Salam u
ollss...
Sekejap
jer rasa dah masuk bulan March. diam tak diam dh 3 bulan i start keja selepas 2
bulan lebih cuti tempoh bertendang, eh berpantang.
Seperti
yang dijanjikan (agak2 nya kan ada ker org yang
nak tuntut janji tu kalau i tak tunai kan???) i pn sama mcm momies2 yang lain nak share
abt my breastfeeding (BF) journey & EBM stock yang tak seberapa itu.
Since
pregnacy period lagi i memang dah niat dalam hati nak BF Imran, alhamdullilah
Allah memakbulkan niat suci murni i tu dan sehingga sekarang Imran masih belum
menerima susu selain susu mama.
Cabaran
BF bermula seawal kelahiran Imran. Disebabkan imran lahir secara Czer, maka
malam pertama selepas kelahiran, Imran terpaksa dipisahkan daripada i atas
faktor kesihatan i yang tak mengizinkan. So i redha dalam paksa mengizinkan
Imran diberi minum FM ketika itu. Sedih mmg lah sedih sepatutnya 1st yang masuk
mulut Imran adalah susu awal mama kerana mengandungi kolostrum yang tinggi, tp
nak buat macam mana. Maka semalaman tersebut terpaksa lah Imran minum FM.sian
anak mama.
Yessss
cabaran ber BF telah bermula di hari kedua kelahiran Imran. Hari kedua selepas
nurse membersihkan diri i & keadaan i yang dikira dah sedikit kuat maka
Imran diserahkan penjagaan sepenuhnya kepada i. Mula2 mmg lah kekok nak bg
direct BF, dalam hati eh betul ker tak posisi nie, dapat ker baby aku nie
susu.Macam2 soalan terbit but i don't give up, bagi juga janji Imran dapat
susu.
Rasanya
semua momies menghadapi masalah yang hampir sama dengan i. Di awal kelahiran,
susu i mmg sgt2 sedikit & hampir tak ada, yang keluar pn cuma kolustrum
(bewarna kuning pekat) rasa nak nangis bila tgk Imran macam kelaparan sbb tak
cukup susu.Sepanjang masa sampai ke pagi esok nya melekap jer kat i menyusu
sehingga kan
nipple i melecet. Sangat2 sakit
hokayyyyyyyy!!! Imran hanya tido sekejap jer disebabkan dia mengantuk,
then agak2 dh ilang ngantuk dia akan sedar & minta feeding.Cuba u all
bayangkan, dalam keadaan i yang baru 24jam kena Czer, terpaksa lak berjaga
sepanjang malam mmg sangat2 mencabar kesabaran. Malam tu rasa nak menangis bila
pikir kan
diri yang tak bermaya & tgk baby yang tak kenyang menyusu.
Keesokkan
hari nya i dibenarkan pulang. Imran masih lagi kekal menyusu hasil kolustrum
yang kuar cuma sedikit itu. Disebabkan tak sampai hati melihatkan keadaan si
anak kecil yang tak kenyang menyusu & nipple i yang melecet teruk, i minta
en hubby belikan susu FM as back up plan. YESSS again imran terpaksa minum FM (Enfalac) sementara waktu. Bila dapat jer susu, tak
tentu arah si kecik menghisap puting, ternyata dia dalam kelaparan. I cuma
berikan 1 auz jer sekadar cukup mengalas perut. Dalam masa yang sama, i try pam
susu i dengan harapan untuk merangsang pegeluaran.
Bersambung
part 2
I luv Breastfeeding!!! * Source : Mr Google
Nota Hati : Bangga dengan diri sendiri sbb dapat BF
baby sehingga hari ini..syukur dengan rezeki Mu ya Allah!!