I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label Perasaan itu. Show all posts
Showing posts with label Perasaan itu. Show all posts

Thursday, February 27, 2020

Eh dah 2020????

Assalamualaikum W.B.T

Terlalu lama tidak bertandang ke blog sendiri....

Terlalu banyak kenangan yang cukup sekadar tersimpan di dalam kotak memori....

Alhamdulillah dipanjangkan usia olehNya untuk sampai ke tahun 2020...

Apa?? dah 2020?...yer dah 2020..macam tak percaya dah 2020...hakikatnya dah penghujung bulan ke-2 dalam tahun 2020

Dulu masa di bangku sekolah bila diceritakan tahun 2020 itu seolah2 serba serbinya tak terjangkau dek akal fikiran...

Hakikatnya tahun 2020 masih sama sepertimana 10 tahun yang lepas...20 tahun yang lepas...

Yang membezakan cuma 10 atau 20 thn yang lepas tiada smart phone (ini paling ketara), kuih karipap boleh dapat 3 biji singgit, tiada online banking, masih menggunakan buku account, tiada IG ( salah satu sebab mengapa makin menyepi di dunia blog sebab bayk menggunaka IG sekarang)

Ada apa dengan 2020?...

Masih sama, tiada apa yang membezakan di tahun 2020 ini...

Melainkan usia yang bertambah, memasuki fasa dimana bila-bila masa sahaja jika Dia menginginkan untuk kembali kepadaNya...maka kembalilah kita kepadaNya.

Adakah diri ini sudah bersedia???..

Melihatkan banyak kematian lately ni berlaku di usia yang muda membuatkan akal berfikir, hati terdetik bilakah giliran aku, cukup kah amalan bekalan aku...Al-fatihah

Cukup ini sekadar intro di tahun 2020...

Hati terigin untuk aktif berbloging, cuma masa & mood kekadang ke lautan pasific..

Sudahnya kesepian lah tanpa bertandang...

Inshallah semoga ketemu lagi..

Belanja sekeping gambar tuan tanah blog buat hilang rindu aahh gitew..

Trip Bandung 2019 - Bed-mate forever










Sunday, April 15, 2012

~Lama Menghilang~

Fuhhhh bersawang bagai dah blog nie tak terbela. Maaf bebanyak sbb tuan nya blog dalam mode "Swing Mood" skang nie. byk citer nak dikongsi tp apa kan daya. Harap2 kesihatan diizinkan olehNya untuk mengupdate kelak. Btw sempat gak ber blogwalking, tetap tak nak ketinggalan berita sensasi dari blogger yg lain especially blog Moon, of coz lah nk tahu perkembangan terkini Normah.

Ok nie jer yg larat nak type....jumpa lagi yer!!

Wednesday, January 18, 2012

~Diluar Jangkaan~

Morning u alls...

Just a short entry, i really tak sangka ianya datang secepat itu (tlg jgn speculate yang i sedang preggy ok!!!! rezeki mendapat anak lom lagi nampaknya) Actually we all tak plan langsung, apa yg terjadi hanya dengan kebetulan. Doakan rezeki we all ada yer kalian. Dah dapat nnt i akan wat episode review lak. Aminnnnn.

Source:Mr Google





Nota Hati: Tak sabar & berdebar2 tunggu keputusan!!!

Thursday, November 10, 2011

~Tribute to Arwah Bondah Tersayang~

Aidilfirti 2009



Morning all readers & silient readers!!


Entry ari ni agak emosi sikit. Hari ni 10.11.2011 genap 2 thn pemergian bonda tersayang ke rahmahtullah buat selama-lamanya. Rasa mcm baru jer smlm arwah pergi meninggalkan kitaorg. Perasaan adalah sangat2 perit, tak dapat nak digambarkan mcm mana. Ujian yang sangat besar buat kami sekeluarga waktu itu. Walau mcm mana pn kami tetap redha dengan janji Dia kepada setiap manusia. Redha dengan pemergian arwah, tak sanggup rasanya melihatkan dia menanggung segala kesakitan dan keperitan di atas katil hospital.

