I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, October 18, 2011

~35 more days!!!~

*Abaikan spare tyre i nak ter"expose" itu*



Morning peppppsss!!



Sambil ber "breakfast" di pagi hari sambil berblogwalking sambil ber"FB" sambil check official email & bla bla bla..Prghhh tak hengat nie dah bkn 2 in 1 or 3 in 1 dah, nie dh kira multi-tasking pepagi hari. Nak wat mcm mana, kaum adam terpaksa lah terima hakikat yg kaum hawa nie mmg dilahirkan utk jd seorang yg "multi-tasking".


huhuhu tengok2 tickers lagi sebulan & seminggu atau bersamaan 35 hari lagi jer majlis besar i. 35 hari itu adalah bersamaan dengan 840 jam. Mcm banyak jer kan bila sebut 840 jam, dh tolak tido, keja, driving, makan, soksek2 & bla bla bla maka tinggal lah ntah berapa jam jer (cuba korang congak sendiri) Perasaan i? mcm2 rasa ada skang ni,nak ckp pun payah mcm mana. Jom kita tengok apa lagi yg TAK SETTLE menjelang 35 hari lagi.





Yang BELUM


1. Fitting baju kt butik utk both side & segala mak nenek yg berkaitan butik


2. Start deco2 bilik (brg2 dh beli tinggal nak deco jer)


3. Beli goodies utk guess


4. Beli bunga pahar


5. Decide nak DIY hantaran or TEMPAH jer


6. Distribute kad kahwin


7. Hantar borang kt Tok imam (awal nov br hantar tkt Tok imam lupa)





Setakat nie tu jer yang i terpikir, tu tak termasuk urusan makanan, tukang masak dan yang sewaktu dengan nya. Ayah i yang settle kan, so kira consider DONE jer lah kan since encik polis pencen ( ya ampummm ayah) tu mmg seorang yg sgt detailing & well plan, so i tak perlu risau bab2 itu. Malam tadi dengan gagah nyer (even mata dah ngantuk tahap menjerit minta bantal) i menyiapkan design banting. Dah email kat my dear mintak approval (hehehe syarat jer tu, kdg2 still guna kuasa autority i gak)





Ok2 cukup tak blh citer pepanjang, esk i ada presentation, slide tgh tunggang langgang lagi nie, ada hati nk update blog lelebih!!!







Nota Hati : W'end ni full of event, bila lah w'end yg free blh relaks2!!!























Wednesday, October 12, 2011

~Pre-wed Wan & Wahyu~




One of our pre-wed picas, yang lain2 masih tunggu abg cameraman bagi, cukup lah sekeping wat tatapan..ceeewahh





Ok gtg, manyakkkkk kijerr ooo.






Nota hati:Serabut kepala dateline utk submit report dh dekat.








Saturday, October 8, 2011

~Wedding Progress 3 in 1~

Fuh, fuh fuh, lap2 sikit habuk...lama dh tk update blog ternakan (hahaha tk der saper pn kisah).


Ok peppsss....halloooo

Nie kes nak cepat, at least ada gak kan tinggal jejak waima jejak pukal sekali pun. Ok memula i nak story pasal kad kawin idaman. YESSSS dah siap last week...1600pcs (6oopcs for my dear) COMPLETED..dah pn selamat melipat & memasukkan dlm sampul, tunggu utk diedarkan jer. Mode: blurrr (dh nak kawin aku rupanya!!)


Kad2 yg sedia utk diedarkan


Last week gak i dgn gagahnya menyiapkan deco2 utk bilik perantin...yuhuuuu bilik perantin u..bilik perantin i nnt very the simple concept, no more tirai2 bagai, kain yang ada cuma langsir tingkap jer..yg lain2 tu hasil keras tangan si perantin. I berjaya menyiapkan 3 frame bunga. Idea asal dpt drp blog B2B gak, tp tak ingtkan tuan tanah kedaung nyer. Senang jer nak siapkan deco2 ni, within 1 hr jer i boleh siapkan 3 frame.
Mode:Perghhh lega


Bahan:Cutter, frame gmbr (IKEA), artificial flower,polisterin

Hasil keras tangan


Esk pre-wed photoshoot we all, lokasi tentunya ada kaitan dengan kitaorg lah kan (tak kan berkaitan dgn org lain lak) nnt dah settle pre-wed i story lelebih yer, tk settle malas arr nak ckp lelebih, tkt impian hati tk menjadi jer (al-maklumlah selalunya syok sendiri dpn cameraman tak pro) Sempat gak lah i siapkan props sesikit, yg mana dan jer sbb dis week bakal perantin bizi semedang kt opis.
Mode:berdebar2 & excited


Prop yg sempat i buat




Nota Hati: Semakin hampir masa semakin emosi..mmg mcm tu ker B2B yg lain?

