Cer tengok, cer tengok tajuk kat atas tu, 2 bulan lepas nyer citer baru hari ni nak up kat entry. Punyer lah bz pompuan nie sampai kan citer 2 bulan lepas baru nak post kan. Ko ada???
Al kisahnya cenggini, semua gambar-gambar nie dah di transfer oleh si cameraman ke dalam laptop i, tapi biasalah kan sesejak guna ipad & smart phone nie, maka laptop tu kalau tak sbb ada nk guna pendrive kat umah maka tak on lah jawabnya. Nak dijadikan cerita malam sabtu yang lepas berjaya lah i men"transfer" gambar tu ke dalam pendrive.
15/10/2013 genaplah setahun usia anakanda i Muhammad Imran Danish. Time flies rasa mcm baru jer discharge hospital, tup tup dah setahun. Being a mummy within this 1 year mmg sangat mengujakan & memenatkan. But anyhow i really happy with my new life & new title. Orang kata balik keja or balik o/station penat-penat tengok muka budak bam bam tu hilang semua arr.
Besday MID jatuh sama sehari dengan Hari Raya Aidiiladha. For me 1st besday party memang kena celebrate, tak kisah lah kalau husband berdegil tak nak buat (sib baik dia pn sama excited nk buat). Nanti yang ke 2,3 tu tak yah lah buat, cukup sekadar potong kek jer udah lah nak yer.
So we are decided to organize the double celebration on the same date. Senang kira macam open house raya & besday party MID sekali lah. Ala bukan lah besday party yang bebetul pun, kekononnya besday party lah tapi i rasa it more to hari raya open house. All the preparation is done by myself except for the main course i ordered from the catering. Giler ko nak masak sesorang mau kul 2 pagi i bangun nnt.
So menu of the day is Nasi Minyak with ayam masak merah, dalcha & popodum (ordered), rendang ayam & nasi impit, acar timun, sambal goreng jawa (done by my untie),karipap, all the candies, air sirap bandung & buah tembikai. Alhamdulillah foods semua cukup, tak kurang dan tak berlebih. Kek 3D no. 1 tu i ordered from Delicious Cuppies Batu Berendam. Actually kek tu berat dia 2kg, tapi i rasa macam kecik jer. Kek ngam2 jer, i should order yang lebih besar kot next time. Goodies bag pun i yang prepare. Guna pakai brown paper bag yang tak habis guna masa wedding ari tu. Semua nyer memang recycle lah senang citer except for the inside lah. Inside the bag i letak air kotak, coklat & bla bla bla..sorry i dah lupa lah tapi ada lah toys besday party tu skali. Goodies bag nie i prepare 50 packs and ada lebih dalam 10 packs. 10 packs tu i hantar pi umah BS MID. Hahaha senang kan.
Disebabkan party jatuh pada hari raya aidiladha, maka tetamu yang dijemput memang hanya saudara mara & jiran sebelah umah sahaja. I memang buat ala ala close party untuk relative sahaja. Tu pun dah tak menang tangan nak melayan. Yer sedara mara i memang ramai. Yang datang masa tu dianggarkan 50-60 orang coz foods yang i order untuk 60 orang makan, Cer bayangkan kalau i jemput kengkawan, dah mcm kenduri agaknya besday party tu. So jom kita layan gambar, dah panjang benor lah plak i membebel kan sini.
Candies
Buffet Table (abaikan props yg x sepatutnya di blkg tu)
Goodies Bag
Macam mama yang excited nak tiup lilin
Suka sangat gambar ni
Note: Happy dapat buat besday party Imran. Next besday party tunggu umur 7 tahun nnt lah yer sayang...