Seawal hening subuh pada 8.10.09, "ayah, hantar mak gi hsptl, mak ssh nak bernafas"..yer itu lah ayat / suara terakhir yg i dgr dari arwah. Selepas itu kami sunyi tanpa suara arwah, tak akan ada sampai bila2 suara itu kedengaran lagi, yang ada cuma terngiang2 sendiri. Bermula dari tarikh itu sehingga lah selama 33 hari (10 ari di ICU), Hospital Melaka menjadi rumah kedua buat kami semua. Yg ada dlm ingatan di kala itu cuma arwah, arwah & arwah. Makan minum tidak menjadi keutamaan. Arwah koma selama tempoh tersebut. Cuba kalian bayangkan ketika dihantar ke hospital boleh berjalan w/pn lemah, boleh bersuara w/pn perlahan, boleh ketawa w/pn hambar tp selepas itu umpama patung yang bernyawa tanpa sedar di atas katil hospital.


Sangat pedih utk kami melalui saat itu. Ujian yg maha hebat buat i sbb dalam masa yg sama i dlm saat2 critical utk final exam & final project. Dalam hati dh nekad, arwah adalah priority i, tak kisah lah kalau i kena repeat utk semester itu. Apa yg dibaca tak ada langsung yg tersimpan dalam kotak memori. Presentation untuk final project proposal kena hentam kaw2 dengan panel. Mmg rasa sangat2 down waktu itu, dlm hati sempat lagi bercakap "korang tak tahu ker mak aku tgh kritikal kt hsptl tu, kalau korang kt tpt aku blh ker korang buat???" Sekali lagi, redha jer lah jalan terakhir i.


Arwah adalah kekuatan i utk menjawab exam, dia juga pendorong utama i utk further ke tahap itu.Habis sudah final exam, i dh buat yg terbaik utk masa depan i, redha (byk tul perkataan redha ari nie yer) dengan apa pn keputusan yg i dpt nnt. Alhamdulillah sepanjang tempoh final exam, arwah menunjukkan sedikit perkembangan positif even masih lagi koma. Agaknya dia tak nak anak dia risau sepanjang tempoh exam.


Hbs jer exam, tumpuan 100% buat arwah. Tapi di kala itu, perkembangan arwah sedikit menurun, peratusan oksigen semakin hari semakin menurun. Tanggal 9.11.09, keadaan arwah semakin nazak, ada air mata yang mengalir, mungkin ada sesuatu yg nak disampaikan tapi apakan daya keadaan dia yg tak mengizinkan. Subuh 10.11.09, peratusan oksigen semakin sgt rendah sehingga memaksa Doktor pakar utk dtg check. Pagi tu mcm satu halilintar menyambar kt telinga i bila doktor explain yg tahap arwah semakin nazak, i diminta inform kepada semua ahli keluarga sbb menurut doktor anything boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dr skang.


Ya doktor itu bukan Tuhan untuk mentafsir nyawa manusia, tapi ketentuan Allah adalah segala2nya. Tepat pukul 8.40am 10.11.09, arwah telah menghembuskan nafas yg terakhirnya. Alhamdulillah i, adik2 & ayah ada disisi arwah ketika saat2 akhir itu. Alhamdullillah juga kami sempat mengajar arwah mengucap 2 kalimah & i sempat minta arwah halalkan susu yang diberikan kpd kami adik beradik.


Ya bermula lah dari saat itu hingga ari nie, i kehilangan arwah bonda yang tiada galang gantinya di dunia. Kepada semua readers, hargai lah bonda kalian selagi ada, tadah lah telinga kalian mendengar apa2 pn bebelan diaorg kerana pastinya kalian akan merindui bebelan itu bila mereka telah tiada nnt. Maaf yer entry ini agak panjang & beremosi.





