sekadar google pasal resipi, deco-deco bagai idok ler sampai kena wat simple research nak verify kannnn. 

Apa perkembangan sepanjang tempoh bertendang??? hahaha bertendang lah sangat kan. Nanti i summary kan. Tak kisahlah korang nak tahu ker tidak, dah blog kita, suka hati lah tuan tanah blog nak up entry apa kan...

Life
Alhamdulillah dikelilingi orang-orang yang dikasihi dan mengasihi. Sikit2 sentap tu biasalah. Mana ada life yang bahagia memanjang kan. Masih lagi ibu beranak satu. Belum ada rezeki menambah bilangan ahli syurga. Inshallah jika dikurniakan dalam masa terdekat kami menerima dengan penuh kesyukuran.

Carrier
Alhamdulillah rezeki anak mendapat kenaikan gred pada tahun 2014. Bersyukur dengan rezeki kurniaanNya. Sentiasa berusaha untuk ikhlas dalam bekerja, Inshallah pintu rezeki itu terbuka luas untuk kita. Rasa macam tak percaya i dah berjaya melepasi tempoh temuduga profesional walaupun keputusan masih belum diumumkan. Kalau lah i tahu 5 tahun lepas grad i dah ambik, hahahaha bunyi berlagak sangat kan?? Tapi memang betul rasa sedikit kerugian disini sebab dah keja hampir 12 tahun baru terhegeh-hegeh nak buat. Kalau tak kan senang tak perlu dah ambil exam PCE pasni.

Anak Syurga
Alhamdulillah anak syurga i Muhammad Imran Danish Herwan Shah dah hampir menjangkau ke usia 3 tahun bulan depan. Sangat sihat budak bam bam tu, bijak sangat bercakap tak setanding umur yang baru nak masuk 3 tahun. Yer Imran memang bertutur awal tapi lambat berjalan. Setahun 3 bulan baru boleh bertatih. tapi sekarang hambik kau tak cukup tanah dia berlari. Syukur!! Inshallah next year plan nak hantar Imran masuk school. Nak dia expose dengan environment luar, ada kengakwan. Kat Melaka nie susah plak nak dapat playschool. Diusia awal 3 tahun i tak nak Imran gi school yang learning base, i lebih prefer yang playschool, tak nak yang siap ada homework bagai kena bawak balik umah buat.(lain parent lain caranya, tolong jangan komen)

Vacation
Tahun 2015 kitaorang gi local vacations jer sbb mmg tak der planning pn nk ker obersi (tak ada budget yang benor nya) Disebabkan local vacations jer maka kita ambik awal tahun & hujung tahun. Febuari 2015 destinasi kami ke Langkawi sbb dapat tiket AA murah. kos untuk 3 org cuma rm280 sahaja. Kalau nak dikira kos minyak, keta, tol, bla bla bla mmg naik flight tersangat2 lah murah. Then hujung tahun bulan october 2015, northern region menjadi pilihan. trip kali nie lebih kepasa Jalan-jalan Cari Makan (JJCM). Perghhh best giler sbb perut tak dan nk rasa lapar, balik dari bercuti siap ko naik 3 kg (sila nangis tgk badan sendiri)

Uikk panjang pulak entry, asalnya nya wat a short comming back entry jer, sekali haaa ko bertingkek2. Hokay2 sambung kerja. Ada masa kita story-story lagi sini (ntah2 tahun dpn kot kuikuikui)



 Langkawi vacation Feb 2015

 Langkawi vacation Feb 2015
 Langkawi vacation Feb 2015
 Langkawi vacation Feb 2015
 Langkawi vacation Feb 2015
 Langkawi vacation Feb 2015
 JJCM Northern Oct 2015
  JJCM Northern Oct 2015
  JJCM Northern Oct 2015
  JJCM Northern Oct 2015
  JJCM Northern Oct 2015
 JJCM Northern Oct 2015





Wednesday, February 13, 2013

Bersawang Sudah Blog Tuan Tanah Kedaung Nie!?

Morning u olls...

