I'm his Wifey!!!

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, January 5, 2017

Lama Giler Tak Berkunjung

Assalamualaikum u olls...

#entry lama giler terperap baru nk publish#

Pejam celik pejam celik sib baik boleh celik lagi...alhamdulillah dipanjangkan usia oleh Nya selepas entry terakhir sekitar tahun 2014. Dekat setahun lebih gak lah.

Tiada apa menarik yang boleh dikongsi bersama melainkan rutin kehidupan sebagai khalifah Allah diatas muka bumiNya. 24/7 rasanya sama sahaja putaran jam ada suka, duka, perit, pahit & manis yang cukup sekadar dijadikan warna-warna dalam kehidupan. acehhhhh...

Actually tiap2 hari if tiada kekangan masa, sempat jer i blogwalking, jadi stalker mana2 blog yang best. I mmg suka mem"blogwalking" nie tambah lagi kalau time nak mencari info mendeco rumah kecil tiang seribu kami atau info travel log if ada plan nak bercoti2 atau pn info resepi masak-memasak (sejak jadi mak2 nie suka jer main masak2). Sesungguhnya Encik Google & blog memang banyak membantu. Tapi harus juga diingat kita tak seharusnya meletakkan kepercayaan 100% kepada apa yang kita Google. A simple research haruslah dilakukan unutk verified info yang diperolehi. Nie kalau yang berkaitan dengan fakta lah i maksud kan. Tapi kalau sekadar google pasal resipi, deco-deco bagai idok ler sampai kena wat simple research nak verify kannnn. 

Apa perkembangan sepanjang tempoh bertendang??? hahaha bertendang lah sangat kan. Nanti i summary kan. Tak kisahlah korang nak tahu ker tidak, dah blog kita, suka hati lah tuan tanah blog nak up entry apa kan...

Life
Alhamdulillah dikelilingi orang-orang yang dikasihi dan mengasihi. Sikit2 sentap tu biasalah. Mana ada life yang bahagia memanjang kan. Masih lagi ibu beranak satu. Belum ada rezeki menambah bilangan ahli syurga. Inshallah jika dikurniakan dalam masa terdekat kami menerima dengan penuh kesyukuran.

Carrier
Alhamdulillah rezeki anak mendapat kenaikan gred pada tahun 2014. Bersyukur dengan rezeki kurniaanNya. Sentiasa berusaha untuk ikhlas dalam bekerja, Inshallah pintu rezeki itu terbuka luas untuk kita. Rasa macam tak percaya i dah berjaya melepasi tempoh temuduga profesional walaupun keputusan masih belum diumumkan. Kalau lah i tahu 5 tahun lepas grad i dah ambik, hahahaha bunyi berlagak sangat kan?? Tapi memang betul rasa sedikit kerugian disini sebab dah keja hampir 12 tahun baru terhegeh-hegeh nak buat. Kalau tak kan senang tak perlu dah ambil exam PCE pasni.

Anak Syurga
Alhamdulillah anak syurga i Muhammad Imran Danish Herwan Shah dah hampir menjangkau ke usia 3 tahun bulan depan. Sangat sihat budak bam bam tu, bijak sangat bercakap tak setanding umur yang baru nak masuk 3 tahun. Yer Imran memang bertutur awal tapi lambat berjalan. Setahun 3 bulan baru boleh bertatih. tapi sekarang hambik kau tak cukup tanah dia berlari. Syukur!! Inshallah next year plan nak hantar Imran masuk school. Nak dia expose dengan environment luar, ada kengakwan. Kat Melaka nie susah plak nak dapat playschool. Diusia awal 3 tahun i tak nak Imran gi school yang learning base, i lebih prefer yang playschool, tak nak yang siap ada homework bagai kena bawak balik umah buat.(lain parent lain caranya, tolong jangan komen)

Vacation
Tahun 2015 kitaorang gi local vacations jer sbb mmg tak der planning pn nk ker obersi (tak ada budget yang benor nya) Disebabkan local vacations jer maka kita ambik awal tahun & hujung tahun. Febuari 2015 destinasi kami ke Langkawi sbb dapat tiket AA murah. kos untuk 3 org cuma rm280 sahaja. Kalau nak dikira kos minyak, keta, tol, bla bla bla mmg naik flight tersangat2 lah murah. Then hujung tahun bulan october 2015, northern region menjadi pilihan. trip kali nie lebih kepasa Jalan-jalan Cari Makan (JJCM). Perghhh best giler sbb perut tak dan nk rasa lapar, balik dari bercuti siap ko naik 3 kg (sila nangis tgk badan sendiri)

Uikk panjang pulak entry, asalnya nya wat a short comming back entry jer, sekali haaa ko bertingkek2. Hokay2 sambung kerja. Ada masa kita story-story lagi sini (ntah2 tahun dpn kot kuikuikui)



 Langkawi vacation Feb 2015

 Langkawi vacation Feb 2015
 Langkawi vacation Feb 2015
 Langkawi vacation Feb 2015
 Langkawi vacation Feb 2015
 Langkawi vacation Feb 2015
 JJCM Northern Oct 2015
  JJCM Northern Oct 2015
  JJCM Northern Oct 2015
  JJCM Northern Oct 2015
  JJCM Northern Oct 2015
 JJCM Northern Oct 2015





No comments:

Post a Comment

Jejak Kalian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...