Monday, September 26, 2011

~Bersiaran dari Vistana KL~

Hi semua,

Ehem ehem ari nie kita bersiaran dari Vistana KL..ater wat mendanya kt Vistana tu?...apa lagi korang ingt i sesuka hati jer ker nk melanting2 badan atas katil Vistana ni kalau tk kerana kena attend seminar kt PWTC nun seberang Sg Gombak tu. Seminar start esok (26/9/2011) tp biasa lah i kan participant yg bersemangat waja, tu yg sehari awl dah mai check in (alasan lah tu wahyu wei!!)

Vistana KL -credit to Mr Google

Seminar seminar gak, tp sebenarnya dlm kepala otak nie dok ligat pikir apa lagi yg tk cukup. untuk W-day tu. Buka2 jer blog td terkejut tgk tickers tu tinggal 1 month, 4 weeks 1 day, i siap tgk calender kira blk 3x, yer 3x tau i kira manually betul ker....huhuhuhu mmg betul cuma tinggal 1 month, 4 weeks 1 day jer lagi. nie yg boleh bikin cuak lagi ni (tetiba dup dap dup dap dada nie lak)

Basically preparation almost 80% DONE, cuma tinggal sikit2 jer brg2 yg mmg kena tunggu last minit baru boleh beli. Dah alang2 ada kt sini, sempat gak i terjah Jalan TAR td pi cari baju utk bridesmaid i. Alah baju biasa2 jer, sorry lah yer cik bridesmaid sekalian, nie pengantin cheapskate,selagi boleh jimat dia mmg nak jimat. Yang penting cantik dimata si pembeli ini.

Pagi tadi i call kak Ros vendor kad kahwin i tanyer kad dh siap ker belum, dalam hati sebenarnya tk sabar nk tgk kad kawin sendiri. Al-kisahnya kak Ros informed kad esk baru siap, nampaknya hujung minggu ni lah baru i blh gi ambik kad since i kena attend seminar nie smp hari khamis.(ari ni ari isnin yer)

Last week ayah gigih mengecat dapur & bilik i (bilik perantin lah kata kan),genap seminggu baru siap semua termasuklah kerja2 loading & unloading bagai. Hehehe bilik perantin sudah siap cat mengikut tema & semestinya mengikut kehendak perantin lah kan. Gigih i mencari warna yg agak gelap untuk feature wall, nasib baik match, bak kata ayahanda "cantiik lak bilik ni guna 2 tone color"...hehehehe sukaa suka suka!!!Space untuk my dear pn i dah ready, since org laki2 nie baju tk sebyk pompuan, so selamat lah kan tk yah ruang besar2. Now tunggu nak deco2 bilik perantin jer.

Setakat ni tu jer lah perkembangan wedding prep i. perghhhh lega sesangat bila part2 mengecat dh settle...Now dok ligat pikir pasal pre-wed shoot awal bulan oct ni. Tolong bagi idea korang skit, mana tahu leh i copypaste..hehehe



Nota hati: I miss my dear.....



Tuesday, September 20, 2011

~Surat Kebenaran Berkahwin & Draft Kad Kawin~

Hai u olls....


Wah sejak dua menjak tiga menjak nie penyakit M i semakin bermaharajalela nampaknya. Ntah lah nak kata byk keja mmg byk lah, tp yang sebenor-benor nya i MALAS nk menghupdate belog ternakan ni, tp still lagi rajin nak berblogwalking. Sempat lah menjenguk belog2 paberet i nun...


