I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, December 9, 2011

~Ombak Rindu (OR)~

Source: En Google
Salam u alls...

Ok entry lari sekejap dari pasal kawin2. I nak review pasal citer yg terhangat di pasaran skang ni smp dpt kutipan 5M within 1 week tanyangan.Citer apa lgi kalau bukan Ombak Rindu (OR) yg di adaptasi dr Novel OR oleh Fauziah Ashari.

Novel nie i dah baca since zaman muda belia kt UPM dulu. Jalan citer ingat2 lupa cuma watak utama Izzah & Haris tu jer yg mampu i ingt. Overally pada i citer nie so-so jer lah, tk lah sampai tahap best giler. Kalau ikut skala, i bagi 7 drp skala 10. Mungkin sbb i dah baca novel nya, so i dh tahu jalan citer mcm mana, lps nie apa dan apa dan apa. Compare with Nur Kasih (NK), i tak tahu jalan citer and plot citer lak agak ssh utk membawa penonton mengagak apa yang akan berlaku seterusnya.

Secara jujur komen i ttg citer OR nie agak kurang berkenan dgn style MIL Izzah yang ckp ada sleng2 (i mmg menyampah dgn org yg ckp sleng2 nie). Jalan citer biasa2 jer, tak der yg buat kita tertunggu2 apa scene seterusnya. Tak dinafikan pelakon2 membawa watak yg berkesan especially hero malaya tu lah Arron Aziz (AA). Giler touching mamat tu byk tul watak dia mengalirkan air mata. Overally ni penilaian i pada setiap pelakon:--

Maya Karin (MK) - Lakonan berkesan cuma kekadang terkeluar sleng dia tu. Muka terlalu urban nak jd gadis kampung yg innocent.Lagi best kalau Tizz Zakiah (TZ) yg jadi Izzah kot..

Arron Aziz (AA) - Perfect!!! mmg sesuai dgn watak Haris

Lisa Surihani (LS) - Sesuai dgn watak sebagai Mila..cuma pelat R masih jelas terdengar

Azizah Mahzan (AM) - Sesuai tapi terlalu sleng sgt..bernanah telinga dgr

Tu jer kot, watak yang lain2 tu ok lah, cuma si Julia Zingler tu watak dia pada i sekadar penghias cerita jer...kalau tak der pn tak per kot..hahaha

Ayat yg paling i ingt dr OR ----> REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU TERPAKSA

Nota Hati : NK lagi berkasima di hati....tp sempat sms kt my dear I luv u masa tgk watak AA dlm OR..hehehehe

Wednesday, December 7, 2011

~Review MUA & henna~

wahhhh nampak sgt lps naik cuti kawin tak ader keja kan sbb sempat post 2 entry dalam sehari.

Ok untuk 2nd review (1st review dh terjah pasal pre-honeymoon) i nak share about my MUA and henna design i.

1st for MUA i hired sekali dengan pakej pengantin with Diliya Anggun. Overally mmg sangat puas hati dengan service Acik Milah owner butik nie. From the 1st meeting sampai lah ker hari kejadian service Diliya Anggun TIDAK mengecewakan i. Bagi B2B melaka yang tercari2 butik2 pengantin untuk wedding u all, i recommend sangat butik Diliya Anggun ni. But u don't aspect lah nak baju voge devas gedebooomm mcm rizalman or rumah kebaya kan...For me less is more. I di make up oleh Kak Nurul (Diliya Anggun freelance MUA), outcome sangat2 puas hati. I paling suka make up masa mlm nikah, it look so natural but yet bulu mata palsu itu sgt berat buat mata i nak tertutup ajer. Then masa hari bersanding, i requested to kak nurul bulu mata yg light sikit, baru lah boleh buka mata besar2.Maaf yer i blm dpt gambar yg betul2 fokus pada make up i untuk share dgn u all.

Outdoor hari bersanding


Then for henna design, i found Siti Fathira from SF Mehndi dr blog Aida. Nak dijadikan cerita, actually Aida & i hired the same butik pengantin. Dah last minit malas nak surf untuk henna, terus deal dgn SF Mehndi utk quotation and terus book. Service ok, outcome pn kemas & cantik with affordable price. I can bit u yg u all tak kan dpt harga yg secantik itu. Siti will come over to you, bagi jer map nnt sampai lah dia depan umah u all. But now i'm not so sure SF Mehndi can give their service to B2B melaka since she's will not around in Melaka anymore. Kalau boleh pn with the extra charge lah kot.


