Nota hati : nie kali ke-4 i bertukar "rumah baru"...suka menukar2 "rumah
I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone.
Saturday, March 19, 2011
"Rumah Baru"
Nota hati : nie kali ke-4 i bertukar "rumah baru"...suka menukar2 "rumah
~Jalan2 Survey Harga~
Hari ni tetiba mood rajin datang, lepas masak kul 10.30 (awl yer saya siap memasak, tk suka tangguh2) bersiap2 ala kadar, terus kuar dengan niat nak jalan2 survey harga barang. Sasaran pertama pasaraya COWBOY dkt Cheng nun. Before ni i mmg teramat-amat lah jarang terjah COWBOY ni, tp bila dgr org ckp barang2 kt sini dijual secara borong and of coz brg2 utk weeding byk, tu yg teringin nk survey kt sini. Hasil terjahan i ke COWBOY ni adalah :-
- Barang2 utk weeding preparation mmg byk, ckp jer nak apa semua ada kot (rasanya lah)
- Price affordable, standard lah tk semua nyer murah, ada certain item yg agak mahal compare wit Nilai 3
- Sesuai utk B2B yg nk DIY sbb ckp jer nk apa, i'allah ada kot.
- Gift pn byk, tapi kena pandai pilih. (unfortunately tak ada yg i nak di sini)
- Sesuai gak utk B2B yg nk cr keperluan rumah lps kawin nnt, segala bagai brg2 keperluan rumah ada di sini.
Lokasi terjahan kedua i adalah utk mencari aircond. sesungguhnya keperluan utk install aircond nie tak lah priority mana pn sbb i tak blh berada di dalam aircond dlm tempoh yg lama. Ttp bila memikirkan keselesaan masa weeding nnt especially time MUA nk make up, so i hv to consider my budget for aircond installation in my bedroom. Lokasi nye adalah di Sing Tung Air System S/B at Taman Bertam Perdana. Di sini merupakan authorized dealer utk aircond product YORK, DAIKIN & FUJITHSU. i've preferred beli melalui dealer compare kt kedai2 elektrik sbb in long term senang utk i deal in case anything need to refer back. Actually i hunting brand from DAIKIN sbb bunyi compressor tak bising (ada noise filter). So quotation yg i dapat utk aircond DAIKIN ni:-
- Daikin 1hp normal RM1050
- Daikin 2hp normal RM2050
- Daikin 1hp inverter RM1400
- Daikin 2hp inverter RM2800
- Extra piping 1 feet for 1hp RM8, for 2hp RM12
- wiring - looping RM60 (for 1hp)
- wiring - from DB RM150 (for 2hp)
nota hati : misi survey akn diteruskan, i seboleh-bolehnya ingin berjimat yer kengkawan.
Thursday, March 10, 2011
~E.M.O.S.I ~

Salam,
Nota hati : hati sgt sebak, mengapa diri ini shj yg beriya???...tgk wajah ayahanda yg sedang tidur buat aku sebak....huhuhuhu (nangis sorang2)
Friday, March 4, 2011
~Booked Butik Pengantin~
2. Baju malam berinai (L&P)
3. Baju persandingan (L&P)
4. 3 psg persalinan daerah (nie adat org Melaka ada salin2 baju)
5. Persalinnan potong kek
6. Aksesori lengkap (nikah, bernai & sanding termasuk kasut)
7. Set merenjis
8. Solekan
9. naik seri
Apa yg perlu i sediakan cuma inner shj. Sepenuh kepercayaan diberikan kpd Kak Shima (owner) utk weeding i nie. Bulan 5 nnt akan ada bj baru, so Kak Shima pesan 3 bulan b4 majlis dh boleh dtg pilih baju & 1 month b4 dtg utk fitting. Actually date weeding kami tak kompem lagi, so by early of April as i promise to Kak Shima, i need to re-confirm the actual date since i give 2 date instead of 1 to K. Shima. Alhamdullilah lega 1 perkara telah selesai....yg lain2 masih menunggu..
Nota Hati: Emosi sikit masa memilih bridal nie sbb teringat arwah mak..kalau arwah ada tentu i tak susah2 nk pikir mcm nie...Al-Fathiha utk arwah mak di sana..
Thursday, March 3, 2011
~Alhamdulillah Rezeki Saya~
Nota Hati:Syukur sedikit rezeki tambahan biarpun nilainya tak lah sebegitu byk...Amin...
Tuesday, March 1, 2011
~3M 3W 3D~
Org cakap dlm tempoh nie dua2 darah manis, ntah lah tk pasti sejauh mana kebenaran. Kalau ikut secara scientific nyer darah yg mengalir ttp sama, hahahahah mana leh tetiba tukar manis (ko nk kena lah tu kalau ada org tua2 yg baca ni!!) tul tak???? even i rasa mcm tk der beza pn sebelum & selepas (bkn lah tk der langsung, sikit tu adalah), kekadang terlupa status yg i pegang...dasat kan, giler kentang tul lah...
