I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, November 18, 2011

~Last Day Bekerja~



Hi u olls...
Last day bekerja???..yer last day bukan bermakna i dpt tukar angin tpt lain yer kalian, last day bekerja as CIK Wahyu...huhuhu pas nie naik keja i dh tukar kpd title PN Wahyu ('allah, doakan semuanya berjalan lancar yer)

I start cuti 21/11-5/12 termasuk w'end. 1 weeks b4 & after wedding. Ikut hati nak ajer hbskan semua cuti2 i thn 2010 (tgk betul2 thn 2010 tau bkn 2011) yg berbaki, tapi nnt takut lak bos ckp lama sgt, so cukup lah 2 weeks tu. Tak pernah cuti selama itu sejak i bekerja.

So u alls, e
ven bercuti, i'allah kalau ada masa i akn update segala perkembangan tentang wedding i nnt. Now tgh pilun siapkan reben utk goodies VIP yg i terlupa (blh lak terlupa kan). Nasib baik 50pcs jer, kalau 500pcs mau i melaung!!!!



Luv u to the max!!!





Nota hati :Sajer nak menempek gmbr si dia....jgn marah yer...heheheh

Thursday, November 17, 2011

~8~

Source:En Google (muka i tk lah secuak untie kt atas ni)

Morning u olls..

Sangat pendek tajuk entry i kali ni..yuppp 8, cuma tinggal 8 hari jer lagi...huhuhu drp 3 angka, pastu 2 angka & now tinggal 1 angka shj lagi.

Perasaan ?...mcm2 rasa ada nie, excited, nervous, worried, issyyyy byk lagi lah. Dulu i baca blog B2B makin dkt ke hari itu makin tak lena tidur, so i pn terpikir "knp lak smp tak lena ek, apa yg nk pikir"...hambikkkk ko skang ni i dh mula rasa symptom tak lena tdo. Malam mmg awal dh ngantuk, tp bila masuk bilik tdo, kul 1,2 dh sedar...pastu dh tak leh nak tdo.Kepala nie dok mcm tengah berpikir, tp i pn tk pasti apa yg i pikir.

Sehingga ari ni rumah i masih tenang lagi, tp keadaan dalam umah amatlah menyakitkan mata i nk pandang, dengan kotak2 bersusun sana sini..huhuhu W'end ni ayah nak buat kenduri arwah mak & kenduri pakatan (terms org jawa, org melayu ckp kenduri kumpulkan org lah gitu) merangkap kenduri memohon agar majlis next week berjalan dengan lancar dan diberkati, i'allah. So bermula dengan hari sabtu nie dan seterusnya, semua persiapan akan akan dimulakan.

Setakat nie preparation in almost 80%, balance 20% tu i can said here & there yg kena wat last minit. Tapi, tapi, tapi ada tapi lagi, i nyer BAJU NIKAH TAK SIAP lagi ko...hambikkkkk ajer tinggal 8 hari lagi baju nikah tu tak siap2. I hantar since bulan July ari tu, berapa punyer lama daaaaaa si taylor nie nak ambik masa. But i still try to control myself, jgn kalut2, FB dgn my mak andam, dia lak gi Jakarta, mlm nie baru blk, hopefully dia leh chase the taylor utk tanyer kan baju i. (always +-ve thinking)



Note: sepatutnya ari nie dateline En P i dtg, tp knp tak muncul2 lagi ni?????


Thursday, November 10, 2011

~Tribute to Arwah Bondah Tersayang~

Aidilfirti 2009



Morning all readers & silient readers!!


Entry ari ni agak emosi sikit. Hari ni 10.11.2011 genap 2 thn pemergian bonda tersayang ke rahmahtullah buat selama-lamanya. Rasa mcm baru jer smlm arwah pergi meninggalkan kitaorg. Perasaan adalah sangat2 perit, tak dapat nak digambarkan mcm mana. Ujian yang sangat besar buat kami sekeluarga waktu itu. Walau mcm mana pn kami tetap redha dengan janji Dia kepada setiap manusia. Redha dengan pemergian arwah, tak sanggup rasanya melihatkan dia menanggung segala kesakitan dan keperitan di atas katil hospital.