Nota hati : Kasih ibu hingga ke syurga....segala-galanya tiada pengganti smp bila2.

Tuesday, August 16, 2011

~Ada Aku Kisah~

Just a short entry, hari ni i MENYAMPAH tul dengan sorang hamba allah nie.
Cubaalah ubah skit sikap tu tak yah nak
komen apa2 pasal semua benda yang kita beli,

semua benda yang kita dapat,
semua benda yang kita ada,
and bla bla bla...
Ada jer komen terpacul dari mulut tak der insurans dia,
Ada jer yang kita nyer tak bagus, tak cantik kt mata dia,

mcm lah hebat sangat punnnn.
Ada aku kisah ko nak komen2, my money is my business,
suka hati i lah nk beli apa,
ADA AKU KISAH!!!!




Nota hati:Lain org lain taste tak yah lah nk kecoh2!!!

Saturday, August 13, 2011

~Penantian Satu Penyeksaan~




Perghhhh korang pernah tak rasa betapa seksanya nk menunggu??Tak kisah lah nak tunggu org smp ker, nak tunggu ujung bln gaji masuk ker, sng citer apa2 jer lah. Seksa bukan??? aikk ada lak yg jwb tk terseksa ker?..ooooohh TIDAKKKKKKKKKKKK i mmg tak sabar bab tunggu menunggu nie, boleh jadi gaduh lah kalau lambat (sian my dear selalu i majuk dgn dia sbb dia suka sgt lmbt tau)

Tp hari nie dgn rasminya penantian yg amat menyeksakan diri tu dah pn TAMAT..Alhamdulillah sekeping kertas yg kitaorg dok tunggu2 tu dah dapat. Syukur rezeki ramadhan tiap2 tahun yg tak pernah putus setakat ni. Berlipat kali ganda syukur sbb rezeki B2B yg sememangnya dinanti2kan, blh lah wat backup ker topup yang mana tk cukup lagi. Syukran!syukran!Dari pg smp ptg senyum melebar jer masing2 kt opis!!!Tak sabar nk tunggu 20hb.....



Nota hati: Sikit sama dirasa, t/jwb pd allah jgn dilupa, kena cpt2 pi PZM tunai t/jawab thn 2011

Monday, July 11, 2011

~Wordless Monday~

Wordless Monday.
Masih tercari2 idea untuk pre-wedding photoshoot.
Tapi still berkira2 adakah i perlukan pre-wedding photoshoot bagai nie????? (Tak ambik rugi sbb free, nak ambik MALAS nk pikir concept, prop & bla bla)

Nota Hati : DIY goodies bag hampir siap, tak sabar nak bercuti ke Kuching next week

Monday, June 20, 2011

~Heart this Gadget~

Salam monday blues!!!

Hari ni i posa, was-was posa ganti dh hbs ker blm, so haruslah berposa supaya tk ada yang tercicir. Alang2 dah bulan rejab nie kan, dapat gak pahala posa rejab. (ayat org yg suka sgt ganti posa last minit mcm ni lah)

As usual ari ahad ari untuk outdoor kami. Macam yg i dah heboh2 kan dlm entry ini, we all nk pi Kuching next month to attending my lil bro nyer passing out day. Nak dijadikan citer dasar pompuan suka berposing, dalam kepala otak i nie dok pikirkan camera i yang blh di consider separuh rosak tu. huhuhu ligat dok pikir nak cari camera baru, sebagai pengganti cukup lah sekadar compact camera jer (kes tak der budget nk beli DSLR) , easy carriage campak jer dlm h/bag settle, tak yah nak hangkut dgn bag2 bagai mcm camera DSLR tu kan.