Fuh, fuh, fuh berhabuk bersawang bagai dah blog ternakan nie terbiar. Uikkk org berbelog kita nak berbelog, sudah nya terbiar tanpa pembelaan. Siyes I bukan xder masa nk meng"update" tapi kuasa M yang melampau-lampau besar nya telah melanda idup I skang nie. Memang I respect, suspect, tabik spring toing toing toing lah kt blogger2 yg mampu meng"update" blog, maintain berbelog katanya. (entry ini telah berstatus draft selama sebulan, ko ada???)

Actually sepanjang tempoh bertendang, byk perkara dah berlaku, time flies & now i'am a mummy to my liltle prince Muhammad Imran Danish (nie alasan paling kuat knp I x meng"update" blog, bz lah tu kononnya).

Byk sbnrnya I nak share kt sini about experience I during my delivery time & confinement period. Boleh lah nnt Imran baca & tahu betapa sshnya mama melahirkan dia (mampu ker aku dh buat entry bbyk tu???). iallah i will try my best, tak dpt semua kita summarize dlm 1 entry pn kira ok lah kan daripada tak der.

Last but not least, nama pun dh ada anak,nk gak tempek muka si anak yg semakin menggebu itu...eeeeeeeeeeeeee rasa nak gegetttttt jer pipi bdk tembam ni lah!!!

                                                Tadaaaaa nie lah si tembam mama

Skang nie mood nak meng"update" entry dh kembali, pasnie sehari 2,3 entry kuar hambikkkk ko...

Nota Hati:Adventure tul pegang title mama...respect to my late mummy Almarhumah Jummah Lisot..Al-Fathiha

Thursday, December 29, 2011

~Musim Appraisal Dah Tiba~

Gambar tidak ada kena mengena dgn tajuk entry
Morning u alls..

Agak lama belog ternakan i terbiar, nak wat mcm mana sejak bertukar status dari S to M (S=single, M=married) nie bizi semedang nampaknya. Nie pn curi masa jap nak menghupdate belog yg suam2 kuku nie.

Bulan Dec bulan appraisal katanya, dah penghujung Dec nie lagi lah boses2 kt company i nie sibuk siapkan appraisal staff termasuk lah my boss. Besar kemungkinan hari ni turn i lak. Hopefully everything is ok, tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, always think in +ve ways, mana tahu ada rezeki yang lebih baik utk pengantin baru pada thn hadapan (baru lah sangat dah sebulan dah weiiii!!).Pada i gred naik or tak tu tak berapa nak penting, yang penting increment mau cantikkkk.

Diam tak diam dah 7 thn i join this company, dalam hati dah lama terdetik nak berubah angin, berubah environment, tp ada byk kekangan yang memaksa i melupakan hasrat yang satu ituuuuu.


Nota hati: Seronok bila dgr org dpt bonus hujung2 thn ni.....

Friday, December 9, 2011

~Ombak Rindu (OR)~

Source: En Google
Salam u alls...

Ok entry lari sekejap dari pasal kawin2. I nak review pasal citer yg terhangat di pasaran skang ni smp dpt kutipan 5M within 1 week tanyangan.Citer apa lgi kalau bukan Ombak Rindu (OR) yg di adaptasi dr Novel OR oleh Fauziah Ashari.

Novel nie i dah baca since zaman muda belia kt UPM dulu. Jalan citer ingat2 lupa cuma watak utama Izzah & Haris tu jer yg mampu i ingt. Overally pada i citer nie so-so jer lah, tk lah sampai tahap best giler. Kalau ikut skala, i bagi 7 drp skala 10. Mungkin sbb i dah baca novel nya, so i dh tahu jalan citer mcm mana, lps nie apa dan apa dan apa. Compare with Nur Kasih (NK), i tak tahu jalan citer and plot citer lak agak ssh utk membawa penonton mengagak apa yang akan berlaku seterusnya.

Secara jujur komen i ttg citer OR nie agak kurang berkenan dgn style MIL Izzah yang ckp ada sleng2 (i mmg menyampah dgn org yg ckp sleng2 nie). Jalan citer biasa2 jer, tak der yg buat kita tertunggu2 apa scene seterusnya. Tak dinafikan pelakon2 membawa watak yg berkesan especially hero malaya tu lah Arron Aziz (AA). Giler touching mamat tu byk tul watak dia mengalirkan air mata. Overally ni penilaian i pada setiap pelakon:--

Maya Karin (MK) - Lakonan berkesan cuma kekadang terkeluar sleng dia tu. Muka terlalu urban nak jd gadis kampung yg innocent.Lagi best kalau Tizz Zakiah (TZ) yg jadi Izzah kot..

