I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, June 25, 2013

Danish Wardrobe





Salam u ollss...


Rasa nya belum terlambat lagi untuk i wish Salam Nisfu Syaaban to all of u. Diam tak diam dh masuk bulan Syabaan, tinggal kurang lebih seminggu jer lagi nak masuk Ramadhan. Moga Allah panjangkan usia kita untuk beribadah denganNya di bulan yang penuh barakah itu.

Bercakap pasal Ramadhan tentunya sambil-sambil beribadah tu pastinya kita membuat persiapaan untuk sambutan Aidilfitri. Horayyyyy!!! This year i sambut raya bertiga, mummy yang lebih excited cari baju raya untuk MID, mummy pun terlebih excited gak nak sambut raya, almaklum lah last year raya tk leh nak voge the vass sbb kena pakai maternity uniform. Tu yang this year meroyan membeli tu.

Uiksss panjang lak intro nyer haaa..ok straight to the point disebabkan addiceted to on9 shopping yang menjadi2 skang nie, i ada buka 1 lagi blog khas DANISH WARDROBE (http://danishwardrobe.blogspot.com/) untuk u olls semua singgah cuci2 mata kot-kot ada yang berkenan, kan musim haze skang ni, adalah xelok selalu sgt keluar rumah, so apa lagi dok dlm umah boring2 tu singgah2 ler blog i. Baru mula kecil-kecilan jer, iallah ada rezeki kami akan menambah lagi produk-produk yang HOT di pasaran. Buat masa ini tumpuan kami adalah pakaian bersesuain dengan mood nak sambut Ramadhan dan Aidilfitri.

Rajin2 la singgah ke blog kami yer cantikkksss2 sekalian.. 

* Stok akan mula di upload pada malam ini*

C u there!!

Nota Kaki: Expenses bertambah kenalah mencari alternatif untuk menjana pemdapatan tambahan katanya!!

Wednesday, June 19, 2013

Suam-suam Kuku Katanya

Salam u olls....


Macam dah lama tak update blog, tapi tak der effect nyer pun kalau i tak update sebab confirm tak der yang dok tertunggu2 nyer kan (hahaha gelak jahat)

Actually banyak jer entry nak buat tapi tu lah penyakit yang sememang nya dah bersarang sejak azali nie susah benor nak mengikisnya. Iallah i'll try my best (ntah2 sampai Imran dah masuk sekolah pn i still berhutang entry)

Banyak betul perkara yang berlaku sepanjang tempoh herbanisasi (betul ker spelling mcm ni??) i. Happy, geram, sedih, menyampah senang citer mixed feeling arr semua ada. Happy sebab antaranya alhamdulliah dikurniakan anak yang sihat, pertambahan rezeki bagi tahun 2013, dapat kunci for our little crib & etc. Geram disebabkan spoil dari orang lain peluang untuk move masih belum terbuka, (take a breath wahyu belum rezeki kamu lagi!!!) nak gak citer kat sini, dia boleh lak sesenang dapat..hadoooiiiii APTB!!! Tang sedih tu malas lah nak story, let gone with the winddddd..

My little prince MID is 8th months now. Dah semakin banyak akal budak tenit tu.Even dah masuk 8th months MID still refuse to eat...bukan lah refuse 100% but he is very the selective. Ntah saper yang dia ikut i pn tak tahu. 1 jer yang MID xkan tolak kalau disuap, it is FRUITS..especially papaya and honeydew. Pergghhh dh mcm anak mat salleh ko nak. Berat terkini yang ingat 8.6kg tu pn masa jumpa PAED kat Pantai Hospital disebabkan ada blood stain kat drypers. Syukur alhamdulillah tak der apa...it just because of cristal yang kuar dari urine dia. no medication needs, only drink alot of plain water. Before that case i memang xpernah langsung hokay bagi dia minum air suam sbb kan BF. Sekali bila dh jadi macam tu terus mama dia pi cari botol air untuk air suam.Gigih tu dua beranak terus pi Yong Fong cari lps check up kat Pantai.

Ok sambung nanti, esk HOS kt HQ tu nak melawat we all kat region ni, ada something yang perlu dibentangkan. alhamdulillah last year i got the higher scored among others engineers here. Iallah i will try to at least maintained it for this year. Nant kita story-story lagi yer cantiks cantiks sekalian. 

See u than...


 Latest pic MID on 8th months old
 Heros Mama at CH
Us at Golden of Palace Horses

Nota Hati : Idup jangan poyo (xder kena mengena dgn entry ini!!

Wednesday, March 6, 2013

Breastfeeding journey & EBM Stock - Part 1


Salam u ollss...