Henna design SF Mehndi



Nota hati: Setakat nie berpuas hati dgn service vendor2 i..Alhamdulillah






























































~Our Short Pre-honeymoon~

Morning u olls..
Wah tajuk entry tak hengat2, pre-honeymoon lagi ko..


Actually we all tak decide pun any location nak gi for our short pre-honeymoon. Kenapa pre-honeymoon ek?...hahahaha skang nie semua nya ada wording PRE kan, pre-wed lah pre honeymoon lah.


2 weeks b4 wedding i ada blogwalking to blog SK, dia ada wat review pasal short honeymoon trip to Grand Lexis or nama lama bagi hotel nie Lagend International Water Home. Baca punyer baca perghhh best gak kalau leh check in sini semalam (cukup lah semalam, mahal sehhh) hilangkan penat.So i pun terus buat online booking without discuss with my dear (gunakan kuasa merancang yg i ada, hahahaha giler kuasa ko)


I booked for 1 Deluxe Pool suite with private pool. Rate masa buat online booking is RM580++. We all check in on 30th (Rabu) for 1 night stand. Overally i sangat2 lah recommend this resort hotel to those newly wed yg nak gi honeymoon. For those yg dari Melaka or KL or even Johorian, korang tak perlulah nak drive long distance, almaklumlah lps majlis kompem2 lah badan letih kan.


Disebabkan i kena demam campak, so preparation nak gi honeymoon so-so jer, sampaikan terlupa nak bawa camera,sudahnya tak ada 1 pn gmbr yg we all capture. Rugi mmg lah rugi sbb view hotel sangat cantik. Dari lobi hotel nak ke bilik kena naik buggy sbb tak larat we all nak jalan, tgk dari location plan mcm jauh giler, even naik buggy pun we all rasa jauh. Masuk2 jer bilik, wow not bad, ada private pool, so we all dh tak heran lah dgn pool hotel nun kat luar tu. anytime nak terjun masuk pool pn boleh tak der saper nak kacau.


We all byk spend masa dlm bilik (ehem ehem nama pn honeymoon kan), pagi2 tu lps bfast baru lah side seeing hotel view. time tu adalah jumpa 3 pasang newly wedding yg sama2 honeymoon gak..hehehehehe kita sama citarasa lah beb. jom kita tgk apa yg ok & tak ok ttng hotel ini.




Yang OK


1. Environment bilik bersih
2. Private pool bersih


3. Aircond sejuk


4. Privacy ada
5. Friendly receptions




Yang Tak OK


1. Buggy kekadang lmbt smp
2. Private pool quite small


3. Bfast kurenggggg



5 vs 3, oklah kan, boleh recommend kt kengkawan especially my BFF, FHAK yg tgh cari2 tpt utk short honeywmoon tu. Jom layan gmbr yg i cilok dr website Grand Lexis. Total cost burst is RM603.10/nite/room (sesekali ok lah kan selalu kopak poket kitaorg)





the room *exactly as our room* (source : Grand Lexis website)





View Hotel (source: Grand Lexis website)





Private pool *exactly like our room* (source: Grand Lexis website)






Nota Hati : Apa pn kita buat kalau bersama si dia mmg rasa sgt bahagia (sila jgn menyampah hahahah)

Tuesday, December 6, 2011

~I'm Offical His Wifey!!!~

Saat upacara pembatalan air sembahyang





Morning u all...





Fuh fuh fuhhhh...berhabuk lak belog i nie, bilamana tuan tanah kedaung bercuti, maka belog dia pn turut bercuti sama.





1st day kojer after a long holiday...bgn pagi2 rasa mcm malas jer nak gi kerja.





Alhamdulillah i'm happily married now, wifey to my dear husby Herwan Shah Abu Bakar (HSAB). Life tuning sedikit berubah, masih lagi process penyesuaian, kekadang tu mcm tak cayer lak yg i dah kahwin...hahahaha boleh gitu???