Arron Aziz (AA) - Perfect!!! mmg sesuai dgn watak Haris

Lisa Surihani (LS) - Sesuai dgn watak sebagai Mila..cuma pelat R masih jelas terdengar

Azizah Mahzan (AM) - Sesuai tapi terlalu sleng sgt..bernanah telinga dgr

Tu jer kot, watak yang lain2 tu ok lah, cuma si Julia Zingler tu watak dia pada i sekadar penghias cerita jer...kalau tak der pn tak per kot..hahaha

Ayat yg paling i ingt dr OR ----> REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU TERPAKSA

Nota Hati : NK lagi berkasima di hati....tp sempat sms kt my dear I luv u masa tgk watak AA dlm OR..hehehehe

Tuesday, August 16, 2011

~Ada Aku Kisah~

Just a short entry, hari ni i MENYAMPAH tul dengan sorang hamba allah nie.
Cubaalah ubah skit sikap tu tak yah nak
komen apa2 pasal semua benda yang kita beli,

semua benda yang kita dapat,
semua benda yang kita ada,
and bla bla bla...
Ada jer komen terpacul dari mulut tak der insurans dia,
Ada jer yang kita nyer tak bagus, tak cantik kt mata dia,

mcm lah hebat sangat punnnn.
Ada aku kisah ko nak komen2, my money is my business,
suka hati i lah nk beli apa,
ADA AKU KISAH!!!!




Nota hati:Lain org lain taste tak yah lah nk kecoh2!!!

Monday, August 1, 2011

~3 bulan, 3 minggu, 3 hari~

Baru perasan ticker kt atas tu menunjukkan lagi 3 bulan , 3 minggu, 3 hari lagi untill W-day i...huhuhuhu tak lama lagi rupanya..kalau tgk kat sini mcm tk der progress jer kan menjelang W-day i...progress ada, tapi tuan tanah kedaung nie yang MALAS nk update progress W-day dia. Alasannya blog nie tak spesific untuk story pasal W-day preparation, lebih kepada perjalanan idup si tuan tanah, that y tk semua preparation untuk W-day diceritakan di sini. tapi tk per akan ku update secara pukal, so ada gak lah kenangan yg boleh dibaca kemudian hari yer tak....

Nota hati: ini entry tanpa gambar!!!

Monday, July 18, 2011

~Blog Title Bertukar~

Salam bersiaran

Disebabkan byk sgt i google, blog2 adalah ber"title" kan JOURNEY or MOMENT, it looks like so commons blog title kan. So i pn tukar lah title blog baru : <DIARY of SWEET SOUR LIFE>. Ada apa dengan tajuk nie?..best sgt ker?.. I tahu blog i nie tk lah famous mana pun, follower pn cenonet (ciput) jer..cuba ko tgk sebelah tu 10 org pn tk smp. Nasib baik lah angka visitor ada menunjukkan pertambahan. DIARY sbb tempat penceritaan tentang perjalanan kisah hidup i, SWEET SOUR sbb dalam kehidupan kita mana ada yg sweet jer kan, kekadang tu kena lah ada sour2 sikit, bitter2 sikit, baru feel adventure. LIFE kalau korang tk tahu issy tk tahu lah makcik nk cakap apa....search jer arr kt google translate nun...huhuhuhu



Monday, July 4, 2011

~Last Week yang Heatic~

Monday Bluesss!!!


uiks kejap jer dah masuk bulan July...hehehehe sebut bulan July jer hati berbunga2.(sendiri mau ingt lah kan). tapi tapi tapi entry i nie bukan nak citer pasal kemeriahan bulan July pn...nak share pasal last w'end i yang super duper heatic.