So smlm sambil2 window shopping tu survey lah camera compact. Maka termasuk lah kami kt 1 kedai nie FOTOKEM at MP. Perghhh giler bagus PR apek tu, sampai kan i yg tak berapa nk kuat iman ni nyaris2 tergugat nak rembat satu DSLR Nikon D3100 (full HD, 1080p movies) Harga dia bagi .RM1999 with full accesories. (market price RM2178)...huhuhuhu jauh dilubuk hati mmg itu lah gadget idaman i, tp memandangkan time2 kecemasan ni BANYAK nk pakai duit, maka terpaksa lah i pikir 10,20 kali nk beli. Best giler lah kalau dapat rembat 1 En Nikon ni, kompem i kena posa straight dari rejab sampai syawal sbb budget dh lari. Kenyang posing depan camera jer nnt......huhuhuhu Dato CEO, bila nak announce BONUS untuk kitaorg nie???????LHDN, bila nak bagi i check REFUND income tax i ni?????? (sampai termimpi2 dpt beli gadget ni mlm td, dasat arr)
DSLR Nikon D3100

Nota hati : tak k
ira nak gak camera nie, kena pikir mcm mana nk dapatkan..jeng jeng jeng


Saturday, May 7, 2011

~Lama Menghilang~

Lama menghilang, masih lagi ingin berblog cuma lately ni mood untuk update blog ternakan sedikit menurun graf nya disebabkan kekangan waktu & beberapa perkara yang berlaku lately ni.(ujian datang bertimpa dikala ini) I'allah sekiranya diizinkan olehNya untuk terus meninggalkan jejak disini, akan disusuli satu persatu entry nanti. Biar lah paparan itu sudah agak "basi', yang penting ada tinggalan nukilan nya disini untuk tatapan di kemudian hari. (uiks apasal ayat i begitu skima lak ni)

Saya rindu yg amat akan susuk tubuh & suara insan disebelah ini

Nota Hati: Hari ini Mothers Day, lately ni selalu teringat kt arwah mak bila ujian datang bertimpa2. i'allah akan dibuat satu entry tribute sempena mothers day utk arwah.Al-fathiha

Thursday, April 14, 2011

~Alhamdulillah lega, it -ve~

Salam semua,

Kan entry sebelum ni i ada cerita pasal 2 procedure ujian yang ayah i bakal buat. Alhamdulillah segala kerisauaan yg melanda i dh reda. Hasil daripada kedua2 procedure, usus ayah normal. Syukur sgt2 kepada Dia. Tu jer perkataan yg terkeluar sebaik Doktor bagitau yg usus ayah normal. So the next follow up is another 2 weeks, Doktor nak wat ultrasound lak untuk investigate apa sebenarnya punca sakit perut ayah itu selain drp gastrik.

So kepada bloggers yg ada terbaca entry i nie atau sesiapa sahaja, sekiranya ayah, suami, adik lelaki, abang, datuk (i mention semua berkiatan lelaki sbb hasil drp pembacaan i, lelaki adalah berisiko utk mendapat cancer usus) mempunyai risiko seperti di bawah dan berumur 60thn keatas, sila2 lah buat ujian saringan di mana2 hospital yer.

Simpton2 yg biasa terdapat pada pesakit:
1. keluar darah semasa membuang air besar
2. perubahan ketara terhadap tabiat membuang air besar
3. berasa tidak puas setiap kali selepas membuang air besar
4. berat badan turun tanpa sebab
5. kurang selera makan
6. cepat berasa penat.

Biasa nya ujian saringan untuk mengesahkan jenis penyakit akibat simptom diatas adalah Endoscopy & Colonoscopy. Kalau pesakit buat di mana2 GH harga nyer ada lah FOC, tp kalau pesakit memilih private hospital, harganya sekitar Rm800-1200 depends pd keadaan usus kalian. Even u all pilih private hospital sekali pn, report dari doktor boleh juga bawa ke GH untuk dirujuk.Disebabkan perlu menunggu masa yg agak lama untuk melakukan procedure ini di GH, maka ayah decide nak wat kat Pantai Medical Centre. So kalau di private hospital, u can refer to Gastroenterologist & Hepatologist specialist. For my ayah, we choose to refer Dr Yew Boon Siang. He is very kind Doctor, really satisfied with his services, advice & explainantion as well. Senang citer berbaloi2 dengan RM yang dah keluar. So just waiting for another next 2 weeks for the follow up. So for further reading about the colon cancer, u all can refer to a few website yg i dh baca spt