Sekejap jer rasa dah masuk bulan March. diam tak diam dh 3 bulan i start keja selepas 2 bulan lebih cuti tempoh bertendang, eh berpantang. 

Seperti yang dijanjikan (agak2 nya kan ada ker org yang nak tuntut janji tu kalau i tak tunai kan???) i pn sama mcm momies2 yang lain nak share abt my breastfeeding (BF) journey & EBM stock yang tak seberapa itu.

Since pregnacy period lagi i memang dah niat dalam hati nak BF Imran, alhamdullilah Allah memakbulkan niat suci murni i tu dan sehingga sekarang Imran masih belum menerima susu selain susu mama.

Cabaran BF bermula seawal kelahiran Imran. Disebabkan imran lahir secara Czer, maka malam pertama selepas kelahiran, Imran terpaksa dipisahkan daripada i atas faktor kesihatan i yang tak mengizinkan. So i redha dalam paksa mengizinkan Imran diberi minum FM ketika itu. Sedih mmg lah sedih sepatutnya 1st yang masuk mulut Imran adalah susu awal mama kerana mengandungi kolostrum yang tinggi, tp nak buat macam mana. Maka semalaman tersebut terpaksa lah Imran minum FM.sian anak mama.

Yessss cabaran ber BF telah bermula di hari kedua kelahiran Imran. Hari kedua selepas nurse membersihkan diri i & keadaan i yang dikira dah sedikit kuat maka Imran diserahkan penjagaan sepenuhnya kepada i. Mula2 mmg lah kekok nak bg direct BF, dalam hati eh betul ker tak posisi nie, dapat ker baby aku nie susu.Macam2 soalan terbit but i don't give up, bagi juga janji Imran dapat susu. 

Rasanya semua momies menghadapi masalah yang hampir sama dengan i. Di awal kelahiran, susu i mmg sgt2 sedikit & hampir tak ada, yang keluar pn cuma kolustrum (bewarna kuning pekat) rasa nak nangis bila tgk Imran macam kelaparan sbb tak cukup susu.Sepanjang masa sampai ke pagi esok nya melekap jer kat i menyusu sehingga kan nipple i melecet. Sangat2 sakit hokayyyyyyyy!!! Imran hanya tido sekejap jer disebabkan dia mengantuk,  then agak2 dh ilang ngantuk dia akan sedar & minta feeding.Cuba u all bayangkan, dalam keadaan i yang baru 24jam kena Czer, terpaksa lak berjaga sepanjang malam mmg sangat2 mencabar kesabaran. Malam tu rasa nak menangis bila pikir kan diri yang tak bermaya & tgk baby yang tak kenyang menyusu.

Keesokkan hari nya i dibenarkan pulang. Imran masih lagi kekal menyusu hasil kolustrum yang kuar cuma sedikit itu. Disebabkan tak sampai hati melihatkan keadaan si anak kecil yang tak kenyang menyusu & nipple i yang melecet teruk, i minta en hubby belikan susu FM as back up plan. YESSS again imran terpaksa minum FM (Enfalac) sementara waktu. Bila dapat jer susu, tak tentu arah si kecik menghisap puting, ternyata dia dalam kelaparan. I cuma berikan 1 auz jer sekadar cukup mengalas perut. Dalam masa yang sama, i try pam susu i dengan harapan untuk merangsang pegeluaran.

Bersambung part 2

 
I luv Breastfeeding!!! * Source : Mr Google


Nota Hati : Bangga dengan diri sendiri sbb dapat BF baby sehingga hari ini..syukur dengan rezeki Mu ya Allah!!

Friday, February 15, 2013

Tempoh Bertendang...Eh Berpantang

Salam....

Haaa kan dh ckp,bila mood RAJIN dah mariiiiii, hari2 lah ada entry...eh mcm pantun lak kan

Tempoh bertendang....Eh berpantang. I nie nak kata berpantang betul disiplin selama 44 hari tu idok ler, cuma i try follow yang mana elok utk kesihatan terutamanya di masa akan datang. Giler ko badan mak nk pakai lama nokkkkk.

2 minggu pertama or secara tepatnya 17 ari pertama i berpantang kat umah MIL. Kepada sesiapa (kalau lah ada kan) yang mengikuti blog i ni, sure korang tahu yg i nie dh tak der emak, so for the 1st time nie nak tak nak kena lah redha berpantang kt umah MIL. Entah knp sangat beremosi sepanjang tempoh 17 hari nie, mungkin sbb hormon tak stabil kot. I jadi sangat sensitif, sikit2 teringat arwah mak. It just like i can't accepted that i need to face such situation. Sudahnya bdk baru jenguk dunia tak sampai seminggu tu lah tempat i curah perasaan. Everyday i can't stop counting nak balik umah ayah i.