Started with HAZOP meeting on monday...i sangat lah tk suka attend this kind of meeting, BORING HOKAY!!!!...dah lah lama giler, tambah lak monday blues time tu...i dh mcm burung belatuk dah (cuba korang bayangkan mcm mana kepala buruk belatok hehehehe). and for annnoucemend, i declare that FATTY guy as my ENEMY (ko inght ko tu bgs sgt ker, boleh bla lah)

Then the next day i dah started traveling to KLHQ seawal 6.15am (menyampah tahap gaban kalau nk gi kl pepagi buta ni, jem tak hengat) SANGAT BAHAGIA bilamana attend meeting cuma 2hr jer, apa lagi lepas tu time utk berpoya-poya lah plak. Terus shoot pi KLCC, lepak2, makan2, minum2 with leen, amir & norel. Best giler dah lama tk jumpa gosip2 especially wih norel.

3 days in kl attended training adalah SANGAT memenatkan. Serius beb sounds mcm best jer kan leh lari dari opis, tp sebenarnya penat sehhh. Nasib baik i applied leave on friday tu, ingtkan leh relaks2, sama gak setengah ari dah tersangkut kat "SPA" Mr Blacky i.

Saturday i had my great sport day with all collagues.Serius happening giler. Paling tak sangka i leh main volleyball..before nie main sesajer jer lah tak lah smp nak masuk competition..Gara-gara paksa rela maka terjebak gak lah i...not bad syok gak sampai lebam2 tangan..

Hehehe of coz lah dalam super duper heatic tu i sempat nak date with my dear. TRANSFORMER DATE.Awal2 lagi mamat tu dh ajak i tgk, i yang tak berapa minat nie pn layan kan jer lah, janji tiket & makan FREE kan...Jom layan gmbr, tk lengkap entry kalau tk der gambar.Layannnnnnn


Working Group

2nd Day -Pagi2 dh ngantuk sbb terlebih makan

1st Group Exercise

2nd Group Exercise

Tempting IKEA Meat Ball

Thingking of this props for room deco at IKEA
Volleyball, nampak tak i yg dah gemok itu (blue team)
Me (Camera hp murah tu yg blurr)
Last but not least tuan tanah kedaung

Nota Hati: No more wedding prep this week...

Thursday, June 16, 2011

~Jeng Jeng Jeng Diaorg Dah Tahu!!!!~


Jeng jeng jeng!!!!!...

Bunyi mcm surprise jer kan, tak lah surprise mana pun. Opismate i dah tahu i nyer blog u all!!!..hahaha dulu2 ada yang bertanyer, tp i silient jer, malas nak bagitau (sebab segan sehhh, org berblog nak berblog pastu segan nak annouced!!!) unless kalau diaorg terjumpa sendiri. In fact td pun i tk bgtau the actual address, diaorg minta bantuan En Google yang cari. Ni gara-gara memberi tunjuk ajar kat Piah yang baru2 nak menceburi dunia blog. Welcome bebe..ko jadi follower aku nnt tau Piah, aku dh follow blog ko. suka!suka!suka!

Dulu i hampir2 tewas nak berblog, mana tak nyer started sign up account masa tu Dec 2009, lepas 2 entry terus i senyap sepi sampai Jan tahun 2011 nie baru i active bersiaran balik...Perghhhhh giler bersawang2 blog ternakan i time tu. alhamdulillah skang dah maintain. Visitors kat sebelah semakin bertambah, cuma follower jer masah kekal di angka yang sama. But i know there are many silient readers yang dh singgah blog i. Actually sajer nak share d pasal life (tak lah hebat mana pn my life, tp nak gak citer), pasal weeding prep i (terpedaya dgn blog B2B yg byk skang ni) and so on. PERINGATAN : BUKAN TUJUAN MENUNJUK-NUNJUK YER!!

Ok to my opismate yg ada baca blog i, senyap2 jer tau (muka malu!!!!) jgn ckp apa2..anggap mcm anda baca blog mereka2 yg anda tidak kenali...hehehehe. Kpd yg belum ada blog tu, try2 lah, best tau sebenarnya. Fikir2 kan!!!

Nota hati : Belajar sendiri jer nak create blog macam mana, lama2 dah terra...


Friday, June 10, 2011

~Byk Citer Kurang Masa~

Hai u'alls...

Semakin hari semakin bertambah angka visitors i kt sebelah tu...even tak sebanyak blog2 yang dh mmg famous, tp at least ada gak yg sudi singgah kt blog i, TQ2 to all the silient readers (kecoh jer dh annouce bkn ko glamor pn)

Ok ok actually dlm kepala otak i ni dh bersusun entry yg i share tp tu lah masa jer yg kurang berkesempatan. Keja opis yg agak byk (tp i still sempat nk blogwalking hokay!!) + o/station almost every week. Tambah lak since last monday i've started my DIY project, tu yg tk sempat tu. But it ok i akan post 1 by 1 later.