Sesuatu yg sgt tak best berlaku, i kena demam campak sehari slps majlis bertandang, perghhhh seksa, azab, sengsara & bla bla bla lah...pi pre-honeymoon (ada pre2 lak) kt Grand Lexis dalam keadaan badan yg demam & penuh ruam campak. Sian kan i, ada 2,3 couple lain yg honeymoon cun2 jer muka seri pengantin, i nyer muka dh turn into seri pengantin campak sbb pengantin kena demam campak.










Ohhh byk sgt yg i nak share kt sini, tp mood masih suwing suwing lagi nie, Al-maklumlah mood bercuti tak leh bla lagi ni. Nnt akan menyusul 1 persatu review ok.













Nota Hati: Ari ni nie pi keja car pool dgn my dear..jimat minyak keta i..hehehe




















Friday, November 18, 2011

~Last Day Bekerja~



Hi u olls...
Last day bekerja???..yer last day bukan bermakna i dpt tukar angin tpt lain yer kalian, last day bekerja as CIK Wahyu...huhuhu pas nie naik keja i dh tukar kpd title PN Wahyu ('allah, doakan semuanya berjalan lancar yer)

I start cuti 21/11-5/12 termasuk w'end. 1 weeks b4 & after wedding. Ikut hati nak ajer hbskan semua cuti2 i thn 2010 (tgk betul2 thn 2010 tau bkn 2011) yg berbaki, tapi nnt takut lak bos ckp lama sgt, so cukup lah 2 weeks tu. Tak pernah cuti selama itu sejak i bekerja.

So u alls, e
ven bercuti, i'allah kalau ada masa i akn update segala perkembangan tentang wedding i nnt. Now tgh pilun siapkan reben utk goodies VIP yg i terlupa (blh lak terlupa kan). Nasib baik 50pcs jer, kalau 500pcs mau i melaung!!!!



Luv u to the max!!!





Nota hati :Sajer nak menempek gmbr si dia....jgn marah yer...heheheh

Thursday, November 17, 2011

~8~

Source:En Google (muka i tk lah secuak untie kt atas ni)

Morning u olls..

Sangat pendek tajuk entry i kali ni..yuppp 8, cuma tinggal 8 hari jer lagi...huhuhu drp 3 angka, pastu 2 angka & now tinggal 1 angka shj lagi.

Perasaan ?...mcm2 rasa ada nie, excited, nervous, worried, issyyyy byk lagi lah. Dulu i baca blog B2B makin dkt ke hari itu makin tak lena tidur, so i pn terpikir "knp lak smp tak lena ek, apa yg nk pikir"...hambikkkk ko skang ni i dh mula rasa symptom tak lena tdo. Malam mmg awal dh ngantuk, tp bila masuk bilik tdo, kul 1,2 dh sedar...pastu dh tak leh nak tdo.Kepala nie dok mcm tengah berpikir, tp i pn tk pasti apa yg i pikir.

Sehingga ari ni rumah i masih tenang lagi, tp keadaan dalam umah amatlah menyakitkan mata i nk pandang, dengan kotak2 bersusun sana sini..huhuhu W'end ni ayah nak buat kenduri arwah mak & kenduri pakatan (terms org jawa, org melayu ckp kenduri kumpulkan org lah gitu) merangkap kenduri memohon agar majlis next week berjalan dengan lancar dan diberkati, i'allah. So bermula dengan hari sabtu nie dan seterusnya, semua persiapan akan akan dimulakan.

Setakat nie preparation in almost 80%, balance 20% tu i can said here & there yg kena wat last minit. Tapi, tapi, tapi ada tapi lagi, i nyer BAJU NIKAH TAK SIAP lagi ko...hambikkkkk ajer tinggal 8 hari lagi baju nikah tu tak siap2. I hantar since bulan July ari tu, berapa punyer lama daaaaaa si taylor nie nak ambik masa. But i still try to control myself, jgn kalut2, FB dgn my mak andam, dia lak gi Jakarta, mlm nie baru blk, hopefully dia leh chase the taylor utk tanyer kan baju i. (always +-ve thinking)



Note: sepatutnya ari nie dateline En P i dtg, tp knp tak muncul2 lagi ni?????


Thursday, November 10, 2011

~Tribute to Arwah Bondah Tersayang~

Aidilfirti 2009



Morning all readers & silient readers!!


