I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, April 6, 2011

~Review E-day~

Tu dia bila mood nak update sampai, berderet2 entry tak ingat. Dah lama sebenarnya nk buat entry ini, cuma mlm ni br berjaya. kalau tgk tickers tu almost 5 months dah pn, but it ok, bak kata pepatah omputih better late than never rite. Ok malas nk bebel pepanjang, ringkasan majlis adalah seperti tertera di bawah :

1. Tarikh : 5hb Nov 2010 (sabtu)
2. lokasi resepsi : Teratak ayahanda (umah parent i ler)
3. Masa : Usai solat zohor

4. Tema : English (Pink & white)
5. Busana : Kurung moden material lace (sdn.bhd, material dibeli di b
andung)
6. Make up & veil : Wiwintouch (sgt recommended!!!)

7. Makanan : masak sendiri secara rewang (rewang istilah jawa bermaksud gotong royong)
8. Hantaran : tempah @ Son Yang .A. hitam Jhr (sorry tak ingt sgt vendor ni)


Alhamdulillah majlis telah bersiaran dengan lancar even since malam sebelum majlis hingga lah semasa majlis terdapat gangguan dr neighbor sebelah umah yang mengalami sedikit masalah gangguan jiwa. Syukur masa sessi pengucapan berlangsung si polan yang gangguan jiwa itu diam seketika. Perasaan time tu bercampur2, sedih, suka, cuak, & bla bla bla. Hantaran yang dirancang pada awlnya 7 vs 5, ttp di saat akhir my dear call informed terdapat lebihan dulang hantaran dr pihak lelaki, maka i pn jadilah bidan terjun mendekorasi lebihan hantaran yg last minit prepared itu. Perghhh tak sangka menjadi gak hasil keras tangan i. So hantaran kami adalah 11 vs 9 dulang.

As usual pasti i ada peneman setia masa E-day tu. A big TQ to Fazleen & Maria yg sehari awl dh smp ke Melaka utk resepsi E-day i. Diaorg nie lah org yang bertanggung jawab mendekorasi mini dias idaman i. Just tunjukkan concept yang i nk, alhamdulillah diaorg dpt deliver mini dias yg sgt2 gojes (pada i sgt gojes mini dias DIY itu) TQ korang, i'allah turn korang nnt aku akan tolong selagi mampu. So malas nk citer byk, jom layan picas. Layanzzzzzz!!!

The goodies bags

Sebelum majlis bermula

Hantaran for me

Hantaran for him

I'm officially engaged with him

My family (miss my late mother)

Forever friends

Us

Nota hati: Kalau arwah mak masih ada, pasti lagi meriah majlis ini.

~SSF Deco Visited~

Actually dah lama nk wat entry ni, tp tk berkesempatan lak. So hari ni ada sedikit masa terluang, maka sempat lah post entry yang satu ini. Last month (tk ingt lah bila sbb mcm dh lama jer) i and my dear dok jalan2 buang minyak pusing2 tanpa hala tujuan. Maka terlalu lah didepan kedai yang satu ni, SSF Deco, Jalan Hang Tuah Melaka.

SSF Deco Melaka (credit to En Google)

Mula2 masuk boring gak pusing2 kt ground floor tu, promoter kat situ dok buat dek jer, mcm lah kitaorg tak mampu nak beli barang kt dalam tu. Then we are decide naik ke tingkat 2, yessss this is the right place, byk betul weeding stuff yang best2 kat sini. Tp satu jer yang tak best, SSF Deco kat sini rasanya kekurangan promoter kot, sampai kan nak bertanyer pn ssh sbb cuma ada 2 org (kalau tk silap i lah) promoter kat situ.

So banyakkkk riben2 dengan pelbagai tone warna kat situ. And the best thing is harga yang sangatttttt lah murah compare to others vendor/kedai. Suka! Suka!. Ada juga display hantaran2 yang sgt gojessss, perghhh tak tahan perasaan tgk hantaran2 tu. Harga untuk sedulang adalah bermula dari RM50. So sangat lah tidak sesuai untuk i yg mmg nak berjimat cermat ni. (bg yg nak kan hantaran yg superb blh lah kot)

Selain dari riben, ada byk lagi weeding stuff such as bunga2, pelbagai jenis bakul hantaran, polistrin, pasu2, gift and banyak lagi lah. Senang citer sediakan jer duit kalau nak membeli-belah kt sana. Secara keseluruhannya pada pendapat i lah, ada stuff yang blh dibeli di sini dan ada yang boleh di dapati di luar sana dengan harga yang agak murah. So tepuk dada tanyer selera yang nyer kalian.

Pelbagai tone warna riben

Tuan nyer blog harus ada

Sekali lagi tuan nyer blog

Nota hati:Plan nak beli riben di situ utk doorgift i nnt.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...