Disebabkan i czer, so niat nak mengempiskan perut dengan berbengkung bagai terpaksa dilupakan. Simpan jer elok2 bengkung yg i beli dlm almari, mana tahu 2,3, thn lagi ada rezeki adik Imran boleh lah guna. I hired tukang urut kampung untuk sessi beurut. Charged RM30/session, so i ambik 1 week session. Pakej include sekali dgn mandikan baby. Service ok lah nak kata tip top tu tak lah sgt, kata org padan lah dgn harganya. 1 jer yang i rasa kurenggg skit service makcik nie ialah tang minyak urut dia, dia cuma guna minyak masak yang kita guna kat dapur. I prefer kalau2 dia guna minyak yang berangin / panas. Since i ada beli minyak herbanika from Nona Roguy, so eversince after berurut i akan sapu minyak herbanika tu. Serius best giler minyak herbanika, sangat2 recommend korang beli minyak tu.

Untuk set berpantang i pilih trial set berpantang Shaklee. Sangat berpuas hati dengan set berpantang ni. Imran jenis yg tido siang & berjaga mlm, so bila i start consume set ni ari ker 4 right after discharge, hasilnya sangat superb.Even i kurang tido waktu mlm, i ttp rasa segar di siang hari.So korang2 yang tengah mencari set berpantang yang sesuai, i recommend korang try Shaklee. For me i add Ostemetric sbb i mmg ada masalah sembelit, and it really work.1 thing yg i rasa sangat bagus shaklee nie sbb dia bukan jamu, so kompem tak yah risau baby kena juandice.

Hari ke-18 dengan rasminya i balik ke rumah ayah i. Yezzzzzaaa time nie emosi dh start stabil skit, mungkin sbb i fikirkan yang i dekat dgn arwah mak. Rutin berpantang ikut gerak hati dh bermula. Kenapa i ckp gerak hati sbb yang ada cuma ayah i, apalah sangat org laki2 tahu pasal berpantang org beranak, so i pn berpantang ikut logik akal. Agak2 kompius tak confident i hello2 lah makcik2 kt opis yg byk pengalaman tu bertanya.

Alhamdullilah i berjaya berpantang selama 44 hari.44 hari dok terperap dalam umah. Kalau kuar pn masa pi check up sebulan kt KK.I'allah dengan berbekalkan pengalaman kali nie kalau ada rezeki Imran dpt adik 2 thn lagi, i memilih untuk berpantang sendiri.

Trial Set Berpantang Shaklee. Source : Mr Google

Minyak Herbanika NR RM65 (kecil) Source:Mr Google

Nota Hati: Masa berpantang sangat beremosi, sian si kecik Imran kena tadah telinga mama mengadu

Wednesday, February 13, 2013

Moment Mummy To Be

Salam u olls...

Kan dah cakap tadi, dh mood tengah ada nk mengupdate belog katanya, tu yang lepas satu entry satu lagi entry muncul.

For the 1st enty in 2013, i wanna to share about the moment i turn to be a mummy to my lillte charming prince Muhammad Imran Danish B. Herwan Shah.Hambik ko nama dia plus nama ayah dia berpeluh cikgu dia nak menulis masa register sekolah nnt.

FYI during 9th month of pregnancy i didn't post any story mory abt my pregnancy period. Syukur alhamdulillah my morning sickness just a mild sickness. Tak der lah muntah or mabuk bagai ker apa.Lilitle bunnny really really behave inside mummy wormb.I can even drove alone Mlk-JB almost everyweek went for my outstation works (hebat tak hebat i nie hahaha) Agaknya sebab tu lah skang nie Imran sangat suka naik kereta, mana tak nye 9 bulan asyik dok berjalan jer dia dlm perut mama.

Oooo yer masa preggy i tergolong dalam kategori Diabetis dimana pada buku pink tu akan ada sticker color kuning. nie semua gara-gara terlebih minum air manis masa bulan ramadhan.Result minum air gula masa 2nd time yg buat i kantoi. Sudahnyer kena buat BSP lah apa lagi. Nasib baik result BSP i normal so cuma kena repeat tiap2 bulan jer. (tak yah lah cite lelebih pasal BSP, I'sure ramai mummy kt luar sana well known dr i)

 Actually masuk jer 34 week perut i dh start mengeras, makin lama makin kuat mengeras.12/10/2013 hari jumaat time nie, kat opis rasa mcm kuar period then lps check dah ada kuar tanda perang2 tp tak rasa contraction pn. Atas nasihat oficemate yg dh berpengalaman diaorg suruh i pi hospital. I nie tak lah panik sangat mungkin disebabkan tak rasa sakit kot. petang kul 6 lbh baru i menyerah diri kat kamar bersalin Hospital Melaka. Even masa menyerah diri tu pn i tk rasa sakit langsung, siap leh pi mkn2 lagi before sampai sepital.