Seawal hening subuh pada 8.10.09, "ayah, hantar mak gi hsptl, mak ssh nak bernafas"..yer itu lah ayat / suara terakhir yg i dgr dari arwah. Selepas itu kami sunyi tanpa suara arwah, tak akan ada sampai bila2 suara itu kedengaran lagi, yang ada cuma terngiang2 sendiri. Bermula dari tarikh itu sehingga lah selama 33 hari (10 ari di ICU), Hospital Melaka menjadi rumah kedua buat kami semua. Yg ada dlm ingatan di kala itu cuma arwah, arwah & arwah. Makan minum tidak menjadi keutamaan. Arwah koma selama tempoh tersebut. Cuba kalian bayangkan ketika dihantar ke hospital boleh berjalan w/pn lemah, boleh bersuara w/pn perlahan, boleh ketawa w/pn hambar tp selepas itu umpama patung yang bernyawa tanpa sedar di atas katil hospital.


Sangat pedih utk kami melalui saat itu. Ujian yg maha hebat buat i sbb dalam masa yg sama i dlm saat2 critical utk final exam & final project. Dalam hati dh nekad, arwah adalah priority i, tak kisah lah kalau i kena repeat utk semester itu. Apa yg dibaca tak ada langsung yg tersimpan dalam kotak memori. Presentation untuk final project proposal kena hentam kaw2 dengan panel. Mmg rasa sangat2 down waktu itu, dlm hati sempat lagi bercakap "korang tak tahu ker mak aku tgh kritikal kt hsptl tu, kalau korang kt tpt aku blh ker korang buat???" Sekali lagi, redha jer lah jalan terakhir i.


Arwah adalah kekuatan i utk menjawab exam, dia juga pendorong utama i utk further ke tahap itu.Habis sudah final exam, i dh buat yg terbaik utk masa depan i, redha (byk tul perkataan redha ari nie yer) dengan apa pn keputusan yg i dpt nnt. Alhamdulillah sepanjang tempoh final exam, arwah menunjukkan sedikit perkembangan positif even masih lagi koma. Agaknya dia tak nak anak dia risau sepanjang tempoh exam.


Hbs jer exam, tumpuan 100% buat arwah. Tapi di kala itu, perkembangan arwah sedikit menurun, peratusan oksigen semakin hari semakin menurun. Tanggal 9.11.09, keadaan arwah semakin nazak, ada air mata yang mengalir, mungkin ada sesuatu yg nak disampaikan tapi apakan daya keadaan dia yg tak mengizinkan. Subuh 10.11.09, peratusan oksigen semakin sgt rendah sehingga memaksa Doktor pakar utk dtg check. Pagi tu mcm satu halilintar menyambar kt telinga i bila doktor explain yg tahap arwah semakin nazak, i diminta inform kepada semua ahli keluarga sbb menurut doktor anything boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dr skang.


Ya doktor itu bukan Tuhan untuk mentafsir nyawa manusia, tapi ketentuan Allah adalah segala2nya. Tepat pukul 8.40am 10.11.09, arwah telah menghembuskan nafas yg terakhirnya. Alhamdulillah i, adik2 & ayah ada disisi arwah ketika saat2 akhir itu. Alhamdullillah juga kami sempat mengajar arwah mengucap 2 kalimah & i sempat minta arwah halalkan susu yang diberikan kpd kami adik beradik.


Ya bermula lah dari saat itu hingga ari nie, i kehilangan arwah bonda yang tiada galang gantinya di dunia. Kepada semua readers, hargai lah bonda kalian selagi ada, tadah lah telinga kalian mendengar apa2 pn bebelan diaorg kerana pastinya kalian akan merindui bebelan itu bila mereka telah tiada nnt. Maaf yer entry ini agak panjang & beremosi.





Nota hati : Kasih ibu hingga ke syurga....segala-galanya tiada pengganti smp bila2.

Sunday, November 6, 2011

~Aidiladha Datang Lagi!!!~

As'kum semua,


Dikesempatan ini i & keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ummat islam seantero benua khususnya buat tetamu Allah di Mekah Mukarramah yg sedang menjalankan rukun islam ke-5. Juga buat adik bongsu i yg jauh diperantauan nun (sarawak jer pn jauh sgt ker????) 1st time mamat nie beraya tanpa keluarga,aidiladha jer pn mungkin tak sentap sgt, cuba aidilfitri kompem melaung!!!!


Nota hati : menu aidiladha i :nasi impit, lemang, rendang daging & sambal udang

Wednesday, November 2, 2011

~ E-day BFF~

Hai u all..