1. http://www.coloncancerfoundation.org/aboutcoloncancer.htm
2. http://www.cancer.org/Cancer/ColonandRectumCancer/DetailedGuide/colorectal-cancer-detection
3. http://www.lifecare.com.my/hp_GastroenterologyBM.html

Actually banyak lagi website2 pasal colon cancer ni kalau rajin surfing, just type COLONOSCOPY or COLON CANCER sure bersusun keluar. Selamat menggoogle yer.


Nota Hati : benar2 rasa lega sgt skang ni, so lps nie baru ada mood nk wat entry pasal "big day" prep.


Saturday, April 9, 2011

~Endoscopic & Colonoscopy~

Uiks apa yang ber kopi-kopi tu??..ok ok, actually this coming Thursday ayah i will undergo 2 type of testing which is Endoscopic (insertion of a probe into a hollow organ) & Colonoscopy (examination of the colon and the distal part) test at Pantai Medical Center. Sangat lah risau hokay. Kepada kawan-kawan or blogger2 yang ada membaca blog i nie, doakan result dari kedua-dua test tersebut bebas dari penyakit2 yang tak sepatutnya ke atas ayah i yer. I risau sesangat nie. Nanti i akan syer di sini berkenaan kedua2 test tersebut dan knp perlu dilakukan.


Credit to Mr Google for this pic

Credit to Mr Google for this pic

Nota Hati : Sebut jer pasal penyakit yang 1 itu, hati saya sangat tidak keruan. Tak habis2 Dia menguji i.

Tuesday, April 5, 2011

~Yang Best & Tak Best~

Salam,

Nampaknya semakin hari virus M i semakin menjadi2, bukan apa tak sempat nk update. Ok back to the entry, firstly of coz lah kena citer pasal yang best dulu kan. Apa yang bestnya kami telah pun booked photographer untuk big day kami. Yezzzza very2 the cheap ok harga yang dia offer, (amat sesuai utk i yg mmg budget ciput ni) in fact quality pn not bad lah. i tahu pasal photographer nie pn melalui Ayu who is my dear nyer officemate. For the price of RM1.8K, i dpt

3 hari coverage (nikah, sanding & bertandang),
1 cystal album (18-20pages),
1 sticky album (x ingt berapa pages, byk lah jugak),
1 A4 canves album (6-8 pages) and
3 wooden frame with gambar lh sekali (sorry saiz i tk ingt berapa).
DVD softcopy for unlimited shoot

So for me mmg berbaloi2 lah dengan harga dia. Semalam my dear dh pun confirm dengan photographer, actually dia tk requested utk deposit, but we all decide to give some deposite, baru confident sikit. Photographer ni nama dia Abg Nazri, somewhere from Bukit Krubung (dekat2 dgn kilang Appeton) area.

Yang tak best lak ialah pasal bridal house yang i dah byr booking and worth thing is dh byr deposit RMXXX pn. OMGGGGGGG!!! Actually dah 2x i mimpi yg tk best pasal bridal house ni (mimpi hanya mainan tido lah der). Standard lah bila dh mimpi, tiap2 hari i google pasal bridal house i nie nak sedapkan hati. From time to time hati dah start rasa mcm tk best jer. Nak dijadikan cerita, lps tgk2 gmbar weeding Ayu (my dear officemate) dok citer2 pasal bridal & dia bagi bad review pasal bridal tu. huhuhu sangat cuak hokay!!!! So dengan itu i pn start lah menerjah 2 lokasi bridal dis week. Nnt akan i review hasil terjahan ke bridal2 tersebut.

Nota Hati : I tk kisah lah kalau deposit tu burn, janji i puas hati. Tp i try to counter deposit dgn benda lain supaya i tk rasa sedikit rugi.


