I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, June 15, 2011

~Rezeki, Kasih & Mengasihi~

Salam semua,

Adoiiiiiai tajuk entry tak ingat, REZEKI, KASIH & MENGASIHI konon...yelah kan kita hidup kat dunia nie kena lah ada sifat mengasihi & dikasihi hatta dengan apa jua makhluk Tuhan sekali pun. Apa lak kena mengena dengan rezeki, I'allah kalau diamalkan sifat kedua-duanya maka sejahtera lah hidup, murahlah rezeki kita hendaknya. Wallahualam!!

Actually i nak share something pasal KASIH & REZEKI nie. Tetiba jer pagi nie teringat sedikit ilmu yang i dapat daripada pembacaan & perkongsian ilmu dengan mereka2 yang lebih berpengalaman. Ok i mulakan dengan surah dari dalam Al-Quran bgi setiap tujuaan yer.

Surah Al-Waqiah
Dulu i pernah shared di entry ini pasal hasiat Surat Al-Waqiah. Sabda Rasullulah (SAW) Sesungguhnya sesiapa yang mengamalakan surah ini setiap malam selepas solat maghrib atau pn isyak, i'allah allah tidak akan ditimpa kefakiran.
Pengalaman i: dah lama mengamalkan pembacaan surah ini setiap kali usai solat maghrib. (tp kdg2 kantoi gk tak baca hehehe) Seboleh-bolehnya i akan cuba untuk lapangkan masa membaca setiap malam. Alhamdulillah nampak hasilnya. Allah membuka pintu rezeki kita, walaupun sedikit ttp rezeki untuk kita ttp ada. Ini pengalaman i, kadang2 tu bila paras duit tu mcm nak nyawa2 ikan tetiba ada jer rezeki yang datang. Cubalah u all amalkan, i'allah hasiatnya ada nnt.

Surah An-Nur
Pernah dibagtau oeh seorang ustazah ni masa i temakan my BFF yg datang berjumpa dengan beliau bagi tujuaan perubatan. Ustazah berkongsi sedikit ilmu dimana sekiranya kita sebagai kaum wanita mengamalkan ayat (maaf i tak ingt ayat ke berapa, nnt i update) dalam surah An-Nur ini usai solat fardu setiap hari, i'allah wajah kita akan berseri2. So ilmu yg baik tk salah diamalkan.
Pengalaamn i: Alhamdullillah i dah lama gak mengamalkan, so nak kata wajah tu berseri2 tu i sendiri tk blh tahu, hanya mereka yang melihat jer boleh menilai kot. Wallahualam. (ayat dlm surah ini agak panjang, tp i hafal sehari sebaris alhamdullilah dh jadi bacaan harian sekarang)

Surat Yusof & Surat Thaha
Ilmu yang ini i dapat dari seorang hamba allah dan diperkukuhkan lagi oleh seorang ustazah semasa i menghadiri kursus Pra-Perkahwinan last w'end. Sekiranya kita mengamalkan surat Yusof ayat ke-4 dan Surat Thaha ayat 39 setiap hari dan dibaca dihadapan suami/tunang setiap hari, memadai dengan hanya membaca di dalam hati, i'allah akan sentiasa dikasihi. Masa memasak / membasuh makanan untuk memasak pn selain selawat ke atas nabi kita juga boleh membaca surah Thaha ayat -39 ni.

Pengalamn i: Surah yusof ayat ke-4 alhamdullilah i dah berjaya menghafaz, cuma surah Thaha tu jer tk lagi, baru jer mengamalkan nya, i'allah akan berusaha untuk teruskan demi kebahagiaan akan akan. PESANAN:JAGAN DISALAH GUNAKAN AYAT DI ATAS BAGI TUJUUAN TIDAK BAIK OK!!!!!!!

Surah Al-Fathiha
Yang ini i dapat dari seorang ustaz di pusat perubatan Darul Shifa. Baca al-fathiha sebanyak 7x setiap kali selepas solat fardu. Setiap kali sampai "ia kanak budu wa ia kanak ta'in" yg bermaksud hanya kepadamu tpt aku meminta & memohon pertolongan) berhenti sekejap dan mohon apa jua niat di dalam hati kemudian sambung semula sehingga habis surah.
Pengalaman i : I dah amalkan bagi mengelakkan gangguan daripada jiran sebelah i menghadapi masalah mental, alhamdullilah gangguan berkurangan sedikit berbanding dulu. Kalau kita amalakn secara betul i'allah akan menjadi.

Diharap perkongsian ilmiah dipagi2 hari ni berguna untuk readers (kalau adalah) sekalian. Hari ini saya berkongsi sedikit ilmu dengan kalian, i'allah esok hari Allah jua memberikan ilmu kepada saya. Amin..

Nota Hati : Proses menghafaz surah Thaha ayat -39..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...