Entry ari ni agak emosi sikit. Hari ni 10.11.2011 genap 2 thn pemergian bonda tersayang ke rahmahtullah buat selama-lamanya. Rasa mcm baru jer smlm arwah pergi meninggalkan kitaorg. Perasaan adalah sangat2 perit, tak dapat nak digambarkan mcm mana. Ujian yang sangat besar buat kami sekeluarga waktu itu. Walau mcm mana pn kami tetap redha dengan janji Dia kepada setiap manusia. Redha dengan pemergian arwah, tak sanggup rasanya melihatkan dia menanggung segala kesakitan dan keperitan di atas katil hospital.

Seawal hening subuh pada 8.10.09, "ayah, hantar mak gi hsptl, mak ssh nak bernafas"..yer itu lah ayat / suara terakhir yg i dgr dari arwah. Selepas itu kami sunyi tanpa suara arwah, tak akan ada sampai bila2 suara itu kedengaran lagi, yang ada cuma terngiang2 sendiri. Bermula dari tarikh itu sehingga lah selama 33 hari (10 ari di ICU), Hospital Melaka menjadi rumah kedua buat kami semua. Yg ada dlm ingatan di kala itu cuma arwah, arwah & arwah. Makan minum tidak menjadi keutamaan. Arwah koma selama tempoh tersebut. Cuba kalian bayangkan ketika dihantar ke hospital boleh berjalan w/pn lemah, boleh bersuara w/pn perlahan, boleh ketawa w/pn hambar tp selepas itu umpama patung yang bernyawa tanpa sedar di atas katil hospital.


Sangat pedih utk kami melalui saat itu. Ujian yg maha hebat buat i sbb dalam masa yg sama i dlm saat2 critical utk final exam & final project. Dalam hati dh nekad, arwah adalah priority i, tak kisah lah kalau i kena repeat utk semester itu. Apa yg dibaca tak ada langsung yg tersimpan dalam kotak memori. Presentation untuk final project proposal kena hentam kaw2 dengan panel. Mmg rasa sangat2 down waktu itu, dlm hati sempat lagi bercakap "korang tak tahu ker mak aku tgh kritikal kt hsptl tu, kalau korang kt tpt aku blh ker korang buat???" Sekali lagi, redha jer lah jalan terakhir i.


Arwah adalah kekuatan i utk menjawab exam, dia juga pendorong utama i utk further ke tahap itu.Habis sudah final exam, i dh buat yg terbaik utk masa depan i, redha (byk tul perkataan redha ari nie yer) dengan apa pn keputusan yg i dpt nnt. Alhamdulillah sepanjang tempoh final exam, arwah menunjukkan sedikit perkembangan positif even masih lagi koma. Agaknya dia tak nak anak dia risau sepanjang tempoh exam.


Hbs jer exam, tumpuan 100% buat arwah. Tapi di kala itu, perkembangan arwah sedikit menurun, peratusan oksigen semakin hari semakin menurun. Tanggal 9.11.09, keadaan arwah semakin nazak, ada air mata yang mengalir, mungkin ada sesuatu yg nak disampaikan tapi apakan daya keadaan dia yg tak mengizinkan. Subuh 10.11.09, peratusan oksigen semakin sgt rendah sehingga memaksa Doktor pakar utk dtg check. Pagi tu mcm satu halilintar menyambar kt telinga i bila doktor explain yg tahap arwah semakin nazak, i diminta inform kepada semua ahli keluarga sbb menurut doktor anything boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dr skang.


Ya doktor itu bukan Tuhan untuk mentafsir nyawa manusia, tapi ketentuan Allah adalah segala2nya. Tepat pukul 8.40am 10.11.09, arwah telah menghembuskan nafas yg terakhirnya. Alhamdulillah i, adik2 & ayah ada disisi arwah ketika saat2 akhir itu. Alhamdullillah juga kami sempat mengajar arwah mengucap 2 kalimah & i sempat minta arwah halalkan susu yang diberikan kpd kami adik beradik.


Ya bermula lah dari saat itu hingga ari nie, i kehilangan arwah bonda yang tiada galang gantinya di dunia. Kepada semua readers, hargai lah bonda kalian selagi ada, tadah lah telinga kalian mendengar apa2 pn bebelan diaorg kerana pastinya kalian akan merindui bebelan itu bila mereka telah tiada nnt. Maaf yer entry ini agak panjang & beremosi.





Nota hati : Kasih ibu hingga ke syurga....segala-galanya tiada pengganti smp bila2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...