I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, March 6, 2013

Breastfeeding journey & EBM Stock - Part 1


Salam u ollss...

Sekejap jer rasa dah masuk bulan March. diam tak diam dh 3 bulan i start keja selepas 2 bulan lebih cuti tempoh bertendang, eh berpantang. 

Seperti yang dijanjikan (agak2 nya kan ada ker org yang nak tuntut janji tu kalau i tak tunai kan???) i pn sama mcm momies2 yang lain nak share abt my breastfeeding (BF) journey & EBM stock yang tak seberapa itu.

Since pregnacy period lagi i memang dah niat dalam hati nak BF Imran, alhamdullilah Allah memakbulkan niat suci murni i tu dan sehingga sekarang Imran masih belum menerima susu selain susu mama.

Cabaran BF bermula seawal kelahiran Imran. Disebabkan imran lahir secara Czer, maka malam pertama selepas kelahiran, Imran terpaksa dipisahkan daripada i atas faktor kesihatan i yang tak mengizinkan. So i redha dalam paksa mengizinkan Imran diberi minum FM ketika itu. Sedih mmg lah sedih sepatutnya 1st yang masuk mulut Imran adalah susu awal mama kerana mengandungi kolostrum yang tinggi, tp nak buat macam mana. Maka semalaman tersebut terpaksa lah Imran minum FM.sian anak mama.

Yessss cabaran ber BF telah bermula di hari kedua kelahiran Imran. Hari kedua selepas nurse membersihkan diri i & keadaan i yang dikira dah sedikit kuat maka Imran diserahkan penjagaan sepenuhnya kepada i. Mula2 mmg lah kekok nak bg direct BF, dalam hati eh betul ker tak posisi nie, dapat ker baby aku nie susu.Macam2 soalan terbit but i don't give up, bagi juga janji Imran dapat susu. 

Rasanya semua momies menghadapi masalah yang hampir sama dengan i. Di awal kelahiran, susu i mmg sgt2 sedikit & hampir tak ada, yang keluar pn cuma kolustrum (bewarna kuning pekat) rasa nak nangis bila tgk Imran macam kelaparan sbb tak cukup susu.Sepanjang masa sampai ke pagi esok nya melekap jer kat i menyusu sehingga kan nipple i melecet. Sangat2 sakit hokayyyyyyyy!!! Imran hanya tido sekejap jer disebabkan dia mengantuk,  then agak2 dh ilang ngantuk dia akan sedar & minta feeding.Cuba u all bayangkan, dalam keadaan i yang baru 24jam kena Czer, terpaksa lak berjaga sepanjang malam mmg sangat2 mencabar kesabaran. Malam tu rasa nak menangis bila pikir kan diri yang tak bermaya & tgk baby yang tak kenyang menyusu.

Keesokkan hari nya i dibenarkan pulang. Imran masih lagi kekal menyusu hasil kolustrum yang kuar cuma sedikit itu. Disebabkan tak sampai hati melihatkan keadaan si anak kecil yang tak kenyang menyusu & nipple i yang melecet teruk, i minta en hubby belikan susu FM as back up plan. YESSS again imran terpaksa minum FM (Enfalac) sementara waktu. Bila dapat jer susu, tak tentu arah si kecik menghisap puting, ternyata dia dalam kelaparan. I cuma berikan 1 auz jer sekadar cukup mengalas perut. Dalam masa yang sama, i try pam susu i dengan harapan untuk merangsang pegeluaran.

Bersambung part 2

 
I luv Breastfeeding!!! * Source : Mr Google


Nota Hati : Bangga dengan diri sendiri sbb dapat BF baby sehingga hari ini..syukur dengan rezeki Mu ya Allah!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...