3 hari i check in kat sepital baby still tak nak kuar gak, malu2 lak dia nk keluar, syokkk sgt lah tu dok dalam perut mama yang byk lemak nie. Pengalaman buat VE amat menggerun kan i, may b sbb i nie mmg penakut & tak tahan sakit kot. 14/10/2013 pakar O&G detect yang baby i adalah besar, estimated weight 3.6-3.8kg. Dia bagi i option nak induce or czer, so for the save & gud of my baby i pilih utk di czer. 

15/10/2013 dipendekkan cerita i selamat melahirkan baby boy (terjun ikut tingkap mamat ni) tepat kul 5.10pm. Pengalaman bersalin czer mmg amat menyakitkan (sakit lps hbs ubt bius lah, masa ada bius relaks jer aku siap leh senyum2 lagi time diaorg belah perut) perghhhhh nak berjalan rasa mcm perut cicir kat blkg punyer lah sakit.Sumpah i takut nak tgk part czer kt perut tu sampai lah i cukup 44 ari br i berani tgk bekas jahitan. 

17/10/2013 i dh boleh discharge. Life after that penuh dgn drama ayak mata.Huhuhuhu sedih sehhhhh sbb 1st time berpantang pastu terus blk umah MIL.Nak buat mcm mana kan kita emak dh takder, so terpaksa lah tumpang kasih berpantang umah MIL. Ayah & Wak Mah (kakak ayah) ikut sama hantar i balk sbb i tk kuat nak pegang baby time tu. Masa diaorg nk balik, tetiba i jadi sebak gilerrr...menjujus laju air mata kuar.Sedih sgt2 time tu dah rupa org kena paksa kahwin lak aku. hahahaha

That all moment mummy to be yg i berjaya summarize dlm 1 entry, nnt i akan story pasal tempoh berpantang & BF journey yang sangat mencabar.(mencabar lah sangat kannn)

 Fresh from oven with 3.8kg on 5.10pm
 Day 1
 Day 2, ready for go home
Day 14,lahir2 jer sedia lebat dh rambut mamat ni


Nota Hati : Patut lah masa pregnant mama kejap2 terkencing,kuar2 jer lebat giler rambut dia.
















Bersawang Sudah Blog Tuan Tanah Kedaung Nie!?

Morning u olls...

Fuh, fuh, fuh berhabuk bersawang bagai dah blog ternakan nie terbiar. Uikkk org berbelog kita nak berbelog, sudah nya terbiar tanpa pembelaan. Siyes I bukan xder masa nk meng"update" tapi kuasa M yang melampau-lampau besar nya telah melanda idup I skang nie. Memang I respect, suspect, tabik spring toing toing toing lah kt blogger2 yg mampu meng"update" blog, maintain berbelog katanya. (entry ini telah berstatus draft selama sebulan, ko ada???)

Actually sepanjang tempoh bertendang, byk perkara dah berlaku, time flies & now i'am a mummy to my liltle prince Muhammad Imran Danish (nie alasan paling kuat knp I x meng"update" blog, bz lah tu kononnya).

Byk sbnrnya I nak share kt sini about experience I during my delivery time & confinement period. Boleh lah nnt Imran baca & tahu betapa sshnya mama melahirkan dia (mampu ker aku dh buat entry bbyk tu???). iallah i will try my best, tak dpt semua kita summarize dlm 1 entry pn kira ok lah kan daripada tak der.

Last but not least, nama pun dh ada anak,nk gak tempek muka si anak yg semakin menggebu itu...eeeeeeeeeeeeee rasa nak gegetttttt jer pipi bdk tembam ni lah!!!

                                                Tadaaaaa nie lah si tembam mama

Skang nie mood nak meng"update" entry dh kembali, pasnie sehari 2,3 entry kuar hambikkkk ko...

Nota Hati:Adventure tul pegang title mama...respect to my late mummy Almarhumah Jummah Lisot..Al-Fathiha

Sunday, April 15, 2012

~Lama Menghilang~

Fuhhhh bersawang bagai dah blog nie tak terbela. Maaf bebanyak sbb tuan nya blog dalam mode "Swing Mood" skang nie. byk citer nak dikongsi tp apa kan daya. Harap2 kesihatan diizinkan olehNya untuk mengupdate kelak. Btw sempat gak ber blogwalking, tetap tak nak ketinggalan berita sensasi dari blogger yg lain especially blog Moon, of coz lah nk tahu perkembangan terkini Normah.

Ok nie jer yg larat nak type....jumpa lagi yer!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...