Wednesday, March 23, 2011

~Virus M Melanda~



Dalam kepala ni banyak tul nak update, tapi virus M sedang melanda diri, i'allah will try, at least untuk kenangan dan dijadikan bahan bacaan kemudian hari..

Nota hati : otw dr jb, sempat singgah ker ayer hitam survey2 brg...tetiba rasa nk tukar pikiran, mls nk DIY hantaran (dasar pemalas)

Saturday, March 19, 2011

"Rumah Baru"

credit to Mr google

yabedabeduuuuu.. we've move to our "new home"...so like the color scheme, eventhough it look like much gully, sajer nk ambik mood, tp bila tgk lelama nampak cam jiwang karat jer kan sbb kt atas tu byk sgt luv. ahhh peduli apa, my land is my territory..hahahaha (ketawa jahat)

Nota hati : nie kali ke-4 i bertukar "rumah baru"...suka menukar2 "rumah

Thursday, March 10, 2011

~E.M.O.S.I ~


Salam,

Aduuuhhhh sungguh kacau jiwa ini, serius kepala otak sangat lah serabut skang ni. Dah lah serabut, berdenyut2 lak tu, perghhh rasa nak pecah pn ada. Time2 mcm nie teringat sangat kat arwah bonda, cuma arwah jer yg blh baca gerak hati & naluri si anak ini. really miss her so much, i wish i could sit beside her to share all of my feeling rite now, bt i know it couldn't be happen forever and ever (al-fathihah).. 2,3 hari nie hanya air mata yg jd peneman diri dikala kepala serabut memikirkan ujian Dia yg datang. Perghhhh rasa mcm dah tak larat nk nk tempuh, ikut hati nak ajer surrender, tp TIDAKKKKKK!!!...itu tidak mungkin. Usai solat, panjang doa dipanjatkan agar kuatkan iman, tingkatkan kesabaran dan redha dalam menempuh ujian yg amat hebat ini.

Nota hati : hati sgt sebak, mengapa diri ini shj yg beriya???...tgk wajah ayahanda yg sedang tidur buat aku sebak....huhuhuhu (nangis sorang2)

Thursday, March 3, 2011

~Alhamdulillah Rezeki Saya~

Salam Khamis,

Kata org, perkara baik yang nak kita lunaskan i'allah dipermudahkan oleh Dia. Alhamdulillah rezeki kami, email yg diterima dari pihak pengurusan dua hari lps memberi sedikit rezeki tambahan kpd i even amount nya tk lah begitu byk & hanya utk tempoh 2 thn shj. Pembayaran bermula pada gaji March sekali dengan tunggakan dari bulan January. Dapatlah ditambah tokok sedikit untuk re-new roadtax Mr Blakcy i yg bakal expired hujung March ini.

surprise TRA annoucement dr HR


Nota Hati:Syukur sedikit rezeki tambahan biarpun nilainya tak lah sebegitu byk...Amin...


Tuesday, March 1, 2011

~3M 3W 3D~

Dear all,

See 3M 3W & 3D...ooouchh guess what dat dear?...hehehehe 3 month 3 weeks and 3 days the age of our E***G****T. ..Cantik kan no itu, tetiba terperasan jap td, terus decide wat entry nie, sajerr gelenyah nak wat entry tak der hala tuju.Tambah koleksi entry yg ada.

Org cakap dlm tempoh nie dua2 darah manis, ntah lah tk pasti sejauh mana kebenaran. Kalau ikut secara scientific nyer darah yg mengalir ttp sama, hahahahah mana leh tetiba tukar manis (ko nk kena lah tu kalau ada org tua2 yg baca ni!!) tul tak???? even i rasa mcm tk der beza pn sebelum & selepas (bkn lah tk der langsung, sikit tu adalah), kekadang terlupa status yg i pegang...dasat kan, giler kentang tul lah...