Sabda Rasulluallah SAW:
Rasulullah S.A.W bersabda: " Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain, dan tidak halal bagimu pertunangan di atas pertunangan orang lain"Org juga cakap dlm tempoh nie byk dugaan yg Dia hantar kat pasangan itu. Setakat ni alhamdulillah belum ada lagi dugaan yg maha hebat & menguji kesabaran, tk tahu lah esok2. Nauzubillah minta dijauhkan lah. Takat dugaan kecik2 tu biasalah, Allah nak uji sebenarnya tu. Selagi kita mengikut adap2 semasa tempoh ini dengan betul, i'allah terpelihara dari segala kemungkaran.
Apakah adab pertunangan menurut islam?...disini ingin i kongsikan bersma untuk renungan sendiri dan mereka2 yang membaca (kalau ada lah yg membaca)
Adab pertunangan dalam Islam
Setiap pasangan yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan dari awal lagi kerana jika tidak dipeliharap perkahwinan tidak diberkati Alah SWT. Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian:
1. Adab dalam bergaul
Maksud bergaul disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunang masing-masing
a) Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Kerana itu mereka tidak boleh berdua-duaa dan ke mana saja mereka hendak pergi perlu ada peneman, termasuklah tidak boleh naik motor ataupun kereta bersama-sama. Ingatlah hadis Rasulullah SAW:
“Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita yang bukan mahramnya, melainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.”
b) Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruangan ‘aman’ dari fitnah social dan kerosakkan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunangnya.
c) Perbualan hanya sekadar menanya khabar, member maklumat, memerima maklumat dan member nasihat. Perbualan atau perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsure nafsu syahwat. Hendaklah dijauhi pertemuan yang tidak berfaedah untuk memadu kasih, benjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja. Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang yang melihat tunang secara sendiri.
Rasulullah SAW telah meningatkan kita menerusi sabda bagainda yang bermaksud: “Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Kemudian, maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya syaitan.”
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Tidak boleh sekalli-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya."Nota Hati : Semoga ikatan kami ini kekal ke peringkat seterusnya...Amin...
Monday, February 28, 2011
Hunting for Bridal Package
So misi bermula hari jumaat during lunch hr. Tempat pertama ke butik Wiwintouch http://wiwintouch.blogspot.com Kak Win nie i hired utk make up masa E-day i. Sangat berpuasa hati dgn hasil make up even kak Win hantar crew dia Erin. So in summarize baju2 kt butik kak Win ni so cantik, pelamin pn gorgeous & up to date. Boleh request nak design pelamin mcm mana, she'll try to realize it even it not exactly like ur design. Kak Win pn ada terima tempahan baju nikah and the price started fom RM250. status : Like & underconsideration
Misi pencarian diteruskan pada hari ahad bersama my dear. Destinasi pertama Teratak Mempelai Masjid Tanah. Dah call Kak Anis to informed kedatangan we all. Founded kak Anis nyer bridal nie from B2B blogger gak http://chintaaidaiskandar.blogspot.com Butik Kak Anis tak byk baju lace, katanya kalau nk tgk baju2 lace yg updated ke pi butik di Taman Dagang Ampang. Perghhh satu kej lg nk kesana. But yg menariknya kt sini byk baju songket, sesuai nk pakai untuk malam berinai nnt. Kak Anis pn terima tempahan baju nikah. The charges started from RM150. oh ye Kak Anis charge transportation cost utk luar dr Masjid Tanah Status : not may b
Otw balik, ternampak butik Cenurai Weeding & Spa kt Taman Paya Emas Bertam. Owner butik Kak Shima. Butik nie byk baju cantik2 and baru2. Harga package agak menarik dan ada promosi. Tapi kena confirm sebelum 15hb march. Disebabkan kita org nie customer walk in, so Kak Shima tk dapat layan sgt coz ada dua customer yg on appoinment datang. impressive sgt tgk baju2 Kak Shima, My dear pn setuju dengan i. Tp Kak Shima tk terima tempahan menjahit baju nikah. So kalau i hire Cenurai, i kena hunting tylor fo baju nikah lak nnt. Package Cenurai is affordable & within my budget. Status : Like & underconsideration
Hari ni masa lunch hr, i & officemate pi survey kt Mentari Kreative. http://mentarikreatif.blogspot.com/ Package is affordable & within my budget. Baju2 sangat cantik2 and baru2. Sempat fitting 2 helai baju yg mengikut tema color i.. Preghhh really,u hv to reduce ur weight wahyu. Tapi butik nie terima terlalu byk tempahan dalam seminggu. 12 job seminggu, risau gak takut nnt baju yg kita nak kena fight dengan B2B yg lain. Status : Like & underconsidration
Tak sempat nak snap picas masa pi semua butik2 nie. Ermm still sudy all the package. I nie tk lah fussy sgt, yg penting package affordable dgn harga & budget i, baju cantik, sopan & tak menjolok mata, sevice MUA yg friendly & tak kedekut. Mintak Dia permudahakan pemilihan i.
Nota Hati : Kena decide by this week kalau i pilih Cenurai Weeding & Spa....Franckly speaking i prefer MUA compare to mak andam coz kdg2 mak andam ni byk songeh sikit dgn pantang larang diorg tu.



