I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, September 12, 2011

~Hari Raya, HIV Test, Legal Doc & Kad Kahwin~

Hai u olls, Perghh tgk tu tajuk entry i sangat lah tak tahan, 4 in 1, senang sbb kebelakangan nie mood nak menghupdate belog adalah sgt merundum mcm bursa saham yg merundum.


Hari Raya
Dah 13 syawal baru nk update pasal raya. Raya thn ni so-so lah..Skang ni tengah layan open house yang tk putus2, harus kecundang plan diet kalau tk kuat iman. Ooh yer baju raya i ada lagi 2 pasang tak hbs pakai. cerrrr korang teka berapa byk lah baju raya pompuan nie kan kalau ada lagi 2 pasang tk hbs pakai.

HIV Test
DONE!!!! alhamdullilah dah settle part nie. I wat kat Poliklinik Air Keroh. Nasib baik dah tanyer awal2 kt Untie Jenny (neighbor i) yg HIV test tu wat belah petang jer, kalau tk sure pagi2 i dah terpacak kt depan klinik. Disebabkan byk borang yg kena filled up, so i decide belah pagi ambik borang, isi siap2 kt opis sekali dgn my dear nyer, then kul 2 pi klinik. So kpd B2B Melaka (negeri2 lain i tk pasti) sila2 lah ambik borang dulu isi siap2 then dtg kul 2, so tk lah anda mengambil masa nak isi borang sblm dpt no. giliran. Tempoh ujian complete adalah sejam sahaja. (tp depends on bilangan gak kot)

Legal Doc
Borang kebenaran kahwin nie we all dah ambik since July lagi. Lepas jer dpt result HIV terus completekan borang + document yg diperlukan. Bagi kat ayah minta tolong jumpa tok imam untuk sign borang. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Semalam collect dari my dear untuk borang dia, then pagi nie SUDAH SUBMIT ke JAIM. Perghhh lega tinggal tunggu JAIM reply jer. Bayaran process adalah RM10/borang. (hehehe i minta claim kt my dear processing fees tu)

Kad Kahwin
Tang nie yg paling byk kena bebel dgn ayah sbb i lambat tempah. Biasalah ayah i tu, polis pencen semua nak perfect, nak cepat. To me just nice lah baru nak tempah skang nie. Within ramadhan i dh terjah 4,5 vendor kad survey2 harga.Macam yg pernah i ckp, i'll not spend too much for juat a piece of paper. NO WAY!!!..membazir hokay, koman2 pun org buka baca 1,2 min then campak ntah mana2 ntah..buang duit aku jer. So last friday i decide to choose Percetakan Muncul at Peringgit Jaya untuk tempah kad kahwin i. Harga mmg sangat reasonable dengan kehendak poket we all. Wording bagai dh pun bagi, tunggu draft jer next week. Hopefully as per what i'm requested.

Perghhhh lenguh menaip entry pukal 4 in 1 nie. tapi senang, jimat masa bagi org2 yg mcm i nie...almaklumlah tak berapa nak rajin gamaknya.



Nota Hati: perasaan campur aduk skang ni, makin dekat makin kusut lak i rasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...