Nota Hati : Ada 1 lg analysis report tk siap ni, tp kepala otak dok set MALAS sbb ari nie ari jumaat..hahahah

Friday, February 18, 2011

Dah ok dah

Salam semua,

Alhamdullilah, semua yang aku rasa pada entry yang lepas semakin berkurang even jalan penyelesaian masih belum ditemui. Cuba berfikiran +ve sebanyak mungkin, i'llah perkara yang baik Dia lorongkan kepada kami. aku percaya akan ada rezeki untuk kami nnt. Amin.

Actually byk perkara yang nak dikongsikan di sini, tp kekangan masa & tahap "M" yang amat tinggi melanda, tu lah yang jadi macam ni. I'llah ada masa nnt akan menyusul satu persatu, tk kisah lah kalau nk berkurun pn kan, yang penting ada tercatat di sini, boleh dibuat baha
n bacaan time2 boring tahap gaban nnt. Pastu sure senyum sorang2 depan PC/lappy bila baca balik semua entry, mula lah saper yang nampak akan ckp "giler ker syok sendiri tu wei"..peduli apa aku, yang penting aku ada..ko ada?..hahahahha

Esok kami (me & my dear) will attending my x-classmate masa kt UTM nyer weeding kt Dewan Risda Ampang. To Nazirah & Fareek, selamat pengantin baru, moga kekal hingga hujung nyawa. (entry weeding diaorg nnt kan di entry akan datang, tp tak pasti bila lah) Saya lebih suka gunakan "hingga hujung nyawa" berbanding kekal ke anak cucu. Kenapa yer?..fikir lah sendiri, senang jer jwpn dia tu. After that we all plan nak pi KLCC, survey for hantarans..especially jeans for him,demand mamat tu, tk nak brand "L" ke haper, ker..perghhh. as planning we all will stay smp ari ahad coz saturday nite we (me & leen) planning to have diner at FULLHOUSE jln Yap Kwan Seng..nak balas dendam sbb teringn sgt nk makan speggeti sedap, kt melaka nie tk der lah spegetti yang memenuhi citer rasa i..AGLIO OLIO speggeti..fuuhhhh sangat lah craving this speggeti.

Nazira bride to be yg depan sekali, during our convo at UTM Convo with Prof MIM

Fullhouse Restaurant and Cafe *credit to Mr Google for the pic*

Speggeti aglion olio with sauteed mushroom

ok lah mau chow..since check in office satu doc pn blm aku sentuh, ari jumaat malas tul nak buat keja..ari santai lah katakan (opps boss kalau tahu hbs lah aku)...

nota hati : tak sabar nk jumpa my Bff (leen & maria)..lama tul tk ronggeng rokiah dgn diaorg.tp kali nie ada my dear..hehehehe kena control sikit, kalau tk pecah tembelang perangai giler kitaorg nnt.


Monday, January 24, 2011

Monday Bluess + Mixed Feeling

Salam monday bluessss...

Biasalah hari isnin or so call "monday bluess", tmbah lak boss o/station (sy bkn seorang yg pemalas yer, bos ada or tk , i still arrived to office b4 8.00am tau). Bukan tak ada keja nk buat, ada 3,4 list yg menunggu untuk disentuh, ada 2,3 surat yg menunggu utk direply..tp sedang mencari mood utk memulakan tugas bagi minggu ke-4 dlm thn 2011 nie.

Report yg menunngu utk di check & comment

Surat2 yg tunggu utk di jawab (sabar yer)

Bukan setakat nk mula kerja, nk b'fast pn masih blm ada mood lagi..air telah kubuat (teh "O" sahaja, sy bukan peminum minuman bersusu yer) + 1 biskut Jacob's Weetameal & 1 bungkus Out Crunch Dark Chocolate. Cukup ker???..I'allah cukup memandangkan program diet sedang berjalan dengan giat nyer menjelang hari "itu" nnt.