Ok kali ni i nak story pasal 2 perkara penting, aceh ceh ceh penting sgt ker???..uik mmg lah penting kalau tak, tak dapat kawin woooo!!!! (gatal!!!). So firstly pasal surat kebenaran berkahwin mcm yang i pernah story di sini, borang & lampiran bagai i dh submit together with my dear nyer ke JAIM. Luck my cousin ada keja sana, so process nak dapat kebenaran pejabat agama cepat sikit lah. Within 3 workings day i dah dpt feedback dari JAIM...YESSSSSS dah boleh kawin..huhuhu cuma tinggal nak hantar pada tok imam jer. Tp menurut cousin i, JANGAN HANTAR awl sgt takut tok imam terlupa, hantar 3 weeks b4 tarikh nikah.Tp masa nk minta signature tok imam kt borang tu kena lah inform tok imam, bukan apa supaya dia leh masuk kan nama dlm list org yg akan dinikahkan..hehehe


Settle bab surat kebenaran berkahwin. Ni nak story pasal kad kawin. Macam yg i pernah canangkan di sini, i tempah kad kawin kt kedai biasa2 jer. Masa 1st time masuk kedai tu dalam hati dok ckp "biar betul kedai nie, selekeh jer, blh ker dia siapkan kad aku". Disebabkan harga dia yg sgt2 reasonable compare vendor2 lain yang i dh survey, so i nekad tempah kad kt situ. Lepas pilih design bagai, byr deposit sikit diaorg janji within 1 week nak email draft. Alhamdulillah cukup2 1 week i dpt call draft dh email...excited sehhh nk tgk draf kad kawin sendiri. So lps check here and there, i send for ammendmend. 3 kali ammend baru memenuhi citarasa i and now dah suruh proceed dengan printing. Hopefully everything will going as what i'm requested. (kad murah pun nak demand2!!!)



Final draft kad kahwin i



Nampaknya 2 perkara dlm checklist i yang plan nk settle within bulan syawal SUCCESS!!!..Alhamdulillah semakin berkurang warna merah dalam checklist. ok nnt i share lagi dgn u all pasal wedding preps i ok, byk sebenarnya tapi MALAS menguasai jiwa...hahahaha





Nota Hati: Dah start kumpul add kengkawan...nak type ker nak tulis tangan jer ek?







Monday, September 12, 2011

~Hari Raya, HIV Test, Legal Doc & Kad Kahwin~

Hai u olls, Perghh tgk tu tajuk entry i sangat lah tak tahan, 4 in 1, senang sbb kebelakangan nie mood nak menghupdate belog adalah sgt merundum mcm bursa saham yg merundum.


Hari Raya
Dah 13 syawal baru nk update pasal raya. Raya thn ni so-so lah..Skang ni tengah layan open house yang tk putus2, harus kecundang plan diet kalau tk kuat iman. Ooh yer baju raya i ada lagi 2 pasang tak hbs pakai. cerrrr korang teka berapa byk lah baju raya pompuan nie kan kalau ada lagi 2 pasang tk hbs pakai.

HIV Test
DONE!!!! alhamdullilah dah settle part nie. I wat kat Poliklinik Air Keroh. Nasib baik dah tanyer awal2 kt Untie Jenny (neighbor i) yg HIV test tu wat belah petang jer, kalau tk sure pagi2 i dah terpacak kt depan klinik. Disebabkan byk borang yg kena filled up, so i decide belah pagi ambik borang, isi siap2 kt opis sekali dgn my dear nyer, then kul 2 pi klinik. So kpd B2B Melaka (negeri2 lain i tk pasti) sila2 lah ambik borang dulu isi siap2 then dtg kul 2, so tk lah anda mengambil masa nak isi borang sblm dpt no. giliran. Tempoh ujian complete adalah sejam sahaja. (tp depends on bilangan gak kot)

Legal Doc
Borang kebenaran kahwin nie we all dah ambik since July lagi. Lepas jer dpt result HIV terus completekan borang + document yg diperlukan. Bagi kat ayah minta tolong jumpa tok imam untuk sign borang. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Semalam collect dari my dear untuk borang dia, then pagi nie SUDAH SUBMIT ke JAIM. Perghhh lega tinggal tunggu JAIM reply jer. Bayaran process adalah RM10/borang. (hehehe i minta claim kt my dear processing fees tu)