Lepas sehari, sehari i try nak wat review pasal E-day BFF i nie, tapi penyakit MALAS semakin berleluasa nampaknya. MALAS nak download gmbr dr camera to lappy, sudahnya dah dekat 3 weeks berlalu baru nak update story pasal E-day dia. It ok janji i wat satu review, mana tahu esk2 anak2 dia ter"google" blog untie Ayu, dpt lah tahu pasal E-day mama dia kan. (jauh sungguh imaginasi ko kan!!!)

Ok2 stop membebel, mari kita review citer E-day BFF i nie. Majlis berlangsung dlm suasana sederhana tetapi sgt meriah. Serius meriah sehh, dh mcm mini wedding dah i rasa. (eleh ckp org, masa dia dulu pn apa kurangnya) Tu lah kan, kdg2 kita plan kan satu majlis yg simple cuma utk saudara mara terdekat jer, tp permintaan / desakan / hajat ahli keluarga buat kita terpaksa mengikut, tak nak dikatakan terlalu ikut kepala sendiri. Lagi pun esok2 utk wedding kita, saper lagi kalau bukan diaorg yg akan menjadi tulang belakang kita nnt.


Majlis berlangsung sekitar jam 11.00am. I dengan gigihnya bertolak dr rumah sehari seblm majlis memandangkan khidmat i yg tak seberapa ni diperlukan. Tak salah pn sbb masa E-day i thn lps, dia antara yg menjadi tulang belakang i ketika itu. Oh yer, usia persahabatan kitaorg (ada 6 org semuanya) dh melebihi 10 thn, dah mcm isi dgn kuku, kelapa dgn tempurung, kari dgn santan lah senang citer. Rahsiaku rasiahmu juga huaaaaaa!!!!


Actually plan asal diaorg nak bertunang sama ari dengan E-day i, tp disebabkan faktor2 tertentu maka dipercepatkan. Alhamdulillah tak lah clash. Org ckp, kata2 tu satu doa, kitaorg selalu ckp nnt nak kawin tarikh dekat2, tup tup ambik ko betul2 dekat, selang +-2 bln jer dgn wedding i. I'allah January thn dpn mereka bakal disatukan.Amin...And 1 thing dia pn dapat org dkt2 dgn umah gak mcm i..satu negeri jer. Hehehehe senang kan beb kita, tak yah travel jejauh nak blk kpg, tapi ada gak cons nyer, apa yer?..mana leh bgtau kat sini, kantoi kang!!!


Moh kita layan picas yang bisa menceritakan segalanya!!

I & new B2B with all friends



Upacara sarung cincin



KAMI 4 out of 6
The mini dias 3 serangkai yg berlainan status




Nota Hati: I''allah next turn is MQAK, kami mendiakan nya aminnn





























































Tuesday, November 1, 2011

~Family Day~

Morning sekalian,

Hari ni kita lari topik skit, tak mau citer pasal kawin2 lagi. I nak share pasal our company family day last w'end. Lokasi adalah di A Famosa Golf & Resort. Dekat jer idak ler jauh bebenor pun, org melaka ckp kentut pn leh bau arr (tu kentut gajah ker apa tu leh bau smp A Famosa)

Ok overall event adalah sangat happening ok. Bagi yg masih single mingle mcm i nie dpt 1 jer pass masuk, tp disebabkan kecerdikan i (aceh2 cerdik lah sgt!!), maka i dpt lagi 3 pass extra. Niat asal nk ajak my dear, tp apakan daya atas sebab2 tertentu my dear tk dpt join, so i decide give 2 pass to my brother & 1 pass for my little cousin Wawa . Lucky Wawa leh get tru wit anak2 my office-mate, so tk lah boring sgt dia.

Standard lah acara2 kt mana2 Family Day semua sama jer. Apa yg penting all staff happy, time tu dh tak kira ko manager ker, engineer ker, clerk ker, operator ker semua sama jer. Time2 nie lah nak menggunakan kesempatan yg ada. Malas mau citer panjang, jom layan picas.


Geng2 pompuan Loop Race


Sorry Lupa apa nama game ni

Couple match *saya masih disqualified utk game nie*

Tima kasih yer makcik sbb payung kan sy *makcik nie tahu2 jer sy B2B tk leh berpanas*

Loop Race *Ya ampun, tu hanya dlm game jer*

All ladies, single but not available ok



Nota Hati : Next time Family Day i dah leh masuk couple match...hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...