Air Teh "O" + biskut JACOB'S Weetameal & Out Crunch

Knp monday bluesss ada entry lak nie?.."mixed feeling" suddenly blow up dis morning...naper ntah. may b memikirkan adik bongsu yg akan berjauhan dgn kitaorg tk lama lg (he will fly on the jet plane to Kuching). Sy tk ramai adik beradik, mak pn dh tak der, tu yg rasa sedikit sebak nk melepaskan dia pergi. It ok, special entry for him will be comming soon..perihal adik bongsuku itu.

Bukan itu yg nk diceritakan, dis morning masa otw to office, dgr Hot FM, topic pasal income dr blogging..disokong oleh keratan akhbar Berita Minggu semalam, dengan berblog boleh create income..it sound great, teringin nak mencuba, tp mcm2 soalan timbul dlm kepala otak ni. Antaranya:
1. Ada ker org nk bc blog aku nie???
2. Segan lah plak kalau diaorg tahu apa aku tulis. (
yelah blog nie lbh kpd tpt melepaskan perasaan jer)
3. Mcm mana nk letak iklan Nuffang tu kt blog kita ek supaya org yg baca leh klik situ. (
kalau ada org bc lah kan)
4. lain2 hal yg berkaitan


Finally decide go with the flow, tk kisah lah kalau tk leh nk generated income pn, motif utama berbloging utk luahan kan apa yg dirasa & blh bc time2 boring nnt.

1 lg "mixed feeling" pagi nie, tetiba lahir 1 perasaan yg tak tahu nk di categorize kan sbg apa bila dgr officemate dok iter pasal rumah masing2. Rasa jelous pn ada, rasa sedih pn ada..ntah lah nk ckp pn ssh...mmg lately nie selalu jer terpikir pasal asset yg 1 itu. Mcm2 soalan timbul antaranya:
1. Mampu ker kitaorg nnt, makin lama makin mahal
2. knp lah aku tk beli yg itu instead off aku tukar kpd Mr Blacky (tlg jgn menyesal ok)
3. Bila agaknya kitaorg dpt asset yg 1 tu
4. Besar mana lah yg mampu k
itaorg beli nnt.
5. dan mcm2 lagi lah


ini ditambah lg bila ikut my dear pi weeding x-officemate dia last saturday. Since lot tu masih lot baru yg byk kosong lagi, so kebetulan ada yg tk berkunci, k.org pun masuk lah usya2 (bukan menceroboh yer). Sgt terpikat dgn design cuma lokasi kurang strategik. (mcm nk beli pnnn). Knp lah asyik sy jer yg terpikir benda2 nie, agak2 nya org kt sana tu terpikir ker tak yer..ikut hati lps tukar status nk idup sendiri,tak nk dok dgn parents (teringat pesan arwah mak :kecik2 pn umah kita, berdikari!!) tp mampu kah kami????? Moga Allah mewahkan rezeki kami utk memilik asset yg 1 itu.Amin...
Rumah Idaman saya. Moga diperkenan kan 1 hari nnt

Nota hati : Entry yg agak panjang di pagi "monday blues"....


Thursday, January 6, 2011

Entry Sebelum ZZZZ + Cerita K.o.s.o.n.G

Wahhh tajuk tk ingt, dh nk tdo pn sempat berblog..acehhhh ate kononnya nk meng "active" kan blk blog ternakan yg dh hampir2 berkuburan. Tak kisah lah tk der saper nk bc (i being told to my dear ask for his visit). Look like some improvement especially on the template, picas, tickers and bla bla bla compare to before, fuhhh byk lg yg kena slowly study, so kena lah rajin2 meng"explore"...almaklumlah bdk br nak merangkak2 nie pn tk pasti lah beriyanya smp bila, ntah2 awl thn jer, pastu senyappppppp....ahaks!!

So dah kul 12am nie, kalau ikut waktu normal dh terlebih time tdo dh nie...perghhhh rugi2, tp blog nyer pasal, zasssss mak sanggup nyahhhh..Sanggup2 pn mata dh tahap kena cari btg mancis nk tongkat nie. wokey lah, sekian utk mlm ni, cukup lah drp tk der langsung...zzzzzz time!!! Nie entry tanpa gmbr a.k.a entry tangkap muat.ahaks!!

Nota hati: Nikmatnya kalau dpt tdo dalam suasana hujan lebat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...