I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, January 23, 2014

Kuching 2014 - Part 2

Hokay sementara ada kelapangan masa nie, mari kita sambung part 2 lak.

Sebelum tu lupa nak inform di Kuching kami menginap di budget hotel sahaja. Memang dah jadi kebiasaan i kalau pi holiday tak perlu stay kt hotel yang berbintang bagai, cukup sekadar selesa & bersih yang penting dah memadai sbb tujuan balik ke hotel cuma untuk tido, mandi & berehat sahaja.Alhamdulillah rezeki i masa dok men"survey" hotel sebulan sebelum keberangkatan (dh mcm anak raja lak),ada satu hotel nie tgh buat promotion dari RM104/nite harga asal dapat RM50/nite (wkdays) and RM60/nite (wkend). so after review bagai kat tenet about hotel, tawakal sahaja i booking untuk bilik family which consist 2 queenbed. The hotel is Place2stay Hotel Kuching. Nanti i buat enrty khas pasal hotel ni.

Okay after visit Jong Crocodile Farm & Zoo we all zasssss terus ke quaters adik i kat IPD Samarahan. Dari farm ke Samarahan take about 30min drive. But before that adik i bawa kitaorg sampai ke pengkalan feri Muara Tuang,Kota Samarahan to give us the right view of his daily / routine journey  to go to work.Bagi i yang bekerja di semnanjung nie mmg mencabar sungguh bila dia brief kat kitaorg yang mana setiap hari terpaksa menaiki feri untuk menyeberang sungai semata-mata mahukan perjalanan yang singkat untuk sampai ke destinasi.Feri ini menghubungkan penduduk di Kota Samarahan dengan penduduk di Asajaya. Nanti i akan buat entry khas gak pasal catatan perjalanan ni.

Then after that went back to Kuching for check in hotel and rest. 

Day 2 Pasar Serikin
On the day - 2 subuh2 pagi seawal 6.00am dah bangun & bersiap2 nak ke Pasar Serikin. Pasar Serikin is one of MUST visit place whenever in Sarawak. It is open during weekend only located at the border of Serikin, Sarawak and Kalimantan Indonesia. To arrived there it is take about 45min-1hr via driving from Kuching. Before that we all singgah di Batu 7 for taking a breakfast, almaklumlah nak simpan tenaga untuk bershopping jap lagi. Perjalanan ke Serikin tak lah seteruk mana, jalan tak lah bengkang bengkom pun, to me it is ok sangat, jalan yang tak sibuk, tak der kenderaan2 berat i.e lori tanah @ lori balak.

Sampai-sampai jer Pasar Serikin i lah orang yang paling excited sbb dapat shopping. Yang lain2 tu macam tak dr perasaan. Sampai jer Pasar Serikin the 1st words yang terkeluar dari fikiran i Pasar Serikin lebih kurang macam Rantau Panjang di Kelantan or Danok di Bukit Kayu Hitam. Penjaja di situ adalah warganegara Indonesia yang dibenarkan masuk (tanpa pasport) hanya pada wkend sahaja untuk menjalankan urusan penjualan. Memang kalau tgk suasana dh mcm kat Indon dah sbb dok betul2 kat border. semua urusniaga adalah di dalam Ringgit Malaysia.

Antara barangan yang banyak di jual di Pasar Serikin adalah baju2, blouse, skirt, senang citer pakaian lah, handbag branded celop, kasut branded celop, kraftangan, periuk belanga, tikar & so on...Harga yang diletakkan adalah hampir sama dengan harga diluar, tp kena pandai buat tawar-menawar untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah. i sampai rambang mata nak beli apa kat sini. Deretan kedai adalah sepanjang 1km. Sian kat ayah i, sampai tk larat nak berjalan, dok berhenti & lepak kat warung makan sementara menunggu anak pompuan dia tawaf sampai hujung.  Mula2 ayah i yg surrender, after half an hour dua2 adik and MID pn surrender sama gak...pi join ayah lepak kat warung, just me & Mr Hubby jer yang gagah. Tp i rasa Mr Hubby tu pn sebenarnya dh tak larat cuma terpaksa sbb takut bini dia shopping smp tak ingat jalan balik, that y dia gagah gak temankan i hihihi...

Cuaca di Pasar Serikin adalah sangat panas, so please please please sesiapa yang bercadang hendak ke sana, silalah bawa bersama2 anda sekaki or berkaki2 payung bersama. Bagi yang suka bersunglasses tu, bawa lah pakej sunglasses sekali. Yang ada anak kecil sila lah bawa bersama stroller anda sbb i confirm u olls tak kan larat nak mendukung dalam cuaca panas even jam baru menunjukkan pukul 9am.Sebenarnya ada jer jual payung kat situ tapi kan lagi jimat kalau u olla bawa siap2, duit tu boleh wat pi shopping kt situ yer dak?..I suggest u olls kalau nak gi Pasar Serikin ni silalah gerak seawal pagi dari Kuching sbb kalau u olls sampai lambat maka kena lah beratur utk dapat parking yang agak dekat sikit jarak dengan pasar. Kemudahan parking mmg ada disediakan cuma jauh atau dekat sahaja. Satu lagi penjaja di pasar nie dh start packing2 utk balik ke Indon (Kalimantan) sekitar pukul 11am. So nnt kalau u olls lambat smp maka agak terhad lah sedikit masa untuk bersoping2.

We olls spend almost 3 hrs there, tapi i end up just beli tak sampai pun 10 jenis barang.hahaha tu pun termasuk survinier yang nak bagi kt MIL & cucu2 BS anak i. Actually harga tak lah jauh sangat beza dengan kat sini, cuma certain barang tu mmg lah berbeza. Pesan i kalau u olls nak tawar menawar make sure letak harga yang serendah mungkin, then guna margain harga yang sama untuk sessi tawar menawar kat kedai2 lain. 

So lets see the picas and to be continue in Part III



 Entrace to Pasar Serikin
 The blog owner
 with Mr hubby
Mama paksa pakai cap sbb panas
 Imran Danish with Paman busu
 Candid
 Perghhhh lega dapat minum air laici





 

      

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...