I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, March 1, 2011

~3M 3W 3D~

Dear all,

See 3M 3W & 3D...ooouchh guess what dat dear?...hehehehe 3 month 3 weeks and 3 days the age of our E***G****T. ..Cantik kan no itu, tetiba terperasan jap td, terus decide wat entry nie, sajerr gelenyah nak wat entry tak der hala tuju.Tambah koleksi entry yg ada.

Org cakap dlm tempoh nie dua2 darah manis, ntah lah tk pasti sejauh mana kebenaran. Kalau ikut secara scientific nyer darah yg mengalir ttp sama, hahahahah mana leh tetiba tukar manis (ko nk kena lah tu kalau ada org tua2 yg baca ni!!) tul tak???? even i rasa mcm tk der beza pn sebelum & selepas (bkn lah tk der langsung, sikit tu adalah), kekadang terlupa status yg i pegang...dasat kan, giler kentang tul lah...

Sabda Rasulluallah SAW:
Rasulullah S.A.W bersabda: " Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain, dan tidak halal bagimu pertunangan di atas pertunangan orang lain"
Org juga cakap dlm tempoh nie byk dugaan yg Dia hantar kat pasangan itu. Setakat ni alhamdulillah belum ada lagi dugaan yg maha hebat & menguji kesabaran, tk tahu lah esok2. Nauzubillah minta dijauhkan lah. Takat dugaan kecik2 tu biasalah, Allah nak uji sebenarnya tu. Selagi kita mengikut adap2 semasa tempoh ini dengan betul, i'allah terpelihara dari segala kemungkaran.

Apakah adab pertunangan menurut islam?...disini ingin i kongsikan bersma untuk renungan sendiri dan mereka2 yang membaca (kalau ada lah yg membaca)

Adab pertunangan dalam Islam

Setiap pasangan yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan dari awal lagi kerana jika tidak dipeliharap perkahwinan tidak diberkati Alah SWT. Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian:

1. Adab dalam bergaul

Maksud bergaul disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunang masing-masing

a) Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Kerana itu mereka tidak boleh berdua-duaa dan ke mana saja mereka hendak pergi perlu ada peneman, termasuklah tidak boleh naik motor ataupun kereta bersama-sama. Ingatlah hadis Rasulullah SAW:

“Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita yang bukan mahramnya, melainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.”
b) Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruangan ‘aman’ dari fitnah social dan kerosakkan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunangnya.
c) Perbualan hanya sekadar menanya khabar, member maklumat, memerima maklumat dan member nasihat. Perbualan atau perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsure nafsu syahwat. Hendaklah dijauhi pertemuan yang tidak berfaedah untuk memadu kasih, benjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja. Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang yang melihat tunang secara sendiri.
Rasulullah SAW telah meningatkan kita menerusi sabda bagainda yang bermaksud: “Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Kemudian, maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya syaitan.”
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Tidak boleh sekalli-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya."

waALLAHualam

cincin disarung oleh nenda my dear
Nota Hati : Semoga ikatan kami ini kekal ke peringkat seterusnya...Amin...



No comments:

Post a Comment

Jejak Kalian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...