Kad Kahwin
Tang nie yg paling byk kena bebel dgn ayah sbb i lambat tempah. Biasalah ayah i tu, polis pencen semua nak perfect, nak cepat. To me just nice lah baru nak tempah skang nie. Within ramadhan i dh terjah 4,5 vendor kad survey2 harga.Macam yg pernah i ckp, i'll not spend too much for juat a piece of paper. NO WAY!!!..membazir hokay, koman2 pun org buka baca 1,2 min then campak ntah mana2 ntah..buang duit aku jer. So last friday i decide to choose Percetakan Muncul at Peringgit Jaya untuk tempah kad kahwin i. Harga mmg sangat reasonable dengan kehendak poket we all. Wording bagai dh pun bagi, tunggu draft jer next week. Hopefully as per what i'm requested.

Perghhhh lenguh menaip entry pukal 4 in 1 nie. tapi senang, jimat masa bagi org2 yg mcm i nie...almaklumlah tak berapa nak rajin gamaknya.



Nota Hati: perasaan campur aduk skang ni, makin dekat makin kusut lak i rasa.

Thursday, August 25, 2011

~Salam Aidilfitri ~

Sumbangan En Google

Salam 27 ramadhan u olls

Wah pejam celik pejam celik kejap jer dah 27 ari ramadhan kan??? Rasa mcm baru jer cuti awal ramdhan, tup tup dah 27 hari posa. 3 hari jer lagi nak raya...mood raya i?...ntah lah mood raya dah kureng sikit sejak dua menjak ni. Nak2 bila beraya tanpa bonda tersayang. Yer thn ni thn ke-2 kitaorg beraya tanpa arwah bonda. Last year mmg terasa sgt2 lah, nak2 bila dengar takbir raya. Air mata laju jer kuar time tu...Masa nk buat preparation raya tu sebak jer rasa. Ssh lah nak explain mcm mana, mereka2 yg senasib dengan i jer blh feeling2 sama. Nasib baik thn nie adik bongsu i dpt cuti raya, kalau tak lagi lah double trouble sedihh..huhuhuh

Dah2 tak mau sesedih lagi, penat tau sedih2 nie...Moh kita update pasal persiapan raya. Amacam korang2 semua, berapa pasang baju raya korang? berapa botol biskut raya yg dah siap wat? Untuk i thn nie raya dlm mood berjimat cermat sbb duit byk nk guna utk tukar title. Opppppsss baru sedar this is the last year i beraya as a single mingle, i'allah. Ni yang kena raya puas2 nie (mcm lah b4 nie ko raya tak puas!!)

Korang jgn terkejut lak kalau i bgtau berapa pasang bj raya i...hehehehe. Tak yah lah kot, kang org ckp sakan lak pompuan nie beraya. Ada lagi 2 pasang lom ambik kt tylor, ntah siap ntah tidak sbb tk update pn dgn tylor. TQ to My Dear sbb belikan sepasang baju raya & tudung ariani utk sweetheart dia, lebiu lah sayang (kalu tk dpt pn luv gak..hehehe). Kuih raya i beli ala kadar jer, paling sedih sbb kuih favorite i TART terlupa nk order. Sengal tul i nie kan....

Alhamdulillah Dato CEO bagi en B kt staff dia thn ni, maka dpt lah belanja semua family keperluan raya.Dpt jer en B, perkara utama Zakat Pendapatan HARUSLAH di tangga teratas. Moga diberkati rezeki kurnianNya. Alhamdulillah duit raya utk ayah & adik2 pn settle.

Semalam 1 dh start cuti raya, 11 hari termasuk w'kend..lama tuuu. Rumah pn dah siap kemas tu yang boleh melanting badan atas katil lagi pepagi ni...best wooo nak2 hujan renyai2 kt luar tu, haven haven!! Ok don't talk too much, dikesempatan ini i nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kpd semua yang mengenali i. Bg yg nak memulakan perjalanan blk kpg tu, BERHATI-HATI DIJALAN RAYA yer, ingt ler wajah2 org kpg yg dok tunggu korang balik raya tu. Sekian.



Nota hati:uiks esok adik bongsu i blk flight mlm, diam2 tau tk bgtau pn kt ayah i dia dpt cuti, nk surprise!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...