I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, October 30, 2013

Milestone M.I.D

Salam u olls...

Menjadi-jadi lak tahap kemalasan nak menghudate belog nie ha...

Cuba tengok bila last date update, skang nie dh bulan bape???..rasa-rasanya nie kategori malas ganda berapa yer kalau ada scale...

Tetiba pagi nie rasa mood meluap-luap nak menghudate, nk gak ada tercatit something abt milestone buah hati pengarang jantung gunung meletopppp i tu.

At 12 month 2 weeks

Berat - Last timbang masa nak jab setahun is 9.6kg. I tak pasti eirther this is normal weight for this age of baby or not. Yang pasti mmg dh tak leh nak dukung sebelah tangan, lenguh tuuuu. Alhamdulillah M.I.D sihat. Jarang sangat demam tp kalau sekali demam mmg i tak boleh nk buat apa, kena berkepit jer lah jawap nya. Even after jab 1 yr ari tu pn dia tak demam.

Tinggi - Height is 7.6cm.Tang nie i rasa tinggi yang normal kot. Tp i rasa M.I.D kategori tinggi & rangka besar. May b ikut gen ayah i kot.

Makan - M.I.D nie kalau bab makan i pun tak tahu nak cakap macam mana. Kekadang tu ok kekadang tu baru sesuap dh menggeleng. Pandai menggeleng ko kalau time nak suap dia dah tak nak. Paling suka makanan yang bersup2. Maka hari-hari lah mama kena masak sup. I selalu masakan sup ikan merah & tauhu lembut. 

Gigi - Dah ada 6 batang gigi..jangan tak caya. Gigi dia tumbuh 6 batang sekaligus masa umur 9 bulan lagi. atas ada 4 batang & bawah ada 2 batang. Rasanya macam nak tumbuh lagi tu sbb i tgk gusi dia dah ada part yang putih mcm nak tumbuh gigi. Some more dia asyik lah nak dok mengigit kain, gatal gusi agaknay anak mama tu.

Jalan - M.I.D masih belum padai berjalan sendiri lagi. Tp kalau berjalan dengan tangan memapah kat kerusi,meja mmg laju. i tak risau sangat pn kalau dia lambat jalan. Lain budak lain pola pembesaran nya. Ada org tua2 cakap sbb tapak kaki dia lebar tu yang dia lambat jalan. Apa-apa jelah kan. Apa yang penting dia sihat. Mama tak kisah pun kalau awak lambat jalan even mama & ayah excited sebenarnya nak tgk awak berjalan.

Bercakap - Pelik bin ajaib lah kalau budak besar tu dh boleh bercakap kan.Tp memang mulut dia bising. dah banyak gak patah perkataan yang dia boleh sebut. Tatataaaaaa (bye bye kot) maaaa (mama) baaaaaa (mbah kdg ayah pun dia blasah baaa gak) Jom (jom) & byk lagi.Again orang tua ckp budak lambat jalan tapi cepat bercakap. Yer kan jer lah

tu je kot milestone M.I.D setakat nie. Semoga awak membesar dengan sihat yer sayang. Mama ada keja nie tak leh nk story pepanjang, ada nanti bos mama potong KPI lak nnt.. 

Nota Kaki: Setiap anak pola pembesaran adalah berlainan, jangan membanding-bandingkan mereka.

jom layan gambar M.I.D





 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...