I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, October 1, 2009

Wanita and Rama-rama

Pagi nie, tetiba teringat sebuah kisah yang dibaca dr email yang diterima semalam. al-kisahnya berbunyi begini:

Seorang wanita berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.Wanita itu bersedih kerana tidak mendapat seperti yang diminta, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh, wanita ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. wanita ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik bersamanya.Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Kenapa perkara sebegini terjadi ??? Dan ini adalah jawapannya untuk kita hayatinya..
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.Cara Allah sentiasanya cara terbaik,Walaupun kelihatan semuanya salah.Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.


Apa yang anda pinta…tidak semestinya apa yang diperlukan.Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.


Segala pemberian daripadaNya pasti ada rahmat disebalik itu. Teruskan berdoa kepada Nya tanpa rasa jemu, i'allah akan dimakbulkan sepertimana KAKTUS BERDURI menjadi BUNGA BERSERI dan ULAT menjadi RAMA-RAMA.Amin...

Nota Hati: DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK...renung2kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...