Sabda Rasulluallah SAW:
Rasulullah S.A.W bersabda: " Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain, dan tidak halal bagimu pertunangan di atas pertunangan orang lain"
Org juga cakap dlm tempoh nie byk dugaan yg Dia hantar kat pasangan itu. Setakat ni alhamdulillah belum ada lagi dugaan yg maha hebat & menguji kesabaran, tk tahu lah esok2. Nauzubillah minta dijauhkan lah. Takat dugaan kecik2 tu biasalah, Allah nak uji sebenarnya tu. Selagi kita mengikut adap2 semasa tempoh ini dengan betul, i'allah terpelihara dari segala kemungkaran.

Apakah adab pertunangan menurut islam?...disini ingin i kongsikan bersma untuk renungan sendiri dan mereka2 yang membaca (kalau ada lah yg membaca)

Adab pertunangan dalam Islam

Setiap pasangan yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan dari awal lagi kerana jika tidak dipeliharap perkahwinan tidak diberkati Alah SWT. Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian:

1. Adab dalam bergaul

Maksud bergaul disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunang masing-masing

a) Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Kerana itu mereka tidak boleh berdua-duaa dan ke mana saja mereka hendak pergi perlu ada peneman, termasuklah tidak boleh naik motor ataupun kereta bersama-sama. Ingatlah hadis Rasulullah SAW:

“Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita yang bukan mahramnya, melainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.”
b) Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruangan ‘aman’ dari fitnah social dan kerosakkan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunangnya.
c) Perbualan hanya sekadar menanya khabar, member maklumat, memerima maklumat dan member nasihat. Perbualan atau perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsure nafsu syahwat. Hendaklah dijauhi pertemuan yang tidak berfaedah untuk memadu kasih, benjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja. Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang yang melihat tunang secara sendiri.
Rasulullah SAW telah meningatkan kita menerusi sabda bagainda yang bermaksud: “Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Kemudian, maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya syaitan.”
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Tidak boleh sekalli-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya."

waALLAHualam

cincin disarung oleh nenda my dear
Nota Hati : Semoga ikatan kami ini kekal ke peringkat seterusnya...Amin...



Monday, February 14, 2011

Saya Sedih, Risau, Tertekan

Salam di pagi isnin,

Agak lama tk bersiaran, tk ada mood + lappy my dear pinjam = blog ternakan terbiar. Tak tahu mcm mana nk gambar kan skang, conflict dalaman sedang melanda....

sedihhhhhhh bangat
.
.
.
.
.
.
.
.
risau yang amat
.
.
.
.
.
.
.
.
agak tertekan...
.
.
.
.
.
.

Tak hbs2 Dia nak uji diri ini, sesungguhnya SAYA AMAT TERTEKAN SKANG NI!!!!Astagfirullah....


Credit to Mr Google for dis pic

Nota Hati : Knp lah diri ni asyik diuji, dah lah ssh nk smp "kesitu", bila dh smp nie plak ujian yg harus ditempuhi...Ya Allah kau lorongkanlah jln itu kepada hambamu ini....

Friday, January 7, 2011

s.a.y.a g.e.r.a.m n.i.e


cilok pic dr en Google

huaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt sgt sgt billion kali sgt GERAMMMMMMMMM!!..Penat2 sy memerah otak, kuar idea bagai, tetiba zasssssssssssssssssssssssssssssssssssssss blh hilang!!!!!!! apa yg hilang?..apa lg entry "tu' lah hilang.

perghhhhhhhh 10% jer lg nk siap, tetiba mana ntah hilang & tgn nie lak dgn "activenya" tertekan SAVE NOW!!!!! Tunggu jer lah ada mood nnt wat blk, entry pasal apa yer?..uiks mana leh bgtau, tk surprise lah nnt der...


nota hati: situasi sy idok ler setension mcm pic kt ats tu yer, org baru belajar, mmg lah cengitu, lama2 nnt expert lah der...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...