I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, November 10, 2011

~Tribute to Arwah Bondah Tersayang~

Aidilfirti 2009



Morning all readers & silient readers!!


Entry ari ni agak emosi sikit. Hari ni 10.11.2011 genap 2 thn pemergian bonda tersayang ke rahmahtullah buat selama-lamanya. Rasa mcm baru jer smlm arwah pergi meninggalkan kitaorg. Perasaan adalah sangat2 perit, tak dapat nak digambarkan mcm mana. Ujian yang sangat besar buat kami sekeluarga waktu itu. Walau mcm mana pn kami tetap redha dengan janji Dia kepada setiap manusia. Redha dengan pemergian arwah, tak sanggup rasanya melihatkan dia menanggung segala kesakitan dan keperitan di atas katil hospital.

Seawal hening subuh pada 8.10.09, "ayah, hantar mak gi hsptl, mak ssh nak bernafas"..yer itu lah ayat / suara terakhir yg i dgr dari arwah. Selepas itu kami sunyi tanpa suara arwah, tak akan ada sampai bila2 suara itu kedengaran lagi, yang ada cuma terngiang2 sendiri. Bermula dari tarikh itu sehingga lah selama 33 hari (10 ari di ICU), Hospital Melaka menjadi rumah kedua buat kami semua. Yg ada dlm ingatan di kala itu cuma arwah, arwah & arwah. Makan minum tidak menjadi keutamaan. Arwah koma selama tempoh tersebut. Cuba kalian bayangkan ketika dihantar ke hospital boleh berjalan w/pn lemah, boleh bersuara w/pn perlahan, boleh ketawa w/pn hambar tp selepas itu umpama patung yang bernyawa tanpa sedar di atas katil hospital.


Sangat pedih utk kami melalui saat itu. Ujian yg maha hebat buat i sbb dalam masa yg sama i dlm saat2 critical utk final exam & final project. Dalam hati dh nekad, arwah adalah priority i, tak kisah lah kalau i kena repeat utk semester itu. Apa yg dibaca tak ada langsung yg tersimpan dalam kotak memori. Presentation untuk final project proposal kena hentam kaw2 dengan panel. Mmg rasa sangat2 down waktu itu, dlm hati sempat lagi bercakap "korang tak tahu ker mak aku tgh kritikal kt hsptl tu, kalau korang kt tpt aku blh ker korang buat???" Sekali lagi, redha jer lah jalan terakhir i.


Arwah adalah kekuatan i utk menjawab exam, dia juga pendorong utama i utk further ke tahap itu.Habis sudah final exam, i dh buat yg terbaik utk masa depan i, redha (byk tul perkataan redha ari nie yer) dengan apa pn keputusan yg i dpt nnt. Alhamdulillah sepanjang tempoh final exam, arwah menunjukkan sedikit perkembangan positif even masih lagi koma. Agaknya dia tak nak anak dia risau sepanjang tempoh exam.


Hbs jer exam, tumpuan 100% buat arwah. Tapi di kala itu, perkembangan arwah sedikit menurun, peratusan oksigen semakin hari semakin menurun. Tanggal 9.11.09, keadaan arwah semakin nazak, ada air mata yang mengalir, mungkin ada sesuatu yg nak disampaikan tapi apakan daya keadaan dia yg tak mengizinkan. Subuh 10.11.09, peratusan oksigen semakin sgt rendah sehingga memaksa Doktor pakar utk dtg check. Pagi tu mcm satu halilintar menyambar kt telinga i bila doktor explain yg tahap arwah semakin nazak, i diminta inform kepada semua ahli keluarga sbb menurut doktor anything boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dr skang.


Ya doktor itu bukan Tuhan untuk mentafsir nyawa manusia, tapi ketentuan Allah adalah segala2nya. Tepat pukul 8.40am 10.11.09, arwah telah menghembuskan nafas yg terakhirnya. Alhamdulillah i, adik2 & ayah ada disisi arwah ketika saat2 akhir itu. Alhamdullillah juga kami sempat mengajar arwah mengucap 2 kalimah & i sempat minta arwah halalkan susu yang diberikan kpd kami adik beradik.


Ya bermula lah dari saat itu hingga ari nie, i kehilangan arwah bonda yang tiada galang gantinya di dunia. Kepada semua readers, hargai lah bonda kalian selagi ada, tadah lah telinga kalian mendengar apa2 pn bebelan diaorg kerana pastinya kalian akan merindui bebelan itu bila mereka telah tiada nnt. Maaf yer entry ini agak panjang & beremosi.





Nota hati : Kasih ibu hingga ke syurga....segala-galanya tiada pengganti smp bila2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...